Sabtu, 22 September 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Panas !!! Pembongkaran Kisah Ketua UMNO Bahagian <b>Merbok Di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2012 03:20 PM PDT



Seorang yang bersemangat patriotik pasti akan bersikap sayangkan negaranya tapi seorang pemimpin yang hanya tamakan kepada pangkat dan jawatan seperti Anwar Ibrahim pasti tidak mempunyai nilai-nilai murni seorang pemimpin yang sayangkan negaranya.
Di dalam UMNO salah satu kelayakan untuk menjadi pemimpin merupakan seorang pemimpin yang sayangkan akan Negaranya dan berjiwa patriotik.
Pisau kedah merasa bangga dengan program yang di lakukan di Parlimen Pisau Kedah mengundi di malam sambutan ambang kemerdekaan yang di penuhi keceriaan dan semangat patriotik oleh penduduk kawasan Parlimen Merbok.

Penduduk sekitar Parlimen Merbok juga tidak ketinggalan menyatakan perassan cinta pada negara sempena hari Kemerdekaan ke-55 dengan mengadakan sambutan peringkat parlimen berkenaan.
Sambutan hari Merdeka kali ini bertambah meriah kerana di adakan pada bulan Syawal yang menyaksikan tradisi rumah terbuka diteruskan.

Sambuatan ini telah diadakan serentak di padang pejabat perkhidmatan JKKP Sg Lalang, dan Dewan JKKP Kampung Bujang yang dianjur oleh JKKP setempat bersama penyelaras parlimen Merbok Datuk Tajul Urus B Mat Zain.

Kira-kira 3,000 orang penduduk merai sambutan hari merdeka, dan pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti membuat bendera Malaysia dengan menggunakan beras pulut, selain pertandingan, pakaian bertema kemerdekaan dan sebagainya.

Tajul Urus juga merupakan ketua UMNO bahagian Merbok berkata, negara kita aman, stabil dan bertambah makmur,atas pentakbiran kerajaan Barisan Nasional, dan rakyat harus berjanji untuk menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran.
  
"Semua pihak ada janji masing-masing, pada Allah, manusia dan kerajaan, maka manusia akan bertambah maju dan berjaya. Sebagai kerajaan kalau berjanji, perlu ditunaikan," katanya.

Bagi memeriahkan sambutan tersebut, bunga api telah dimainkan apabila tiba detik 12 malam.- Portal UMNO Kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan