Sabtu, 29 September 2012

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Mat Sabu Makin Sah <b>Di Pendang</b>, Hayati Osman Ditolak Ke Tokai <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2012 05:00 PM PDT

Dengan bermodalkan Taulan Mat Rasul dah tersangat renta, dah tua dan nak berjalan pun, terkengkang-kengkang, maka Mat Sabu pun dihalalkan masuk ke Pendang untuk bertanding di kerusi Parlimen Pendang. Manakala penyandangnya sekarang, Dr. Hayati Othman akan ditolak ke  DUN Tokai dan diangkat sebagai FUTURE MENTERI BESAR OF KEDAH menggantikan Azizan Abdul Razak. 

Untuk 'menghalalkan' Mat Sabu ke Pendang, dikatakan kerusi Parlimen Pendang pernah disandang oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Nor. Konon-kononnya dengan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Mat Sabu sekarang ini, maka sesuai sangatlah kerusi itu ditandingi dan dimenangi oleh Mat Sabu. 

Mat Sabu adalah orang Pulau Pinang. Mat Sabu tidak pernah bertanding di Pulau Pinang selepas dua kali kalah di Permatang Pauh pada tahun 80-an dahulu meskipun dia mendapat gaji besar dari Pulau Pinang. 

Alasan yang mewajarkan Mat Sabu untuk bertanding di Pendang ialah, PAS Pendang menawarkan kerusi Parlimen Pendang untuk ditandingi oleh Mat Sabu. PAS Pendang sudah tidak mempunyai sesiapa pun untuk bertanding di kerusi tersebut. PAS Pendang terpaksa menumpang tuah dan hebiaq mulut Mat Sabu untuk meneruskan penguasaan Kerusi Parlimen Pendang. 

Namun sesuatu yang sangat jelas dalam hal ini ialah, Mat Sabu sebenarnya sedang memberikan isyarat kepada Azizan Abdul Razak bahawa dia sebenarnya sangat berkuasa di Kedah.  Banyak YDP PAS Kawasan yang bergantung di ketiaknya. Mereka tidak takut-takut untuk menyatakan kepada Azizan, dia tidak lagi diperlukan di Kedah sama ada sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri mahupun sebagai Menteri Besar. Sudah ada orang yang lebih layak untuk Azizan bagi jawatan tersebut dan orang berkenaan adalah dari kumpulan Mat Sabu.

Dalam hal ini, orang berkenaan adalah Hayati Osman, individu yang sebelum ini dikaitkan sebagai 'orang Azizan' tetapi dengan perkembangan terbaru ini membuktikan yang Azizan sebenarnya bersendirian. Tiada sesiapa pun yang mahu bergandingan atau pun membantu Azizan. 

Wala' sekarang ini sudah tidak wujud kerana wala' kepada Mat Sabu selaku Timbalan Presiden jauh lebih penting berbanding wala' kepada Azizan yang hanya berjawatan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar.

Perkembangan terbaru ini amat menarik untuk diperhatikan. Kalau PAS menggelakkan UMNO kerana upacara cantas-mencantas, nampaknya PAS Kedah juga tidak terkecuali daripada adat berkenaan. Malah lebih teruk lagi, PAS Kedah terpaksa membawa masuk jagoan dari luar untuk meneruskan tradisi berkenaan. 

Yang menjadi persoalan, adakah Azizan Abdul Razak akan angkat bendera putih dan menyerahkan tampuk pentadbiran negeri kepada Kumpulan Mat Sabu dan Mahfuz Omar seandainya PAS berjaya mengekalkan penguasaan DUN Kedah selepas PRU13 nanti?

Kita sama-sama jadi penonton…

KedahLanie.info: 60 rumah <b>di Pendang</b> dilanda banjir petang <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2012 06:00 PM PDT

PENDANG - Kira-kira 60 buah rumah di 15 kampung di daerah ini ditenggelami banjir akibat hujan lebat sejak awal pagi semalam. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kubang Kuar, Banggol Kambing, Seberang Pendang, Jalan Kampung Baru Sungai Tiang, Pondok Haji Hussin, Tanjung Radin dan Ayer Puteh.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pendang, Roshasniza Roski berkata kejadian berlaku pukul 3 petang semalam dan membabitkan kediaman di kawasan rendah yang terletak berhampiran Sungai Pendang.
Katanya JPAM Pendang kini dalam keadaan bersedia untuk memindahkan mangsa jika paras air banjir meningkat.
"Setakat pukul 11 pagi tadi, paras air Sungai Pendang berada pada paras 2.8 meter dan jika hujan lebat berterusan hari ini mungkin paras air sungai meningkat dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Roshasniza berkata rata-rata kediaman terbabit yang merupakan rumah dua tingkat ditengelami air sedalam 0.5 hingga satu meter. - Bernama

Pasai Apa Mat Sabu Menyibuk Nak Bertanding <b>Di Pendang</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2012 10:38 PM PDT

Dalam sejarahnya, Timbalan Presiden PAS sekarang, Mat Sabu, cukup mengelak daripada bertanding di negeri kelahirannya, Pulau Pinang selepas dua kali kalah di DUN Penanti pada tahun 1982 dan Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1986. Mat Sabu boleh merantau ke merata-rata tempat termasuklah menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah tetapi Mat Sabu cukup SEGAN dan TAKUT hendak bertanding di Tasek Gelugor, tempat kelahirannya.

Walaupun sudah menjadi budaya PAS untuk meletakkan calon-calonnya mengikut sesuka hati dan selera mereka sendiri tanpa mengira selera pengundi dan keperluan rakyat yang diwakili, namun amalan berkenaan dilihat sebagai AMALAN MULIA. 

Dan mungkin kerana itulah juga, kebanyakan wakil-wakil rakyat PAS yang duk ada la ni, lebih banyak ceramah daripada berjalan mencari dan membongkar masalah rakyat. Sebabnya mudah, kebanyakan kepala otak wakil-wakil rakyat PAS hanya terfikir satu perkara standard… SEMUA MASALAH RAKYAT AKAN DISELESAIKAN OLEH UMNO DAN BARISAN NASIONAL. Justeru apabila calon-calon PAS menang, perkara pertama yang mereka lakukan selepas menang adalah BERCERAMAH DAN BERKEMPEN sambil mengedarkan tabung-tabung dan karung-karung unit amal atas nama JIHAD walaupun hakikatnya duit yang dikutip daripada orang ramai itu sebenarnya adalah untuk membayar penceramah dan penganjur.

Walaupun bukan kesemua wakil rakyat PAS begitu, tetapi majoriti daripada mereka, begitulah perangai dan amalannya. Tersangatlah kurang mereka mengambil berat tentang hal kebajikan rakyat, sebaliknya yang dipentingkan adalah ceramah dan ceramah dan ceramah. Mungkin kerana memikirkan itulah kaedah paling mudah untuk mereka mengumpulkan pendapatan terutama dalam hal MENJUAL AYAT-AYAT AL QURAN DAN HADIS untuk mendapatkan lebih banyak derma dan sedekah.

Namun seperkara yang dapat dilihat dan menjadi punca kepada permasalahan ini ialah, ia adalah disebabkan calon-calon yang menang itu sebenarnya bukan anak tempatan.  Sebaliknya diimport dengan hanya berjenamakan PAS. Calon-calon luar atau lebih tepat lagi PARACHUTE ini sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang masalah penduduk setempat. Dan mereka sebenarnya tidak pernah berminat untuk menyelesaikan masalah penduduk setempat. Calon-calon import tidak memikirkan tentang kebajikan dan keperluan rakyat yang diwakilinya tetapi hanya untuk memastikan parti yang diwakili menjadi bertambah berkuasa kerana lebih banyak kerusi yang dimiliki. 

Mat Sabu sebenarnya berada dalam permainan berkenaan. Sepanjang dia menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah dari tahun 1999 sehingga 2004, TIDAK ADA SATU APA PUN yang dilakukannya untuk rakyat dan penduduk. Sehinggalah dia kemudiannya, dipindahkan ke Kuala Terengganu, Mat Sabu tetap juga tidak dihantar untuk bertanding di negeri kelahirannya sendiri iaitu Pulau Pinang. 

Kalau dengar sembang Mat Sabu, letak dia di mana-mana pun, pasti kemenangan akan datang. 

Anehnya, kali ini, Mat Sabu mengintai-ngintai peluang di Parlimen Pendang. Parlimen Pendang sekarang ini diwakili oleh Dr. Hayati Osman, salah seorang pemimpin PAS yang low-profile tetapi disenangi oleh rakyat yang diwakilinya. Bagaimanapun, memandangkan Hayati Osman adalah 'orang' Azizan Abdul Razak, Mat Sabu melihat peluang itu sebagai terbuka luas untuk merampas kedudukan Hayati Osman dan cerita-cerita disebarkan kononnya Hayati Osman akan bertanding di kerusi DUN sekaligus memberi laluan kepada Mat Sabu untuk bertanding di situ. 

Bukan lagi rahsia umum bagaimana Mat Sabu merupakan salah seorang daripada KEPALA BESAR yang cuba menggulingkan Azizan Abdul Razak tidak lama dahulu dari kerusi Menteri Besar Kedah. Bergandingan dengan Mahfuz Omar, pemimpin-pemimpin PAS yang keciciran otak dan tidak mempunyai sebarang kelulusan akademik itu telah melakukan pelbagai usaha menerusi kerjasama dengan beberapa pemimpin tempatan Kedah yang lain seperti Phahrolrazi Zawawi yang sangat berkeyakinan, Azizan boleh ditumbang dan disepak terajang dengan mudah. 

Timbul pertanyaan, apakah kali ini, Azizan Abdul Razak TERPAKSA membenarkan Mat Sabu bertanding di Kedah, sekaligus menyebabkan dia sendiri terjun dalam lubang untuk diperangkap oleh Mat Sabu dan gerombolannya di Kedah atau Azizan Abdul Razak akan mengulangi ketegasannya pada 2008 yang enggan membenarkan Mat Sabu bertanding mewakili PAS dalam mana-mana Parlimen atau DUN di Kedah?

Apa fikiran anda terutama dengan pergolakan di Kedah kebelakangan ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan