Sabtu, 29 September 2012

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Imam Mahdi Versi Karut <b>Di</b> Putrajaya Sebenarnya Banyak <b>Di Kedah</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 02:46 AM PDT

Mencari jalan kebenaran, berpegang teguh kepada ajaran Rasulullah s.a.w, memartabatkan iman dan taqwa dalam diri dan sebagainya, merupakan tanggungjawab dan kewajipan setiap orang yang mengikrarkan kalimah thoiyibbah. Bertaqarub kepada Allah Taala dengan harapan 'dapat melihat Wajah-Nya' di akhirat kelak, merupakan cita-cita semua orang yang tahu apa yang diikrarkan oleh lidah dan tasdiq di dalam hati.

Kisah individu tertentu yang berangan-angan menjadi Imam Mahdi atau Penyelamat, bukanlah cerita lapuk atau cerita penglipurlara. Sebaliknya ia wujud semenjak zaman berzaman lagi. Salah seorang yang sangat terkenal adalah Mirza Ghulam Ahmad yang memperkenalkan ajaran Ahmadiyyah Qadiniyyah yang difatwakan sesat dan songsang. 

Sebenarnya 'Imam Mahdi' tidak ketinggalan wujud juga di Kedah. Salah seorang daripada mereka yang terkenal adalah AZHAR BIN WAHAB yang berasal dari Kulim. Walaupun hanya tamat Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Padang Serai, Kedah, dan pernah bekerja sebagai pemandu di Bank Simpanan Nasional di Kuala Lumpur, dia mampu mentarbiyyahkan dan mengumpul pengikut yang agak ramai. 

Modus operandi 'Imam Mahdi' ini amat mudah iaitu, menghantar kanak-kanak berusia 8 sehingga 11 tahun untuk mengutip derma di seluruh Malaysia. Kononnya untuk membina Pusat Tahfiz di Yan, Kedah. Dan menariknya, orang yang hanya lulusan tingkatan tiga ini boleh pula membuka pusat refleksologi di Pulau Pinang atas nama Pusat Rawatan Cinta

Azhar mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah yang sama dengan Al-Arqam memandangkan dia merupakan bekas pengikut Al-Arqam. Pada masa yang sama, dia juga mendakwa didampingi oleh Pak Syeikh atau Wali Allah. Dalam ceritanya, Imam Mahdi ini mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama-sama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedangkan tubuhnya pula berada di Damansara. Setiap ahlinya diwajibkan bersumpah setia (berbaiah) mengikut segala arahan guru dan merahsiakan kegiatan mereka daripada orang ramai. 

Dia juga mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib, mempunyai masjid jin di Gunung Jerai, bahkan sering bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubong di Sarawak. 

Selepas keluar dari Al-Arqam, Azhar menyertai Kumpulan Al-Mansur.

Tukang-tukang urutnya perlu membaca mantera berikut sebelum mengurut, "Ya Allah dengan barkat dan karamah guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit…".

Anehnya, Azhar dikatakan tidak pernah solat Jumaat dan membolehkan Solat Jamak pada setiap waktu walaupun bukan dalam musafir. 

Budak-budak yang mengutip derma bagi pihaknya bertaburan di merata-rata tempat sama ada siang, mahupun tengah malam. Untuk melindungi tembelang, maka setiap penderma akan 'disedekahkan' kepingan resit. Selain itu, dituliskan juga nombor telefon agen pengutip derma bagi pihak Azhar Wahab pada resit berkenaan. 

Kebejatan serta keterujaan sebahagian umat Islam untuk mendapatkan barokah pemerintahan Imam Mahdi telah dipergunakan dengan sewenang-wenangnya oleh individu-individu tertentu yang mempunyai kepentingan. 

Jadi, jangan hanya memandang Imam Mahdi yang mengamuk menggunakan pedang samurai di Putrajaya… perhatikan juga manusia yang menggunakan budak-budak perempuan mengutip derma sambil kononnya menjual madu lebah khasiat pada tengah malam atas alasan membantu Pusat-Pusat Tahfiz yang entah wujud, entahkan tidak!!!

Kesian Imam Mahdi… kalau dia sudah ada sekarang di dunia ini, harus bukan sahaja kepalanya ditepuk, bahkan mungkin juga Imam Mahdi akan bergolek-golek di atas tanah sebab marah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan