Ahad, 18 November 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Kisah Separuh Seram : Awal Muharam <b>di Langkawi</b> ~ guliboolat

Posted: 14 Nov 2012 05:35 AM PST

Alhamdulillah..Maka secara rasminya selepas maghrib tadi sudah masuklah tahun baru bagi kita umat islam..Tahun hijrah,1434H.
Katanya tutup buku lama,buka buku baru..Kalau buku yang lama tu penuh amalannya tak pelah.Kalau tak penuh..Tak payah buka yang barulah.Kita guna yang lama je..Erk,gurau je ni ye..=D
KISAH SEPARUH SERAM..? Kenapa separuh je seramnya..? Sebab,cerita ni takdelah seram mana pun. Seram sikit je. Kejadian ni berlaku bukan pada hari yang sama,tapi pada tarikh yang sama iaitu malam awal muharam tahun lepas. Masa tu aku dengan kawan aku,Hashmie,Sarah dan Hafeez pergi trip mengejut ke Langkawi. Ewah,mentang-mentang nak pergi Langkawi dekat,boleh pulak main mengejut kan. Mengejut sebab katakan malam ni terfikir,esok pagi tu terus gerak pergi Langkawi. Dah tu siap plan nak balik hari pulak tu. Dahsyat tak dahsyat pulak kan. Ada ke orang pergi Langkawi pagi balik petang..? Kitorang la tu.. -_-
Dipendekkan cerita kitorang tak dapat balik petang tu jugak sebab rasa macam tak sempat nak kejar feri,jadi ingat nak overnite je la dekat situ. Dapat juga selesaikan bacaan doa akhir dan awal tahun dekat surau yang tak berapa nak ramai penghuninya. Lepas tu kitorang teruskan perjalanan lagi.Tapi suasana Langkawi waktu malam sangatlah pelik sebab keadaan tu sunyi sepi macam takda orang pun yang lalu atas jalanraya tu.Kadang-kadang sebijik 2 je kereta yang lalu. Lepas tu malam-malam ni nak pergi melawat kemana kan. Takkan nak pergi Makam Mahsuri pulak..? So kitorang pergilah makan dekat satu kedai ni.Lepas tu pergilah beli burger sebab ingat nak makan tepi pantai sambil hirup udara malam. Ok,dah masuk pasal pantai.Dah nak sampai tahap seram.. Ni baru permulaan. Lepas dah siap makan dekat kedai tu kitorang pun gerak cari pantai.Jadi aku ni terlalu eksaited nak ke pantai,aku pun cadang lah pergi Tanjung Rhu sebab orang kata sana pantai cantik. Driver kitorang,Sarah pun macam eksaited nak ke pantai teruslah memandu dengan semangatnya mencari jalan ke Tanjung Rhu tersebut berpandukan peta dan signboard jalan..

Cantik tak Pantai Tanjung Rhu ni..? Pergi siang takpa,pergi waktu malam..Haa,jaga-jaga...
Cari punya cari jumpa jugak jalan kesana. Masa masuk jalan tu rasa macam pelik je.Apasal kereta kitorang je yang ada atas jalan ni..? Hurmm,lantaklah. Masa tu fikir nak makan burger,memang kitorang nekad lah nak pergi. Ada lah beberapa hotel yang tersergam indah disepanjang jalan yang agak gelap tu. Lepas dari Hotel 4 Season,rasa lain macam tu makin pelik. Aku dekat seat belakang dengan Hashmie dalam hati ni rasa lain macam je.Jalan tu sebijik tiang lampu pun takda. Masa tu dah start rasa scary semacam. Makin lama Sarah drive,aku rasa jalan tu jadi makin gelap. Hashmie pun dah pandang semacam je dekat aku. Tiba-tiba Sarah kata :
Sarah: Nak pergi jugak ke ni? 
Hafeez: ntah..aku mana tau.
Sarah: Tak payah pergi lah..kita patah balik je. makin gelap je jalan ni..
Lepas sarah dah cakap macam tu,kitorang pun setuju jelah.. Lepas tu Sarah pun cepat-cepat undur balik kereta nak pusing dekat satu kawasan yang terang sikit depan pencawang TNB..Masa nak pusing keluar tu aku rasa saat paling menyeramkan..! Dek kerana seram melampau si Hafeez pun makin kuatkan radio sambil nyanyi lagu yang tengah rancak berkumandang.Kau tau lagu apa..?
''Hijrah itu perjuangan..!Hijrah itu pengorbanan..!Hijrah itu persaudaraan..!Hijrah membentuk perpaduan..!Oleh itu,mari semua,kita sambut Maal Hijrah....!''
Lagu apa lagi.Lagu tema Maal Hijrah la.. Bukan main kuat lagi dia nyanyi..! Nak cover takut la tu.
Aduhai,sabar je lah.Aku ingatkan aku sorang je pikir semacam,rupanya diorang pun sama jugak dah start naik bulu tengkuk beb..! Kau bayangkanlah. Jalan kiri kanan semak samun macam hutan. Suasana dia memang terlalu gelap.Gelap gelita orang cakap.Susah nak gambarkan macam mana gelapnya tu.Jangankan lampu,tiang lampu pun takda..! Masa tu dalam otak ni dah terbayang dah kot la ada benda terbang ke..tetiba muncul keluar dari tepi semak samun ke..Sarah yang drive pun terfikir kalau tetiba je cermin kereta kena lindung..Tak nampak jalan lepas tu terbabas.Macam-macam lagi kisah seram yang dah terbayang dalam otak kitorang ni haa..
 Dah keluar dari jalan tu,rasa lega sangat. Aku lah yang paling terkesan dengan peristiwa tu sebab aku yang cadang pergi Tanjung Rhu malam-malam camtu.Tak silap aku dah dekat pukul 10 kot. Memang gilalah masa tu. Tak pasal-pasal berhadapan dengan situasi mendebarkan,menyeramkan,menakutkan..dan segala kan yang adalah.. Balik dari Langkawi sempat jugak aku dengan Sarah google pasal Tanjung Rhu tu.Hurmm,ada lah jugak kisah seram yang orang lain pernah hadapi masa nak kesana. Macam kisah kitorang jugaklah..Tapi peristiwa tu memang kenangan yang tak dapat aku lupa sampai bila-bilalah terutama bila aku dengar lagu Maal Hijrah. Dengar je lagu tu,mulalah teringat balik peristiwa tu..Kelakar pun ada jugak.
SERAM pun ada..! 
P/S: Salam Maal Hijrah ye kawan-kawan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan