Ahad, 18 November 2012

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Konvoi Bermotosikal Kempen Cegah Jenayah <b>Di Yan, Kedah</b>

Posted: 26 Aug 2012 01:06 PM PDT

CAT Yan

YAN – Demi meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda tempatan mengenai jenayah, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Yan dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Parlimen Jerai telah menganjurkan Program Konvoi Bermotosikal Sempena Kempen Crime Awareness Team 2012.

Program yang julung-julung kali diadakan di peringkat daerah tersebut telah mendapat sambutan hangat di mana ia diserta oleh 60 orang peserta dari golongan belia di kawasan terbabit pada 15 Ogos yang lalu.

Selain memberi kesedaran kepada golongan muda memahami dan menyedari betapa pentingkan membanteras jenayah, program itu juga memberi penerangan tentang kesan-kesan buruk sekiranya generasi akan datang itu tidak mempedulikan tentang soal jenayah di kawasan kediaman mereka.

Di dalam program berkenaan, semua peserta memulakan konvoi bersama motosikal masing-masing sejauh kira-kira 25 kilometer bermula dari Pekan Gurun hingga tiba di lokasi akhir program tersebut iaitu di Hospital Daerah Yan, di sini.

Konvoi bermotosikal itu telah diketuai oleh Pengerusi Kelab Rakan Muda, Mohd Azwan Jamaludin, yang begitu banyak memberi sokongan untuk menjayakan program berkenaan.

Turut hadir di program tersebut ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Bin Ku Ismail, yang kemudiaannya sudi merasmikan program konvoi tersebut yang diadakan di perkarangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan.

Selain beliau, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Yan, Mohamad Inshar Hj. Man juga meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan program yang memberikan banyak manfaat dan informasi berguna kepada golongan belia di kawasan itu.

Di samping itu, program berkenaan juga turut mendapat kerjasama erat dari pelbagai agensi tempatan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Yan, Pejabat Penerangan Daerah Yan, Inskill Gurun dan Penggerak Perpaduan Masyarakat Parlimen Jerai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan