02 di kuala kedah - Google Blog Search |
DUA BERADIK JATUH BOT <b>DI</b> SUNGAI <b>KUALA KEDAH</b> LEMAS Posted: 17 Dec 2012 02:35 PM PST Dua beradik dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Kedah – jatuh dari botDua beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada bot fiber yang dinaiki bersama bapa saudara dan seorang lagi saudara mereka selepas bot itu senget, ketika bersiar-siar di muara Kuala Kedah pada Isnin 17 Disember 2012 Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Mohammad Hafiz Anuar, 4, danMohammad Asyrik, 9, terjatuh ke dalam sungai bersama bapa saudaranya, Md Affendi Ismail, 27, serta kembar Mohammad Asyrik iaitu Mohammad Asyraf, ketika bapa saudara mereka sedang membelok bot tersebut untuk pulang ke jeti Md Affendi dan Mohammad Asyraf berjaya diselamatkan nelayan manakala Mohammad Hafiz serta Mohammad Asyrik hilang dan belum ditemui sehingga kini Md Affendi, yang mengemudi bot itu, berkata beliau membawa mereka bersiar-siar selepas tiga beradik tersebut memintanya berbuat demikian
Md Affendi berkata semasa mereka terjatuh, beliau sempat memegang ketiga-tiga anak saudaranya sebelum dia sendiri hampir lemas
Mohammad Asyraf dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menerima rawatan Mohammad Hafiz tinggal bersama Md Affendi sejak kecil dan telah beberapakali menaiki bot itu. Pasangan kembar itu pertama kali menaiki bot tersebut Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja Mohd Izham AbdulRahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 5.07petang, dan seramai lapan anggota dikejar ke tempat kejadian
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan sehingga ke laut dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca |
You are subscribed to email updates from di kuala kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan