02 di sungai petani - Google Blog Search |
- Rusuhan Berlaku <b>Di Sungai Petani</b> - Blog Politikus
- Pergaduhan <b>Di Sungai Petani</b>, Usaha Terdesak Untuk Raih Undi <b>...</b>
- wancikgumuzik: PERGADUHAN <b>DI SUNGAI PETANI</b> 18 DISEMBER <b>...</b>
Rusuhan Berlaku <b>Di Sungai Petani</b> - Blog Politikus Posted: 14 Dec 2012 12:00 AM PST Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang, dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria apabila motosikal di bakar di depan masjid, seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah. Mangsa Melayu dari anggota Melayu Islam kita dari PDRM pula yang dibelasah habis habisan kerana cuba menggari salah seorang daripada anggota kumpulan kongsi geng 35 mereka yang terlalu bertindak agresif. Sekarang di Sg Petani,Kedah sudah penuh dengan polis & FRU serta roadblock. Ugutan menyerang orang Islam ketika berjemaah di Masjid , bakar masjid & Surau serta mangsa dari Orang Islam yang di campak ke dalam longkang setelah di belasah dengan parang & kayu besbol mengundang kemarahan orang2 Islam di situ..perintah darurat dikeluarkan oleh PDRM & FRU. Harap semua pejuang-pejuang 30 dalam mood "Standby" kerana apa2 sahaja boleh berlaku. Buat masa sekarang biarkan pihak polis & Fru jalankan tugas mereka kerana keadaan memang dah terlalu tegang, kita cuba elakkan rusuhan kaum kerana dikhuatiri akan membabitkan pihak-pihak yang tiada kaitan & merbahayakan nyawa orang2 Melayu Islam kita di situ sendiri dari kaum wanita & kanak-kanak dan bimbang merebaknya rusuhan kaum ini ke kawasan lain. Yang penting dinasihatkan kita sentiasa bersatu,mood standby & jangan terlalu bertindak membabi buta, tetapi lebih kepada langkah berjaga-jaga ,BERSEDIA & BERSATU seandainya perkara yang tidak diingini berlaku..umat Islam dinasihatkan berwaspada & jangan bertindak mengikut emosi. Sebarang pertanyaan berkaitan situasi semasa di Sg.Petani sila hubungi HEA IPD Kuala Muda,Kedah Insp Farhana bt Hj Ishak,Sjn Muhyizan Muhyi, Kpl Amanorashid Ibrahim,Konst. Mohd Safaruddin Helmi Sulong di talian 04-4299222. Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang. Sumber dari FB Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) : STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih. TERKINI! - Pergaduhan Berlaku pada 16 Disember 2012, dan bunga bunga nak Bergaduh lagi tu masih ada sehingga hari ini. Punca Pergaduhan adalah Kes Curi Motor dan Bukan seperti mana yang disebutkan oleh:- 1. Muhammad Qhalil Hasri, kononnya Masyarakat India nak Rebut Tapak Masjid di Tmn Ria Jaya. 2. Tak Wujud pun Kononnya Orang India nak Bakar Surau seperti mana Dakwaan:- Raz Razali... - Polis telah mengambil Tindakan Mengawal Keadaan sehingga ke malam ini supaya kes ini tidak Menimbulkan Salah Faham di Kalangan Masyarakat. Ins.Shahrul, IPD Kuala Muda. - Maklumat Terkini dari Polis. Hanya 3 Melayu + 5 India Cedera, Akibat Pergaduhan Tersebut. Tolong Abaikan Info lain yang buat Org Lain. TERKINI! - Sidang akhbar diantara Timbalan Ketua Polis Kedah telah dibuat : Jangan Dengar Khabar Angin, Tiada Rusuhan Kaum Kata Timbalan Ketua Polis Kedah |
Pergaduhan <b>Di Sungai Petani</b>, Usaha Terdesak Untuk Raih Undi <b>...</b> Posted: 18 Dec 2012 08:00 PM PST 22 Mac lalu, portal ini telah mendedahkan bagaimana Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok BERCAKAP BESAR yang PKR serta Pakatan Rakyat tidak memerlukan undi daripada masyarakat India untuk menang pada PRU13 nanti. (BACA DI SINI). Sebaik-baik sahaja pendedahan tersebut dibuat, Rashid Din cuba menafikannya walaupun bukti-bukti secara jelas menunjukkan bagaimana kebenciannya terhadap masyarakat India yang telah memenangkan calon-calon PKR dan Pakatan Rakyat di Merbok dan Sungai Petani. Umum mengetahui, masyarakat India di Sungai Petani dan Merbok merupakan suara penentu kemenangan calon-calon pilihanraya daripada parti-parti yang bertanding, meskipun jumlah mereka bukanlah majoriti. Kemusnahan yang dilakukan oleh Rashid Din, ternyata amat mengecewakan kepimpinan utama PKR, khususnya Anwar Ibrahim. Justeru, pelbagai cara telah dilakukan oleh pimpinan utama PKR, khususnya pemimpin-pemimpin India PKR untuk memulihkan semula sokongan terhadap parti tersebut. Mereka bergerak dan berceramah dari satu kawasan ke satu kawasan yang majoriti penduduknya adalah masyarakat India di sekitar Merbok dan Sungai Petani. Dan seperti biasalah, apabila para pemimpin PKR berceramah, mereka akan membangkitkan sentimen perkauman dan cuba meniup perasaan tidak puas hati di kalangan khalayak yang mendengar atau menghadiri ceramah mereka. Sungai Petani dan Merbok secara amnya adalah sebuah kawasan 'selamat'. Pasukan keselamatan khususnya PDRM telah menjalankan tugas dengan sebaik-baik mungkin untuk memastikan tahap keselamatan di kedua-dua daerah tersebut, malah di seluruh Kedah dan Malaysia amnya, berada dalam keadaan TERBAIK. Di mana-mana sahaja, pergaduhan kecil melibatkan golongan remaja, akan berlaku. Pergaduhan tidak sahaja melibatkan individu-individu berlainan kaum, tetapi juga agama. Dan pergaduhan-pergaduhan seperti itu, akan berakhir dengan pantas apabila wujudnya campurtangan pihak berkuasa, khususnya PDRM. Bagaimanapun, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keamanan yang berjaya diwujudkan oleh PDRM. Menyedari konflik perkauman boleh meningkatkan jumlah undi, pihak berkenaan berusaha sebaik-baik mungkin untuk meniup sentimen perkauman sama ada menerusi tulisan-tulisan di blog, portal, mahupun di Facebook. Berita pergaduhan di Sungai Petani itu disensasikan. Dan sekali lagi Taman Keladi serta Taman Ria naik nama kerana pergaduhan antara kaum. Usaha dibuat dengan sebaik-baiknya agar masyarakat India dan Melayu di Sungai Petani dan Merbok saling curiga-mencurigai. Untuk mendapatkan undi, pihak-pihak berkenaan akan tampil dan muncul sebagai HERO atau SIVAJI yang memperjuangkan 'keadilan' kononnya. Memandangkan yang cedera parah dan sedang menerima rawatan dari pihak hospital adalah MELAYU, maka yang akan muncul nanti adalah pemimpin-pemimpin Melayunya. Pemimpin-pemimpin berkenaan akan segera menyatakan bahawa PDRM tidak mampu untuk menyelamatkan Melayu dan menjaga masalah awam di Sungai Petani khususnya. Kalau mereka dipilih pada PRU13 nanti, akan ada bermacam-macam program yang akan diatur untuk memulihkan semula tahap keselamatan serta persefahaman antara masyarakat India dan masyarakat Melayu di Sungai Petani khususnya. Dan yang paling penting, menurut mereka, inisiasi pergaduhan tersebut sebenarnya telah dimulakan oleh UMNO. Kata mereka lagi, pemimpin UMNO khususnya di Sungai Petani dan Merbok amat terdesak untuk mendapatkan undi daripada masyarakat pengundi Melayu. Malah kata mereka lagi, pergaduhan tersebut tercetus kerana UMNO mahukan pergaduhan kaum, sekaligus menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang boleh diharap. Pergaduhan yang tercetus bermula daripada kes kecurian motosikal tersebut dan tidak ada kena-mengena dengan mana-mana parti politik khususnya UMNO dan Barisan Nasional akan disensasikan dengan UMNO dan Barisan Nasional bakal dituduh dan dipersalahkan. Manakala PDRM pula akan didakwa, sengaja membiarkan pergaduhan tersebut tercetus kerana sifat PDRM iaitu BARUA UMNO. Itu yang akan berlaku dan para pemimpin daripada pakatan berkenaan akan berbondong-bondong ke Sungai Petani, sama ada untuk menunjukkan simpati, menunjukkan keperwiraan dan kepedulian tetapi yang lebih penting, untuk menghasut para pengundi agar kekal memilih calon-calon mereka dalam PRU akan datang. Anda tidak percaya? Tidak perlu tunggu berminggu-minggu untuk membuktikannya… anda dipersilakan ke mana-mana ceramah puak berkenaan pada malam nanti di Sungai Petani dan Merbok, khususnya! Atau anda hanya perlu menjengah Facebook atau portal atau blog-blog mereka! |
wancikgumuzik: PERGADUHAN <b>DI SUNGAI PETANI</b> 18 DISEMBER <b>...</b> Posted: 18 Dec 2012 08:36 AM PST PERGADUHAN DI SUNGAI PETANI 18 DISEMBER 2012 | sekarang semua kecoh berkenaan pergaduhan besar antara org india dan melayu di sungai petani... kesahihan cerita pergaduhan di sg petani nih masih lagi mencurigakan.. harap semua melayu jangan mengelabah yerr.. jom kita tgk kisah yg berlaku... Kejadian pergaduhan teruk antara golongan Pelampau India daripada Geng 35 dengan orang Melayu Islam di Sungai Petani. Khabarnya Geng 35 telah mengugut untuk membakar masjid dan surau. Beberap aanggota polis Melayu telah dibelasah oleh anggota Geng 35. Perintah darurat telah dikeluarkan oleh Polis dan FRU di kawasan tersebut. Mohon bersatu! Umat Islam digesa jangan bertindak terburu-buru, dan mengikut arahan polis agar peristiwa buruk tidak berlaku. cerita daripada saksi.... mangsa.. Sebarang pertanyaan,maklumat atau pengesahan maklumat berkaitan kes serangan kongsi gelap india 35 melakukan serangan perkauman di sekitar Sungai Petani,Kedah terhadap kaum melayu & ancaman serangan terhadap surau & masjid-masjid,sila hubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Muda 04-4299222 atau Balai Polis Sg.Petani 04- 4222222..Jangan buat sebarang kesimpulan melulu atau mendengar khabar angin.Kekalkan perpaduan antara kaum. *UPDATE* Maklumat terbaru!!! Keadaan sudah pulih seperti sedia kala. Di harap semua bertenang. *UPDATE terbaru dari PDRM* STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI: Berikutan berlakunya satu kes pergaduhan di Sungai Petani, beberapa anggota polis telah ditugaskan ke lokasi kejadian dan keadaan kini adalah terkawal. Ketua Polis Kedah akan memberi kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat. kejadian tersebut yang boleh menggugat ketenteraman awam. Terima kasih. JOM LIKE FB FANPAGE AKU...!! |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan