Isnin, 7 Januari 2013

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


HIMPUNAN HIJAU <b>DI JERAI</b> DAH JADI HIMPUNAN KATAK KUANG <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 11:00 PM PST

Saya tidak tahu di mana PAS Kedah nak tunjuk mukanya apabila dilaporkan hanya sekitar 80 orang saja yang hadir di Majlis Himpunan Hijau yang diadakan di Padang Awam Taman Ria Mesra pada 29 Disember yang lalu.

Meskipun dihadiri oleh Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar dan Ketua Muslimat PAS Jerai, Fauziah, himpunan itu dilihat begitu suram tidak bermaya membayangkan jangka hayat kuasa PAS di Kedah yang semakin malap menjelang PRU ke-13.

Sangat menghairankan! Selalunya program-program anjuran Pakatan Haram di Kedah yang melibatkan "katak-katak hijau" akan dihadiri paling kurang seramai 200 orang.

Tapi mengapa PAS hanya mampu menghimpun seramai 80 orang sahaja di himpunan tersebut?

Saya dimaklumkan juga bahawa PAS Jerai awal-awal lagi sudah merangka rancangan untuk berkonvoi ke lokasi majlis berkenaan pada 28 Disember, tapi terpaksa ditunda ke tarikh 29 Disember setelah tidak mendapat sambutan.

Pun begitu, ketika berkonvoi pada 29 Disember pun, hanya beberapa buah motorsikal saja yang merempit dan mengabaikan tanggungjawab keselamatan jalanraya untuk para pengguna yang lain.

Firdaus dalam ucapannya menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan hasil-hasil bumi, galian dan sebagainya.

Namun katanya, segala aset dan galian bernilai tinggi itu tidak digali dan dipergunakan sepenuhnya oleh Kerajaan... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan