Ahad, 6 Januari 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Saifuddin yakin KEADILAN menang <b>di Kulim</b>-Bandar Baharu <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 10:07 PM PST

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 7 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin KEADILAN akan mempertahan kemenangan Pakatan Rakyat di Parlimen Kulim-Bandar Baharu (P18) dalam Pilihan Raya Umum (PRU 13).

Menurutnya, persempadanan kawasan itu dengan Permatang Pauh dan Padang Serai, kedua-duanya kubu kuat Pakatan menyumbang faktor utama kemenangan.

"Kulim-Bandar Baharu juga berada di Kedah Selatan, daerah rakyatnya adalah anti kerajaan Umno. Dari segi faktor lokasi, memang berpihak pada kita (Pakatan)," katanya kepada Keadilan Daily.

Selain itu katanya, kekuatan jentera parti di kawasan parlimen tersebut sebab utama kerusi berkenaan bakal dimenangi.

"Jentera parti yang cukup kuat, komited bekerja dan membantu menjadi asas kepada kemenangan kita nanti," jelas Ahli Parlimen Machang itu.

"Sokongan penduduk tempatan turut menambah keyakinan bahawa KEADILAN dan Pakatan mampu pertahan kemenangan yang diperoleh sejak 2008," tambahnya sambil mengesahkan beliau akan bertanding untuk parlimen itu.

Parlimen Kulim-Bandar Baharu terbahagi kepada dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Kulim dan DUN Bandar Bharu, dengan mempunyai 67.93% pengundi Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang.

Pada pilihan raya 2008, wakil KEADILAN, Datuk Zulkifli Nordin menang dengan majoriti 5,583 undi, iaitu 22,255 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.

Kini Zulkifli menganggotai bebas setelah dipecat KEADILAN pada 2010 ekoran kesalahan berulang-ulang kerana melanggar dasar dan pendirian parti.

Beliau adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), NGO di bawah tunggangan Umno BN.

Untuk PRU 13, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah di Kulim Disember lalu menguar-nguarkan Saifuddin akan mewakili KEADILAN di parlimen itu.

"Saya akan beri kenyataan penuh berhubung pemilihan itu kerana sedang menyelesaikan beberapa perkara di Machang sekarang. Setelah selesai nanti, saya akan menurut arahan tersebut dan berpindah ke sana," kata Saifuddin mengulas pengumuman tersebut.

Dalam PRU 2008, Saifuddin bertanding Parlimen Machang di Kelantan dengan 21,041 undi dan mengalahkan calon BN, Datuk Sazmi Miah yang hanya memperoleh 19,581 undi.

Sebelum itu, beliau memperoleh kerusi tunggal dalam DUN Kedah apabila menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Lunas pada tahun 2000.

Beliau memperoleh 10,511 undi manakala calon BN, S Anthonysamy mendapat 9,981 undi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42538

Tiada ulasan:

Catat Ulasan