Khamis, 10 Januari 2013

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Pemuda UMNO <b>Sik</b> Kedah Bantu Mangsa Banjir <b>Di</b> Kuala Terengganu

Posted: 05 Jan 2013 07:09 PM PST

Biarpun jauh, Briged Sukarelawan Pemuda UMNO Bahagian Sik, Kedah tidak ketinggalan untuk sama-sama turun padang membantu lebih 70 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Taman Desa Damai dan Taman Desa Tanjong Damai di Gong Badak dekat sini hari ini.

Konvoi 10 kenderaan yang disertai 40 anggota briged berkenaan mula tiba di taman perumahan itu kira-kira pukul 5.20 pagi ini sebelum dipecahkan kepada tiga kumpulan dalam menjayakan program gotong-royong membersih rumah mangsa banjir di situ.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Datin Seri Rosmah Mansor.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Timbalan Yang Dipertua PPPM, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Yang Dipertua PPPM Cawangan Terengganu, Datin Seri Tengku Ramlah Azizah Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Dalam pada itu, Ketua Briged Sukarelawan tersebut, Mahadzir Abd. Hamid ketika ditemui berkata, kehadiran anggota briged sukarelawan yang diterajuinya itu ke taman berkenaan sebagai tanda prihatin untuk sama-sama membantu keluarga mangsa yang dilanda banjir.

"Kami rasa terpanggil untuk sama-sama membantu mangsa banjir di sini hasil perbincangan saya dengan seorang rakan, Syed Mohd. Hafizuddin Datuk Syed Omar Al-Idrus yang merupakan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu," katanya.

Menurutnya, dalam kunjungan itu, pihaknya turut membawa bersama beberapa peralatan sendiri untuk menjalankan kerja-kerja membersih kediaman mangsa.

Katanya, ini kali pertama briged sukarelawan itu menghulurkan bantuan di lokasi paling jauh dari Kedah memandangkan sebelum ini hanya berlegar di sebelah utara semenanjung dalam menjalankan kerja.

gambar – bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan