Khamis, 10 Januari 2013

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


kerajaan <b>negeri kedah</b> naikkan cukai tanah <b>di</b> <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 07 Jan 2013 05:02 PM PST


Punyalah kemaruk untuk dikenali sebagai pentadbir yang baik dan hebat sehingga mampu meningkatkan pendapatan negeri, PAS Kedah menyusun langkah yang lebih berstrategi dan lebih cekap. Strategi yang dimaksudkan, bukannya mencari sumber pendapatan yang baru, atau membolehkan rakyat Kedah mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, sebaliknya meningkatkan cukai tanah yang akan menyebabkan ramai rakyat Kedah berhadapan dengan risiko kehilangan tanah yang mereka duduki, usahakan dan miliki semenjak zaman berzaman.

PAS Kedah sangat cekap dalam bab-bab mencerut kesusahan rakyat. Walaupun ketika mengambil Kedah dari tangan UMNO-BN pada PRU12 lalu PAS telah diberikan prasarana yang terbaik untuk memacu pertumbuhan ekonomi, namun PAS yang selama ini cukup terkenal dengan derma tabung milo mereka, mengambil jalan mudah untuk bermegah-megah.

Pendapatan negeri dijanakan menerusi kerosakan alam sekitar yang amat teruk. Industri utama Kedah adalah pembalakan. Manakala bidang industri dan pembuatan yang suatu ketika pernah menjadi nadi ekonomi Kedah selain memberikan peluang pekerjaan kepada ratusan ribu rakyat Kedah, penduduk di utara Perak, Pulau Pinang dan Perlis, tidak dipedulikan langsung. Kalau ada pun, hanyalah berita-berita yang melibatkan penglibatan entiti-entiti Kerajaan Pusat seperti MITI dan MIDA, manakala Kerajaan Negeri Kedah pula, sekadar berlakon untuk mengambil nama dan kredit sahaja.

Keputusan Kerajaan Negeri Kedah menaikkan cukai tanah setinggi yang mungkin di Pulau Langkawi, Alor Star dan Bandar Baharu, memberi kesan kepada ratusan rakyat dan penduduk Kedah. Pada masa yang sama, kenaikan cukai tanah tersebut juga akan memberi kesan... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan