02 di sungai petani - Google Blog Search |
Berita Pergaduhan <b>Di Sungai Petani</b> MENGARUT, Penduduk <b>...</b> Posted: 22 Dec 2012 04:00 AM PST Walaupun sudah berulang-ulang kali diberitakan bahawa pergaduhan di Sungai Petani itu hanyalah pergaduhan biasa, tetapi ada yang mahukan pergaduhan tersebut berpanjangan sehinggakan ada yang pula yang membuat cerita kononnya, punca pergaduhan itu adalah disebabkan penganut Hindu hendak membakar masjid dan merampas tanah Melayu untuk mendirikan sebuah kuil di Taman Ria Jaya. Walhal, cerita-cerita tersebut adalah MENGARUT sama sekali. Melihat kepada perkembangan semasa yang masih belum surut dengan pelbagai cerita-cerita karut, penduduk tempatan yang sudah bosan dengan gelagat puak-puak yang mahu melihat kesengsaraan penduduk tempatan menerusi kekacauan yang tiada kesudahannya. Semalam iaitu pada 21 Disember 2012, satu perhimpunan aman telah diadakan di IPD Kuala Muda anjiran NGO dan persatuan-persatuan yang berasakan kaum Melayu dan India. Mereka bersatu dan sepakat untuk menolak sebarang berita karut yang mengatakan pergaduhan kaum di Sungai Petani sudah sampai ke tahap kritikal. Lebih kurang 100 orang telah berkumpul dalam perhimpunan aman tersebut. Mereka kemudiannya membuat laporan polis agar polis mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan SMS dan blog-blog hasutan bersabit isu gaduh di Sungai Petani. Semangat satupadu yang ditunjukkan oleh penduduk setempat Sungai Petani merupakan contoh terbaik untuk menolak sebarang fitnah dan khabar-khabar angin yang sedang galak dan berleluasa sekarang ini. |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan