Khamis, 3 Januari 2013

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


80 Orang Saja Hadir <b>Di</b> Himpunan “Katak Hijau” Parlimen <b>Jerai</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 04:00 PM PST

 

Saya tidak tahu di mana PAS Kedah nak tunjuk mukanya apabila dilaporkan hanya sekitar 80 orang saja yang hadir di Majlis Himpunan Hijau yang diadakan di Padang Awam Taman Ria Mesra pada 29 Disember yang lalu.

Meskipun dihadiri oleh Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar dan Ketua Muslimat PAS Jerai, Fauziah, himpunan itu dilihat begitu suram tidak bermaya membayangkan jangka hayat kuasa PAS di Kedah yang semakin malap menjelang PRU ke-13.

Sangat menghairankan! Selalunya program-program anjuran Pakatan Haram di Kedah yang melibatkan "katak-katak hijau" akan dihadiri paling kurang seramai 200 orang.

Tapi mengapa PAS hanya mampu menghimpun seramai 80 orang sahaja di himpunan tersebut?

Saya dimaklumkan juga bahawa PAS Jerai awal-awal lagi sudah merangka rancangan untuk berkonvoi ke lokasi majlis berkenaan pada 28 Disember, tapi terpaksa ditunda ke tarikh 29 Disember setelah tidak mendapat sambutan.

Pun begitu, ketika berkonvoi pada 29 Disember pun, hanya beberapa buah motorsikal saja yang merempit dan mengabaikan tanggungjawab keselamatan jalanraya untuk para pengguna yang lain.

Firdaus dalam ucapannya menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan hasil-hasil bumi, galian dan sebagainya.

Namun katanya, segala aset dan galian bernilai tinggi itu tidak digali dan dipergunakan sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat sehingga mengakibatkan pertumbuhan kadar pengangguran di kalangan anak-anak muda di negara ini.

Begitulah hujah seorang ahli politik yang tamak, tidak berpanjangan jauh, mengharapkan rezeki di depan mata, malas bekerja dan memikirkan masa depan generasi anak muda di Kedah.

Yang dia tahu hanya memburuk-buruk dan memperlekehkan pihak lawan tanpa menyedari bahawa hujahnya itu sangat dangkal, cetek dan singkat akalnya!

himpunhijau2

Katakanlah Gunung Jerai yang tersergam di depan rumah Firdaus itu merupakan kawasan yang penuh dengan emas, saya yakin Firdaus sendiri akan menjadi "Kapitan" melombong bijih emas di situ sehingga gunung itu ranap dan rata bagaikan padang bola.

Itulah yang sedang dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kedah sekarang. Habis ditebangnya pokok-pokok balak di hutan-hutan simpan kekal di negeri Jelapang Padi itu sehingga gondol dan licin tanpa menghiraukan kesan terhadap sistem ekologi.

Sudahlah tidak punya sebarang kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar, hutan-hutan simpan yang tidak pernah diusik kerajaan BN itu ditarah semahu-mahunya tanpa meninggalkan sebatang pun balak bagi generasi anak dan cucu di kemudian hari.

Sepatutnya, Firdaus perlu menegur Kerajaan PAS Kedah yang gagal menyempurnakan projek SULIHH meskipun sepatutnya projek berkenaan telah mula beroperasi kira-kira dua tahun lalu dan memberikan peluang pekerjaan kepada seramai 3,000 anak muda di Kedah.

Malangnya, projek berkenaan masih terkial-kial untuk dilaksanakan, malah batang cerucuk pun langsung tidak kelihatan di tapak projek! PAS Kedah tahu bangunkan ekonomi negeri atau tidak?

Begitulah PAS di Kedah. Makin hari makin dijauhi oleh segenap masyarakat, khususnya orang muda. Dulu orang muda di Kedah fikir PAS mampu membela nasib mereka jika diberi kuasa. Namun kini barulah mereka sedar betapa peritnya hidup dibawah kekuasaan PAS yang serba-serbi tak tahu buat!

Pak Ya Selera Kampung – selepas turun Gunung <b>Jerai</b> <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2012 08:02 PM PST

Isnin, 10 December 2012

Dari Sungai Petani, kami singgah bermalam ke Gunung Jerai yg terletak di Gurun Kedah. Selain daku & mr suami, sahabat baik mr suami juga turun serta dalam 'percutian' ini. Hotel yg kami duduki adalah milik PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) iaitu Regency Resort Gunung Jerai. Ini merupakan kali yg ke-3 kami menaiki puncak gunung tersebut. Suasananya agak kurang sejuk ketika ini. Manakala dari segi makanan mmng resort tersebut menyediakan menu yg tidak menepati selera pelanggan (jujur kan daku), disebabkan itu daku mmng tiada mood utk berkongsikan kisahnya di sini. Juadah yg disediakan mmng tiada standard langsung dgn taraf sebuah hotel resort di situ.. huh

cantik kan pemandangan kat puncak Gunung Jerai nih !

Keesokkan hari selepas ronda2 sekitar Gunung Jerai dan kemudian check out bilik, kami turun ke bawah puncak gunung & mencari gerai utk makan tengahari. Lalu terjumpa sebuah gerai ni yg terletak di Gurun. Nama kampung kami kurang pasti krn masing2 perut sudah kelaparan (tak sempat nak toleh kiri kanan lagi).

iyahhh… kami beramai-ramai ke "Pak Ya Selera Kampung". Warung ni tepi jalan jer.. Tengok ada 3-4 biji kereta berenti membuatkan kami pun turun sama singgah.

banyak juga lauk2 kampung yg terdapat di sini

ada lebih kurang 40-50 jenis lauk2

lauk yg berkuah diletakkan dlm periuk besar ini

suasana & pemandangan dlm kedai – agak selesa mungkin waktu ni org dah semakin berkurangan krn telah tamat waktu makan.

Semasa di warong Pak Ya, of cos la kami semua makan nasi dan lauk2 dibubuh dlm pinggan masing2. Nampaknya daku tak dpt nak snap gambar makanan & lauk2 yg kami ambil krn masing2 telah makan dgn 'rakus'nya (termasuk penulis).  Untuk menu di sini daku dapat berikan 2.5 / 5 bintang sahaja. Lauknya banyak tapi tiada yg special (pada padangan DAKU la), namun lebih puas hati berbanding menikmati makanan di Gunung Jerai Resort..huhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan