Ahad, 3 Februari 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


terajubintang7: Murtabak Terbang <b>di</b> Pasar Malam <b>Kuala Kedah</b>.

Posted: 24 Dec 2012 08:58 PM PST

Minggu lepas ( 19hb - 24hb Disember 2012 ) balik Alor Setar. Sempat pergi pasar malam di Kuala Kedah. dah 4 tahun lebih menjadi keluarga Alor Setar, ini baru pertama kali menjejakan kaki di pasar malam Kuala Kedah ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca blog terajubintang7, pasar malam di Kuala Kedah beroperasi pada hari Khamis malam Jumaat. Lokasinya tepi jalan sebelum lampu trafik kuala kedah dan lebih tepat lagi, bersebelahan dengan Balai Polis Kuala Kedah. Itulah serba sedikit berkenaan pasar malam kuala kedah.

-->
Tetapi kami nak kongsikan cerita berkenaan murtabak terbang di pasar malam Kuala Kedah ini. Ianya diusahakan oleh 3 - 4 orang jejaka dari Alunan Pelangi Ent (yang kami nampak masa itu). Terdapat 2 variasi rasa iaitu Daging & Ayam. Harga sekeping RM 2.00 sahaja. Kalau nak tempah, hubungi di talian 0195417703. Kalau datang walk in, kenalah tunggu sekejap.

-->
Kenapa ianya dipanggil murtabak terbang?. Ceritanya begini. Mula-mula tebar doh, pastu letak atas kuali, letak sesenduk inti (telur,bawang,ayam/daging dll) lipat menjadi segi 4, tunggu garing sikit, paling pula. agak-agak dah masak dan garing, ini lah momentumnya dipanggil murtabak terbang, Brother yang sedang memaling murtabak ini akan melemparkan atau menerbangkan murtabak yang sudah masak ke plate putih untuk brother lagi seorang tu bungkus. Begitulah ceritanya (andaian sendiri) '....kalau silap, tolong betulkan diruangan komen'.

-->
Tengok tu ramai yang menunggu. masa ini kami bungkus 8 keping murtabak terbang daging. rasa memang sedap dan berbaloi. Sekian, terima kasih.
Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan