ads

Isnin, 11 Februari 2013

02 di kubang pasu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Mangsa <b>di Kubang Pasu</b> berkurangan, Kota Setar meningkat | Free <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2010 11:35 PM PDT

banjirALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 33,350 orang berbanding 39,785 petang semalam, berikutan semakin ramai mangsa di daerah Kubang Pasu yang dibenarkan pulang tetapi daerah Kota Setar menunjukkan peningkatan ketara mangsa banjir.     

Selain itu, daerah Pokok Sena turut mencatatkan penurunan manakala daerah Padang Terap kekal dan Pendang meningkat sedikit.

Sehingga 8 pagi ini, bilangan mangsa banjir di daerah Kubang Pasu adalah 12,341 orang daripada 3,324 keluarga berbanding 21,111 orang petang semalam.      

Daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 18,926 orang daripada 4,866 keluarga berbanding 16,376 semalam.

Di Padang Terap, jumlah mangsa adalah seramai 354 orang daripada 92 keluarga, Pokok Sena 1,480 mangsa daripada 250 keluarga dan Pendang 249 orang daripada 62 keluarga.      

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga kini, 97 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 38 adalah di Kubang Pasu, sembilan di Padang Terap, 42 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.      

-Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved