02 di sik - Google Blog Search |
JOM JALAN-JALAN...: TASIK BERIS <b>SIK</b> KEDAH: Kemanisan <b>...</b> Posted: 13 Jan 2013 06:44 PM PST JANUARI 2012 Lokasinya di Sik Kedah. Jauhnya dari Alor Setar lebih kurang 90km. Dari Lebuhraya Utara Selatan, keluar exit Gurun/Sik.Lebih kurang sejam gak sampai.Mungkin ramai yang terfikir, adakah berbaloi bercuti ke Tasik Beris...ermmm baca la post saya seterusnya. Nak Cerita Sikit Sejarah Tentang Tasik Beris:
MULA-MULA SEKALI JOM PERGI : Tentang Ladang Anggur, saya dah cerita kat post ni : http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/09/ladang-anggur-teka-la-kat-mana.html Tapi, bila pergi sekali lagi ni, nampak dah banyak perubahan la.Tempatnya lebih menarik, fanoramanya pun semakin mengasyikan dan nampak diorang betul-betul serius untuk menjadikan kawasan pelancongan ladang anggur terbesar di Asia Tenggara.Masuk RM 4 je.Kalau nak petik anggur sendiri, kena bayar 1kg RM 50. PASTU, JOM KITA PUSING-PUSING TASIK BERIS DENGAN BOT MENGINAP DI D'PUNCAK BRIS LAKE RESORT SIK KEDAH Tempat kami menginap ni, biliknya berharga RM70 semalam, takde aircond , guna kipas je, beratapkan rumbia,satu katil besar dan bilik air yang biasa-biasa je.Kat sini, memang ada nyamuk dan disediakan kelambu lagi tu.Kalau waktu malam, memang sejuk. rasa macam aircond je.Penginapan D'Puncak memang direkabentuk untuk orang yang meminati 'adventure'. Bilik kami siap ada spider besar lagi tu melekat kat dinding tapi kami relaks je, sebab spider tu tak kacau orang. Dengar cerita, resort D'Puncak Bris, asalnya adalah kawasan kampung, ada sekolah dan ada kubur-kubur yang telah dipindahkan. Jadi tauke resort ni beli dan jadikan resort. Mungkin kalau menyelam di tasik Beris ni boleh jumpa peninggalan tapak sekolah yang telah ditenggelami air. Diceritakan oleh orang-orang tempatan, semasa memindahkan kubur, ada satu kubur tu yang mayatnya tidak reput. Dikhabarkan mayat tu adalah seorang guru agama yang alim di kampung tersebut satu ketika dulu. Pemandangan di resort ni betul-betul mendamaikan, di tepi tasik, boleh memancing di tasik atau memancing di kolam memancing. Banyak pokok-pokok buah-buahan terutama pokok rambutan, kalau ada buah, petik je.Pokok-pokok pun rimbun menutupi cahaya matahari, redup kemudian disusuli angin tasik dengan udara yang menyegarkan. Gambar : SEKITAR PEMANDANGAN DI RESORT D'PUNCAK BRIS |
You are subscribed to email updates from di sik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan