Jumaat, 1 Februari 2013

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


Khatib Merangkap Imam dan Pengerusi Masjid <b>di Sik</b> Baca Khutbah <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 11:40 PM PST

Apabila dikatakan bahawa AMANAT HAJI HADI adalah pemecah belah masyarakat Islam dengan menjadikan golongan yang enggan mengiktiraf atau menyokong PAS sebagai mangsa, puak-puak yang membelanya segera menyatakan bahawa amanat tersebut tidak ada salah dan cacat celanya. Bahkan di dalam amanat berkenaan, tidak pula ia dirujukkan terus kepada UMNO, sebaliknya para penyokong PAS tergelak-gelak sambil menyatakan, UMNO yang terlebih perasan. 

21 Disember lalu, bertempat di Masjid Pekan Sik, khatib yang merupakan imam dan pengerusi jawatankuasa masjid tersebut, Ahmad bin Hussin telah mengulangi perangai ahli-ahli PAS yang cukup suka menghentam UMNO dan terbawa-bawa dalam fahamannya bahawa politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. 

Dalam khutbah yang dibacakan tanpa menggunakan teks Majlis Agama Islam Kedah, Ahmad Hussin menyatakan kepada jemaah bahawa UMNO terlalu menumpukan perhatian kepada dunia dan meninggalkan akhirat. Ahmad Hussin juga menyatakan, slogan UMNO iaitu 'HIDUP MELAYU' tidak sesuai dengan Islam kerana bangsa lain yang beragama Islam tidak akan memekik slogan tersebut sebaliknya akan menyebut HIDUP ISLAM atau ALLAHUAKBAR.

Walaupun tidak lagi berpegang secara terus kepada AMANAT HAJI HADI, Abdullah Hussin yang merupakan sebahagian daripada orang PAS yang ada jawatan di masjid-masjid seluruh Kedah, masih kekal beranggapan bahawa PAS lebih Islam dari mana-mana kumpulan di Malaysia. 

Puak-puak PAS sebenarnya sangat suka mengambil kesempatan daripada perhimpunan umat Islam mingguan di masjid untuk memanjangkan langkah dan fahaman politik mereka sekalipun sebahagian besar daripada mereka LANGSUNG TIDAK FAHAM apa yang dimaksudkan dengan politik di dalam Islam, sebaliknya dengan menyamar sebagai orang lain menerusi serban, janggut, dan keahlian PAS, mereka sentiasa beranggapan, mereka lebih mendahului orang lain dalam pengetahuan agama Islam. 

Kalau nak harapkan masa kempen dan ceramah, yang akan mendengar dan percaya hanyalah puak-puak PAS sahaja. Justeru, Solat Jumaat dilihat sebagai medan terbaik untuk puak-puak PAS mendapatkan undi tambahan daripada jemaah. Apabila diberitahu bahawa tindakan mereka itu keterlaluan dan melampau, kebanyakan puak PAS akan segera menangkis dan menyanggah kononnya tindakan mereka itu adalah sejajar dengan ajaran agama Islam. 

Antara syarat-syarat utama Khutbah Jumaat ialah menyatupadukan umat Islam dan memberikan pengajaran atau tazkirah yang baik dengan bersandarkan kepada ayat-ayat al Quran, serta hadis Rasulullah s.a.w. 

Puak PAS memang menggunakan apa yang disyaratkan di dalam syarat khutbah Jumaat. Bagaimanapun, mereka membuat sedikit pindaan dengan menghalakan segala kesalahan kepada puak yang mereka tentang dan sentiasa membela diri sendiri dengan menyatakan apa-apa sahaja yang dilakukan oleh PAS adalah sejajar dengan ajaran Rasulullah s.a.w. 

Tindakan Ahmad Hussin itu sebenarnya tidak mendatangkan kebaikan memandangkan kebanyakan orang yang faham agama akan tahu, bahawa khutbah sebegitu sebenarnya hanya dicipta oleh mereka yang sempit akal fikiran serta jumud ilmu agamanya. Islam tidak akan makmur dengan kecaman terhadap mana-mana kelompok menerusi khutbah Jumaat, bahkan lebih ramai yang akan menjauhi surau serta masjid kerana beranggapan orang seperti Ahmad Hussin lebih gemar menjatuhkan hukum berbanding menyatupadukan umat Islam. 

Pengaruh AMANAT HAJI HADI kelihatan sangat jelas menerusi tindakan dan kelakuan Ahmad Hussin mahupun mana-mana orang PAS yang menjawat jawatan imam, khatib mahupun pengerusi masjid. Puak-puak ini seringkali berebut-rebut untuk menduduki mana-mana jawatan penting di masjid dan surau. Bagi mereka, merekalah yang paling layak menduduki jawatan tersebut. Seandainya ada individu lain yang dikenalpasti bukan menyokong PAS, tingkah laku yang mereka akan tunjukkan, amat menjijikkan. Mereka tidak sahaja memulaukan masjid dan surau tersebut, bahkan mereka sanggup untuk mendirikan solat jemaah secara berasingan kerana pada anggapan mereka, solat di belakang orang yang tidak menyokong PAS apatah lagi menyokong UMNO, tidak begitu afdal, malah tidak sah!

Bukan tidak ada dari kalangan PAS yang mempunyai pengetahuan agama yang mencukupi, tetapi kebanyakan daripada mereka lebih cenderung untuk menyalahgunakan pengetahuan agama itu untuk perjuangan sempit PAS. Dek kerana itulah, dari semasa ke semasa, mereka akan mempotretkan PAS sebagai Islam dan Islam tidak boleh dipisahkan dengan PAS!

Ahmad Hussin, Imam merangkap Khatib dan Pengerusi Masjid Pekan Sik, seharusnya menjelaskan tentang khutbah Jumaat yang dibaca dari otaknya itu!

KedahLanie.info: Paip baru <b>di Sik</b> atasi masalah air

Posted: 27 Oct 2012 06:37 PM PDT


SIK – Masalah gangguan tekanan air yang membelenggu kira-kira 1,000 penduduk sejak empat tahun lalu diatasi apabila Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengambil inisiatif memasang paip baru sepanjang satu kilometer.

Pegawai Perhubungan Awam SADA, Rofedi Sulaiman berkata, projek yang bernilai RM80 ribu itu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi 240 rumah daripada tiga kampung, iaitu Kampung Cemara, Kampung Baru Padang Ragut dan Kampung Lahar.

"Penambahan paip baru itu menjadikan kampung terbabit mempunyai dua saluran air iaitu menerusi Loji Batu Lima dan Loji Jeniang.


"Sebelum ini penduduk hanya bergantung kepada satu sumber air sahaja, iaitu di Loji Batu Lima, sekarang mereka bakal menerima sumber air yang di Loji Jeniang, maka ianya dapat meningkatkan tekanan air kepada seluruh penduduk di ketiga-tiga kampung ini," jelas beliau pada program gotong royong pemasangan paip baru di Kampung Cemara, di sini.

Tambah beliau, sebelum ini penduduk sering menghadapi masalah tekanan air terutama pada musim perayaan yang memerlukan kapasiti air yang banyak.

"Penggunaan air yang banyak mengakibatkan tekanan air menjadi rendah, yang akhirnya penduduk yang menghadapi masalah bekalan air, setelah siapnya projek ini penduduk tidak perlu risau lagi mengenai tekanan air kerana pemasangan paip baru ini mampu menampung penggunaan air oleh penduduk di ketiga-tiga kampung itu," ujar beliau.

Bagi penduduk, mereka bersyukur dengan pemasangan paip baru ini yang akan mengatasi masalah yang dibelenggu selama ini.

Terakhir Dikemaskini (Rabu, 24 Oktober 2012 18:23)

Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Majlis Daerah <b>Sik</b>

Posted: 10 Jan 2013 01:08 AM PST

Jawatan Kosong 2013 di Majlis Daerah Sik

Jawatan Kosong 2013: Majlis Daerah Sik ditubuhkan pada 1 Ogos 1975. Penubuhan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan seluruh Daerah Sik ialah 1,635,457.65 hektar ( 1,634.6 km persegi). Jumlah penduduk di Daerah Sik adalah sebanyak 71,261orang. Kepadatan kasar penduduk adalah 38 (penduduk per kps). Daerah Sik mempunyai empat mukim iaitu Mukim Sik (57,042.38 hektar), Mukim Sok (80,549.00 hektar), Mukim Jeneri (12,691.00 hektar) dan Mukim Teloi (13,175.27 hektar). Keluasan kawasan perkhidmatan Majlis Daerah Sik ialah 1356.053 hektar (13.56053 km. persegi). Ianya melibatkan penempatan Pekan Sik, Batu 5, Kuala Begia dan Sik Dalam.

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kedah Darul Aman /
Warga Negara Malaysia untuk memenuhi jawatan yang tersebut di bawah:-

1. Jawatan : ' HOUSE KEEPING'
Taraf Jawatan : Sambilan

Syarat Lantikan:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan;
c) (i) Tamat darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan; Dan
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan dengan pembersihan
di Sik Inn dan Melor Inn.
dan
d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
baik.

CARA MEMOHON:
i) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Majlis
Daerah Sik dengan bayaran wang proses RM 2.00.
ii) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Kad
Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang
berkaitan serta sekeping Gambar berukuran pasport. (Salinan sijil-sijil perlu
mendapat pengesahan terlebih dahulu)
iii) Pemohonan ini hanya sah selama 1 tahun dari tarikh iklan.
v) Alamatkan permohonan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH SIK,
08200 SIK,
KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH TUTUP: 17 JANUARI 2013

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.
———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan