Khamis, 21 Februari 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Suasana Petang <b>di Tanjung Dawai</b>. ~ P.C.L

Posted: 16 Feb 2013 02:57 AM PST

..
lewat petang ke sini lagi...hanya 30 minit dari rumah.

..
sambil menikmati angin sepoi bahasa di atas pelantar kayu yang telah banyak meninggalkan kenangan kami sekeluarga sejak aku 'join' famili Nordiana Mohd Saad  aka mmD yang terdiri dari kalangan kaki pancing..
..
bermula di sini...kami bahagia seadanya..

..
syukur kepada Allah swt...keluarga kami sentisa ceria..
..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pandangan Permai <b>di Tanjung Dawai</b>, Kedah

Posted: 19 Feb 2013 03:44 PM PST

Lepas ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kampung Merbok, sekitar pukul 6 petang kami terus menuju ke Tanjung Dawai pula, lebih kurang 14 km dari Lembah Bujang. 'Iffah tengah sedap tidur masa tu. Biasalah, 'Iffah selalu timing bila bangun nanti.

Lembah Bujang - Tanjung Dawai

Saya mengejar masa sebenarnya nak ke Tanjung Dawai. Niat di hati nak shoot pemandangan matahari terbenam. Dah lama saya simpan niat ni. Maklumlah, kat Kelantan cuma dapat shoot pemandangan matahari terbit je.

Beberapa minit sebelum sampai di Tanjung Dawai, saya melintasi satu kawasan jelapang padi yang sangat luas terbentang. Sayangnya masa tu padi dah dituai. Kalau tak, mesti cantik pemandangan hijau padi yang seluas mata memandang.

Padi Kedah

Jelapang Padi Kedah

Perjalanan diteruskan. Akhirnya kami sampai di Pantai Merdeka. Masa tu ramai pengunjung berderet sepanjang pantai. Hasrat nak bermain air di gigi Pantai Merdeka terpaksa dibatalkan. Jadi saya terus pecut ke hujung jalan iaitu Tanjung Dawai.

Sekitar 6:30 petang kami selamat sampai di Jeti Tanjung Dawai. Macam biasa, 'Iffah akan bangun dari tidur bila dah sampai ke destinasi. Timing sungguh hehe.

Peluang yang ada saya gunakan untuk menikmati keindahan Tanjung Dawai yang permai ni.

Tanjung Dawai

Tanjung Dawai

Tanjung Dawai

Pantai Merdeka Tanjung Dawai

Tanjung Dawai Pantai Merdeka

Jeti Tanjung Dawai

Bila sampai ke Tanjung Dawai teringat lagu lama yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Tropika satu masa dulu. Tajuknya Cinta Pantai Merdeka. Kenangan di Tanjung Dawai tersemat dalam korus lagu ini:

Kuukir namamu
Di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang Peristiwa
Cinta kita terurai

Sesuai pula dengan mode wedding anniversary kami. Tapi kami mula berkenalan di KL Sentral

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan