Khamis, 21 Februari 2013

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Makan malam <b>di Kuala Kedah</b> Sedap | Safwan Rahman

Posted: 18 May 2012 10:36 PM PDT

Kredit Gambar di atas: unaizahsdiary.blogspot.com

Malam ini kena pegi ke Kuala Kedah atas sebab tertentu alang-alang makan malam sekali memandangkan dah lama tak makan di Kuala Kedah. Kat area sini banyak kedai seafood sampai rambang mata pilih nk p kedai mana. Tak la bosankan nanti boleh cuba semua kedai ikut preference masing-masing.

Berbalik pada cerita, mula-mula singgah di Restoran Nelayan, dah duduk di meja kerusi dan perhati sekeliling tengok semua meja belom dapat makanan, ada la dalam 7 meja kot. Ni kalau aku order ni ada sejam baru boleh jamah makanan, perut dah lapo nih. Hmmm… better p kedai lain lah – fikir dalam hati. Ask my wife for her opinion dan kami decide untuk pergi ke kedai lain yang customernya tak terlalu ramai. Ini dah la ramai then semua belom dapat makanannya pak, waduh-waduh… sebelom keimanan teruji better ambil initiative lain.

Bangun keluar kedai berjalan ke kereta sambil di perhatikan oleh customer-customer (Anggap je diaorang tengok sebab aku handsome)

Berjalan lebih kurang 2 buah kedai selepas Restoran Nelayan dan jumpa restoran yang agak ok dan kami decide berhenti makan di situ iaitu Restoran Idaman Kuala Kuala Kedah. Haaa… nama kedai agak repetitive sket. Ada 2 Kuala situ ya, aku pom tak tahu kenapa.

Environment kedai ini memuaskan. Luas dari segi parking space dan meja makan. Kuantiti bilangan nyamuk berada pada tahap minimum. Yang paling aku suka adalah waiter, dia aware dengan kehadiran customer. Dari aku turun kereta dia dah mark dan prepare nak ambik order sambil escort aku ke meja pilihan. Maybe gaji dia naik lepas ni, insyaAllah.

Disebabkan aku hanya berdua bersama wife maka tidak-lah kami order makan berat e.g Ikan Bako… membazir amalan syaiton! syuhhh! go away syaiton!

Makanan yang di-order adalah seperti berikut:

Sayur Kobis Ikan Masin

Sotong Goreng Tepung

Tomyam Udang

Lepas order, semua makanan siap di hidang dalam masa 10-15 minit. Paling cepat Sotong Goreng Tepung, baru je lepas order tut tut tup tup dah sampai - What sorcery is this?

Sambil makan check Foursquare tengok review previous customer yang pernah makan kat sini. Ada yang cakap Kerang Bako kat sini Mantaps!!! Then order Kerang Bako memandangkan my wife dah lama mengidam.

Overall aku memang berpuas hati dengan makanan dan servis kat sini. Kesemua makanan Nasi Putih2X, Tom Yam Udang, Sotong Tepung, Kubis Goreng, Kerang Bakar dan Fresh Orange RM29.20. Agak affordable , tak murah tak mahal.

Peta di bawah sebagai rujukan lokasi Restoran Idaman Kuala Kuala Kedah

Sekian. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan