02 di gurun kedah - Google Blog Search |
- Resort <b>Di Gurun</b> Padang Pasir Bukannya <b>Gurun Di Kedah</b>...
- Aktiviti dan Dunia Saya: <b>Di</b> Lapang Sasar Kem Hobart, <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>.
- Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo <b>di Gurun</b>, <b>Kedah</b>
Resort <b>Di Gurun</b> Padang Pasir Bukannya <b>Gurun Di Kedah</b>... Posted: 16 Jan 2013 10:58 PM PST Amangiri ialah sebuah resort yang dibina di Canyon Point, Utah dan diinpirasikan dari penempatan Red Indian. Amangiri mula beroperasi sejak 2009 dan terdiri daripada 34 chalet yang menawarkan pemandangan Gurun Navajo yang cantik.Harga untuk semalam di Amangiri resort bermula dari USD950. |
Aktiviti dan Dunia Saya: <b>Di</b> Lapang Sasar Kem Hobart, <b>Gurun</b>, <b>Kedah</b>. Posted: 20 Nov 2012 06:39 AM PST Ketika Ketua Jurulatih PALAPES UKM, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said memberitahu pihaknya mahu membawa seorang Jurufoto ke Kem Hobart, Kedah saya terus bersetuju kerana tempat itu merupakan berhampiran kampung tempat saya dibesarkan. Kali ini agak lama saya bercuti di Kedah negeri kelahiran saya dan bertugas sebelum pulang ke Bangi, Selangor. Lapangsasar Gurun yang terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Perak telah dibina oleh Tentera British pada tahun 1940 dan diwartakan pada tahun 1947. Ianya dibina bagi tujuan latihan menembak senjata kecil dan senjata bantuan untuk Tentera British dan juga Rejimen Askar Gurkha yang berpangkalan di Kem Lapangan Terbang dan Kem Sungai Layar serta unit-unit berhampiran pada ketika itu. Unit Pentadbiran Lapangsasar ini telah diberi nama Kem Hobart mengambil sempena nama pengasasnya iaitu Captain Hobart, seorang pegawai Tentera British. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Lapangsasar ini telah diwartakan semula sebagai kawasan tembakan pada tahun 1964 melalui gazet LN no.10 dan LN no.11 bertarikh 9 Januari 1964. Kawasan asal yang diwartakan adalah seluas 4,740 ekar dan daripada keluasan tersebut hanya 2,686 ekar sahaja yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa sekarang. Sebahagiannya telah diteroka oleh penduduk tempatan dan dipindah milik kepada mereka oleh kerajaan Negeri Kedah. Setelah pengunduran Tentera British dari Tanah Melayu, Lapangsasar ini telah diambil alih oleh ATM pada 5 Ogos 1969. Lapang sasar ini telah terbiar tanpa senggaraan pada masa peralihan tersebut. Tanah-tanahnya juga telah diteroka oleh penduduk kampong dengan tanaman getah, padi, dusun buah-buahan tanpa diawasi oleh mana-mana pihak. Kesan peninggalan tanaman ini masih kekal hingga ke hari ini. Bagi menjaga kepentingannya pada masa itu, Markas 6 Briged telah meletakkan satu Platun Infantri di bawah pengawasan Markas Staf Stesyen Sungai Petani untuk mengawasinya. Dengan perkembangan pesat ATM di awal tahun 1980, Batalion ke 31 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) telah ditubuh dan ditempatkan di kem ini. Namun begitu, penempatan batalion ini tidak lama apabila ia dibubarkan selepas itu. Pentadbiran seterusnya diambil semula oleh Markas Staf Stesyen Sungai Petani. Beberapa peningkatan mengikut keperluan Sistem Latihan Tembak Tempur telah dilaksanakan pada tahun 1992, Unit Lapangsasar Gurun telah ditubuhkan dengan rasminya. Ia diletakkan di bawah Perintah Markas 2 Divisyen dan di bawah Pentadbiran Tempatan 6 Briged. Pegawai Perhubungan Lapangsasar yang pertama ialah Mejar(TIG) Ang Chai Guan dari Rejimen Artileri Diraja. Pada 8 Oktober 1999, Lapangsasar ini telah bertukar pemerintahannya kepada Markas Pemerintahan Latihan TD dan Pentadbiran Tempatan kekal di bawah Markas 6 Briged. Pada tahun 2003, ia diletakkan semula di bawah pemerintahan Markas 2 Divisyen dan Kawalan Teknikal oleh Markas Pemerintahan Latihan TD, manakala Pentadbiran Tempatan kekal di bawah Markas 6 Briged sehingga sekarang. Pada tahun 2008, Kawalan Teknikal telah diambil alih oleh Markas Medan TD. (rujukan http://min-def.blogspot.com/2011/06/kem-hobart-digempur.html ) Menurut Pegawai Penyelaras PALAPES UKM Mejer Dr Jasmy bin Abdul Rahman, objektif latihan ini ialah memberi pendedahan kepada pegawai kadet terutama pegawai senior tentang aspek penggunaan senjata, meningkatkan penguasaan kemahiran menembak dikalangan kadet asas dan pertengahan. Selain dari itu, latihan ini ingin meningkatkan hubungan kerjasama diantara pegawai kadet dengan pegawai dan jurulatih PALAPES. Sepanjang latihan di Kem Hobart, pegawai kadet telah berikan tunjukajar menggunakan senjata GPMG dan M16. Diakhir hari latihan satu sesi pertandingan menembak piring menggunakan M16. Didalam pertandingan ini Pegawai Sukarela melawan Jurulatih. Saya dan beberapa staff UKM (pemandu bas dan kereta) telah diberi peluang di hari akhir latihan tersebut. Pada hemat saya latihan ini mampu memberikan kemahiran kepada anggota kadet. Secara peribadi, saya dapat merasai bagaimana cara untuk mengendalikan senjata seperti MPMG dan M16. Lihat artikel yang berkaitan |
Spyshot Persona R diiringi oleh Vauxhall Astra Turbo <b>di Gurun</b>, <b>Kedah</b> Posted: 14 Apr 2011 08:17 AM PDT Saya antara yang bertuah hari ini kerana walaupun berada jauh nun di utara, akhirnya terserempak jua dengan dua buah Proton Persona R dengan diiringi oleh sebuah model Vauxhall Astra Turbo berwarna biru. Lebih kurang petang tadi selepas pulang dari pejabat, dari kejauhan saya melihat ada sesuatu yang pelik apabila sebuah kereta yang jarang-jarang dilihat iaitu Vauxhall Astra Turbo berada bersebelahan dua buah kereta yang ditutup dengan kain. Apabila berhenti di situ tidak syak lagi yang berbungkus itu adalah Persona R. Saya mengambil peluang untuk beramah mesra dengan staf Proton yang sedang menjamu selera di situ, cuba menemubual serba sedikit namun mereka profesional, hanya sedikit maklumat sahaja yang saya dapat, saya faham Proton sudah tentu tidak mengizinkan kakitangannya membocorkan rahsia syarikat kepada orang luar. Saya menunggu sehingga mereka selesai menjamu selera, dan bungkusan kain dibuka akhirnya saya dapat melihat dua buah Persona R dari jarak agak dekat, cukup untuk melihat bentuk sebenar bagaimana model kereta terbaru Proton itu direka. Sempat melihat bahagian interior, boleh tahan tetapi rasanya itu bukannya produksi final, sekadar diletakkan agar Persona R itu boleh dipandu. Melihat keseluruhan interior, saya syak Persona R itu hanya digunakan untuk menguji enjin dan transmisi sahaja. Pelekat hitam yang dikenakan ke seluruh bahagian kereta itu masih lagi berat seperti mana anda dapat lihat di sini, seratus-peratus sama seperti apa yang saya lihat tadi. Berkenaan rekabentuk, anda tahu saya seorang yang cerewet dalam menilai sesebuah kereta. Bagi saya kecantikan rekabentuk sesebuah kereta adalah paling utama berbanding perkara-perkara lain. Saya mengharapkan Persona R akan tampil dengan rekabentuk lebih bergaya, elegan dan mempunyai 'design language' dramatik seperti mana adaptasi daripada falsafah 'fluidic sculpture' Hyundai terhadap Sonata baru, tetapi saya tidak melihatnya pada Persona R. Mungkin itu hanya model konsep yang masih dalam ujian di jalanan, segalanya seperti diletakkan ala kadar sahaja, harap model produksi final nanti Proton akan menunjukkan wajah sebenar Persona R yang menawan itu. Tetapi baru-baru ini seseorang mengatakan jangan terlalu mengharap sangat terhadap rekaan Persona R, dan saya terfikir perkara yang sama tadi. Saya sempat mengambil beberapa keping gambar Persona R tanpa kain penutup, tetapi disebabkan beberapa perkara yang telah dipersetujui sebelum itu, saya membuat keputusan untuk berpegang pada janji, tidak akan menyiarkan foto-foto tersebut dalam internet, walaupun di dalam blog ini, sekadar untuk tatapan peribadi sahaja. Tetapi satu perkara yang menghairankan saya ialah apakah tujuan sebenar Vauxhal Astra Turbo mengiringi Proton Persona R tadi? Setakat itu sahaja maklumat yang saya dapat kongsikan di sini, anda boleh lihat galeri gambar seperti mana yang dipaparkan. Untuk melihat video Vauxhall Astra Turbo, anda boleh klik di sini. [nggallery id=220] |
You are subscribed to email updates from di gurun kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan