Jumaat, 15 Mac 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


ahli parlimen <b>merbok</b> samseng, tumbuk naib ketua <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 12 Mar 2013 02:00 AM PDT

Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din yang sebelum ini telah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan undi masyarakat India, sekali lagi menimbulkan kontroversi dan kemarahan masyarakat setempat, khususnya masyarakat India. Ternyata, pengalaman lepas masih belum mampu mengajarnya.

Kejadian dilaporkan telah berlaku jam 9:45 malam pada 10 Mac lalu di bilik mesyuarat Pejabat Cabang PKR Merbok, Sungai Lalang, Sungai Petani melibatkan Ahli Parlimen Merbok itu dengan seorang Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok. Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok bernama Malika a/p Subramaniam tidak sahaja dipanggil HINDU PARIAH tetapi juga telah ditumbuk oleh Rashid Din.

Menurut sumber, kejadian berlaku semasa dalam sesi soal jawab. Tercetus pertengkaran dan perselisihan faham antara Malika dengan Rashid DIn. Malika tidak berpuas hati kerana enggan meminta maaf kepada Malika kerana beberapa isu selain gagal menjawab dan melayan semua usul yang dikemukakan. Rashid Din gagal mengawal perasaan, lantas cuba menumbuk muka Malika. Bagaimanapun, tumbukannya tersasar kerana Malika berjaya mengelak. Rashid Din bagaimanapun, cuba menumbuk lagi. Tumbukan kali kedua, masih tidak mengenai muka sebaliknya mengenai dada Malika, menyebabkan Malika terjatuh.
Apabila melihat Malika terjatuh, Rashid Din cuba menerkam tetapi ahli-ahli PKR yang lain di bilik mesyuarat tersebut, berjaya menangkap dan menghalang Rashid Din daripada terus mengerjakan Malika.
Pun begitu, Rashid Din terus menyeranah Malika sambil menggelarkan Malika sebagai HINDU PARIAH.

Mesyuarat tersebut kemudiannya dibatalkan. Malika sebaliknya membuat laporan polis pada jam 11:46 malam di Balai Polis Bedong... TERUSKAN BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan