Khamis, 28 Mac 2013

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


PROGRAM JELAJAH ANAK MALAYSIA <b>DI JERAI</b>,<b>KEDAH</b> | Portal <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 06:46 AM PST

Jerai, 4 Febuari 2013 – Program Jelajah Anak Malaysia bertemakan Transformasi Rakyat singgah sebentar di Jerai, Kedah.  Jelajah Anak Malaysia merupakan kesinambungan Jelajah Aman Kampus diadakan bagi memastikan gerakan anak muda dapat merasai denyut nadi rakyat dan berkongsi pengalaman kehidupan di seluruh Malaysia.

Peserta Jelajah Anak Malaysia didedahkan dengan melihat sejauh mana agenda transformasi kerajaan sampai kepada rakyat.  Melalui  Program Suara Rakyat penduduk kampung diberi borang kaji selidik untuk diisi dan meminta pendapat rakyat tentang kerajaan yang sedia ada.  Manakala program riadah seperti bola sepak, sepak takraw dan bola jaring juga turut diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan bersama penduduk kampung. Antara program yang dapat menarik golongan muda adalah Pogram Rakyat Service Centre (RSC) yang telah berjaya menarik seramai 500 penduduk kampung untuk mengunjungi gerai-gerai pameran yang dibuka oleh Jabatan dan Agensi kerajaan.

Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran dan dialog bersama YB Dato Dr. Ku Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Guar Chempedak.  Antara isu yang dibangkitkan adalah mengenai ekomoni Negara dan kepentingan rakyat untuk sama-sama menyertai proram transformasi negara.

=tamat=

BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 01:20 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RESORT REGENCY GUNUNG <b>JERAI</b>, GURUN <b>...</b> - jom jalan-jalan...

Posted: 07 Jan 2013 02:12 AM PST

Sebelum ni saya ada post berkenaan Resort Regency Gunung Jerai :
http://haizanrunsah.blogspot.com/2012/02/resort-gunung-jerai-kedah-tenangmemang.html
Pengalaman pertama kali pergi tempat ni dulu, cuacanya memang sejuk ditambah dengan angin kencang.Pengalaman kedua ni, cuaca masih sejuk dan tiada angin kencang cuma kalau waktu malam, kabus memang sangat tebal. Syok tengok tiupan kabus tebal yang laju meluru masuk kafetaria ketika kami sedang minum malam
Saya akui, memang semakin cantik & mempersonakan Resort ni..Cuma satu masalah je...jalan masa naik gunung aritu memang agak merunsingkan sebab diaorang tengah baiki jalan yang masih runtuh...wuiiiiih...banyak beristighfar gak dibuatnya....
Kali ni kami berkesempatan mengunjungi Ladang Cendawan Shitake di puncak Gunung Jerai ni..Susah nak cari Ladang ni kat tempat lain di Malaysia ni...Harga sekilo pun sehingga RM 45. Ladang ni diuruskan oleh Dr Shirley bersama keluarganya atas nama syarikat AgroBio Future.Kami diberi taklimat dan dibawa melawat proses pembuatan cendawan shitake yang nampaknya macam mudah tapi merumitkan.Bagusnya cendawan shiitake ni ialah boleh beri sistem imun untuk menentang penyakit seperti kanser paru-paru, melawan bakteria, virus, toksin dan sel tumor...patutla harganya mahal....
  

PANASS!! Banner Tolak MB <b>Kedah</b> Muncul <b>di</b> Sekitar Parlimen <b>Jerai</b> <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 05:35 AM PDT

Ternyata makin lama makin teruk masalah dalaman Pas Kedah ni. Hinggakan banner tolak Azizan naik dimerata tempat. Banner tolak Azizan naik bersama bendera Pas warna hitam. Kenapa warna hitam?





Mc pernah nampak bendera Pas warna hitam ni. Tapi Mc buat taktau saja, ingatkan takdak makna apa-apa. Rupanya bila dijelaskan oleh orang Pas sendiri, barulah Mc tahu. Bendera Pas warna hitam ni rupanya, warna 'pemberontak'.

Maknanya, puak Pas yang menentang Azizan, puak ni akan naikan bendera Pas warna hitam. Warna berkabung la katakan. Malah sudah berapa 'markas peti undi Pas' telah ditutup disebabkan protes terhadap Azizan.

Huyooo.. makin parah nampaknya konflik Pas di Kedah ni. Adehh..

Tak best la macam ni, kalau Pas dah pecah belah sebelum bertanding PRU, maknanya UMNO akan menang dengan mudah. Cehh.. tak fight langsung la!

McTheory:
Cerita pasal pepecahan ni, akan diulas detail kelak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan