Khamis, 28 Mac 2013

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


Md Sabu Bakal bertanding <b>di PENDANG</b> KEDAH? | HARAPAN ESOK

Posted: 19 Mar 2013 11:05 PM PDT


Ini info paling terbaru yang Mc terima dari skuad risikan TMK. Kami TMK risik sendirilah dah takdak sapa nak bantu. Mat Sabu kini dah bersedia untuk bertapak di Pendang. Hinggakan baru-baru ini Mat Sabu telah menyewa sebuah rumah di Pendang. Malah dah pun melakukan kenduri kecil untuk masuk rumah baru.

Apa maknanya tu? Bukankah itu mengambarkan Mat Sabu ni mahu menetap di Pendang. Kenapa Pendang? Takdak tempat lain ka, kalau nak pindah? Dah tentulah dia dah bersedia untuk menjadi calon Pas untuk parlimen Pendang.

Mat Sabu pilih Pendang, kerana Pendang mempunyai ramai pengikut Syiah. Disebabkan itu, Mat Sabu mahu pengikut syiah tersebut mengundinya menjadi ahli parlimen. Andaikata Mat Sabu jadi ahli parlimen, sudah tentu parlimen Pendang akan dinaik taraf menjadi parlimen syiah yang rasmi.

Lepas tu, pengikut syiah yang berada di Malaysia tak perlu ke Satun Thailand lagi untuk berjumpa dengan pengikut syiah ni, sebab Pendang dah ada di Malaysia untuk menjadi tempat penyebaran syiah terbaru kelak.

Kalau nak Pendang jadi macam tu, silalah undi Mat Sabu ya!

Lagi satu, jika Mat Sabu jadi calon ahli parlimen Pendang, bagaimana dengan calon Pas anak tempatan Pendang? Terimakah? Takkan nak tengok saja? Dulu berkobar-kobar menentang, kali ni? Diam pulak apahal? Mulut dah kena sumbat duit kaa? he he..

KedahLanie.info: Malam nanti <b>di Pendang</b> akan muncul optimus <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2013 05:40 PM PST

Penyokong PAS <b>Di PENDANG</b> KEDAH MUNTAH DARAH !!! | Budak <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 03:00 AM PDT


Bukan lagi rahsia apabila ramai penganut-penganut agama PAS di Pendang kecoh membicarakan tentang Timbalan Presiden mereka, Mat Sabu, yang betul-betul "pulun" mahu bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13.
Mat Sabu baru-baru ini diberitakan telah berkunjung ke pasar malam Pendang bagi menjemput rakyat di parlimen itu untuk ke rumahnya bagi tujuang kenduri kesyukuran.
Menurut Mat Sabu, dia baru masuk ke rumah tersebut. Namun tidak pula dinyatakan sama ada dia membeli rumah itu atau menyewa dari penduduk di situ.
Pandangan para penganut agama PAS di Pendang mengenai Mat Sabu terbahagi kepada dua. Satu golongan mengalu-alukan pencalonan Timbalan Presiden itu di parlimen mereka, manakala satu golongan lagi menentang keras.
Menurut tinjauan di Unit Peti Undi di sekitar parlimen itu, golongan menentang lebih ramai dari yang menyokong kehadiran Mat Sabu sebagai Ahli Parlimen mereka.
Nak tahu kenapa? Kata mereka, Mat Sabu ialah "bapa Syi'ah" di dalam PAS!
Salah seorang penyokong PAS "totok" yang enggan disiarkan namanya berkata, golongan Syi'ah semakin ramai di Pendang dan mereka-mereka itulah yang mahu Mat Sabu tercalon bertanding sebagai Ahli Parlimen di situ.
Katanya, majoriti ahli PAS di kawasan itu berdiri teguh di belakang Tok Guru Hj Rahim, salah seorang tokoh ulama PAS tempatan yang meletak jawatan setelah merasa tidak puas hati dengan tindakan partinya yang terlalu "sesat" sejak berkuasa di Kedah.
Dia yang tinggal di Bukit Raya mendakwa sebuah masjid di Alor Pudak dikatakan menjadi markas kuat penganut PAS Syi'ah dan pengaruhnya semakin meluas di seluruh Kedah.
Dengan kehadiran Mat Sabu di Pendang, dijangka pengaruh Syi'ah akan menjadi lebih meriah diserikan oleh pemimpin mereka itu…
Katanya lagi, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak sebenarnya tidak suka dengan kehadiran Mat Sabu di Kedah memandangkan beliau pernah bersengketa dengan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu dulu.
"Kami akan kerat Mat Sabu kalau dia jadi calon kat sini", kata penyokong PAS "totok" itu sebelum mengakhiri perbualan kami di gerai di depan Petronas Pendang baru-baru ini…

(SUMBER)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan