ads

Jumaat, 15 Mac 2013

02 di jitra - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


Perasmian kilang KTM <b>di</b> Bandar Darulaman, <b>Jitra</b>, Kedah | Arena <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 02:45 AM PST


Kereta Volkswagen ini memenangi anugerah "European Car of the Year 2013", tetapi model yang mana satu?

Nak Samsung Galaxy SIII mini dengan harga RM999? Klik Sini!

Only one month left to win yourself prizes up to RM10,000! 

DSC 0105 Perasmian kilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

Beberapa bulan yang lepas saya pernah membuat lawatan tidak rasmi ke kilang Motonation Manufacturer Sdn Bhd (Motonation), pemasang dan pengedar motosikal berjenama KTM di Malaysia, yang terletak di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Memandangkan kilang itu sudah beroperasi agak lama, saya sangkakan majlis perasmian kilang itu telah diadakan. Rupa-rupanya menurut laporan daripada akhbar Harian Metro edisi hari ini, kilang tersebut baru saja dirasmikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kelmarin.

DSC 0098 Perasmian kilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

Dalam sidang akhbar majlis perasmian itu, Pengarah Urusan KTM Asia Tenggara, Selvaraj Narayana dilaporkan berkata, pembukaan kilang KTM yang pertama itu adalah bagi memenuhi permintaan pasaran Asia Tenggara, selain mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran antara 20 peratus sehingga 30 peratus bagi memenuhi permintaan dalam pasaran domestik.

Menurut beliau lagi, sebanyak RM30 juta telah dilabur dan kira-kira 300 peluang pekerjaan disediakan sejak ia beroperasi lima tahun yang lalu. Tambahnya lagi, untuk tempoh lima bulan yang lalu, KTM telah berjaya menjual kira-kira 1,000 unit motosikal di pasaran tempatan, menandakan sambutan yang diterima untuk jenama KTM sangat menggalakkan.

DSC 0296 Perasmian kilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah

Motonation meletakkan sasaran untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 10,000 unit membabitkan model KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke yang dipasang sepenuhnya di negara ini. Bagi anda termasuk saya sendiri yang tidak berkesempatan pergi ke majlis perasmian yang diadakan kelmarin, saksikan galeri imej di bawah yang saya perolehi dari blog VF Photography.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved