02 di kuala kedah - Google Blog Search |
terajubintang7: Murtabak Terbang <b>di</b> Pasar Malam <b>Kuala Kedah</b>. Posted: 24 Dec 2012 08:58 PM PST Minggu lepas ( 19hb - 24hb Disember 2012 ) balik Alor Setar. Sempat pergi pasar malam di Kuala Kedah. dah 4 tahun lebih menjadi keluarga Alor Setar, ini baru pertama kali menjejakan kaki di pasar malam Kuala Kedah ini. Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca blog terajubintang7, pasar malam di Kuala Kedah beroperasi pada hari Khamis malam Jumaat. Lokasinya tepi jalan sebelum lampu trafik kuala kedah dan lebih tepat lagi, bersebelahan dengan Balai Polis Kuala Kedah. Itulah serba sedikit berkenaan pasar malam kuala kedah. --> Tetapi kami nak kongsikan cerita berkenaan murtabak terbang di pasar malam Kuala Kedah ini. Ianya diusahakan oleh 3 - 4 orang jejaka dari Alunan Pelangi Ent (yang kami nampak masa itu). Terdapat 2 variasi rasa iaitu Daging & Ayam. Harga sekeping RM 2.00 sahaja. Kalau nak tempah, hubungi di talian 0195417703. Kalau datang walk in, kenalah tunggu sekejap. --> Kenapa ianya dipanggil murtabak terbang?. Ceritanya begini. Mula-mula tebar doh, pastu letak atas kuali, letak sesenduk inti (telur,bawang,ayam/daging dll) lipat menjadi segi 4, tunggu garing sikit, paling pula. agak-agak dah masak dan garing, ini lah momentumnya dipanggil murtabak terbang, Brother yang sedang memaling murtabak ini akan melemparkan atau menerbangkan murtabak yang sudah masak ke plate putih untuk brother lagi seorang tu bungkus. Begitulah ceritanya (andaian sendiri) '....kalau silap, tolong betulkan diruangan komen'. --> Tengok tu ramai yang menunggu. masa ini kami bungkus 8 keping murtabak terbang daging. rasa memang sedap dan berbaloi. Sekian, terima kasih. Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen. |
Bantuan Awal Persekolahan RM100 Mula Diagih <b>Di Kuala Kedah</b> Posted: 15 Jan 2013 01:55 AM PST ALOR SETAR — Lebih 2,500 pelajar dari tiga buah sekolah dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seorang hari ini. Bantuan diserahkan Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada ibu bapa pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sharifah Rodziah dan SMK Alor Janggus. Dalam ucapannya di SMK Tun Sharifah Rodziah, Latt Shariman yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Kedah berkata kerajaan pusat telah menunaikan janjinya untuk memberi bantuan itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013. "Saya harap wang ini walaupun tidak seberapa, digunakan sebaik mungkin untuk membeli keperluan anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan mereka," katanya. Beliau berkata ibu bapa juga harus bersyukur kerana bantuan itu serta pemberian baucer buku bernilai RM250 yang diberikan kepada anak-anak mereka yang belajar di peringkat tinggi. Latt Shariman turut berpuas hati dengan sistem pemberiannya yang lancar dan berkata agihan dijangka selesai 15 Feb ini. Sementara itu seorang ibu V. Maheswary, 42, berterima kasih kepada kerajaan kerana bantuan itu untuk dua orang anaknya. "Suami saya hanya pemandu lori, jadi wang RM200 ini banyak membantu kami membeli keperluan sekolah anak-anak kami," katanya. Pengawal Keselamatan, Mohd Sobri Mutalib, 48, yang mempunyai anak yang belajar di Tingkatan Lima dan Dua bersyukur kerana bantuan itu dapat meringankan bebannya. Surirumah, Lee Ah Kee, 48, berkata bantuan itu dapat membantu persekolahan dua orang anaknya yang belajar di Tingkatan Lima dan Darjah Enam. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di kuala kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan