02 di jitra - Google Blog Search |
- Gambar: Resepsi Farid & Diana <b>Di Jitra</b>, Kedah | MyNewsHub
- Gulai Itik dan Pak Loong <b>di Jitra</b> | Laman Artikel DBP
- fyna here!: MUA : makeup tunang shakirah 10.11.12 <b>di jitra</b>
Gambar: Resepsi Farid & Diana <b>Di Jitra</b>, Kedah | MyNewsHub Posted: 12 Dec 2012 02:34 AM PST Selepas satu-persatu kontroversi melanda dalam isu mendirikan rumah tangga mereka, pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle masih lagi mampu untuk tersenyum gembira. Selepas selesai dengan majlis resepsi untuk sebelah keluarga Diana yang dilakukan minggu lalu, timbul cerita mengenai Farid mempersendakan pakaian rasmi tentera negara. Buktinya, Farid dan Diana masih lagi gembira dalam majlis resepsi perkahwinan mereka untuk sebelah keluarga Farid di Jitra, Kedah pada hari ini. Farid dan Diana dilihat memakai persalinan baju tradisional songket berwarna keemasan. Ternyata, kecantikan Diana semakin teserlah sejak dia disahkan hamil. Alhamdulillah! Akhirnya majlis mereka berjalan dengan lancar. Yang pasti, Farid selepas ini akan memberikan tumpuan untuk menjawab segala kontroversi mengenai pakaian tentera yang dipakainya selepas majlis resepsi di Kedah selesai. Oleh: SORAYA IMAN BACA: Awek Wan Zack Pandai Nyanyi, Bakal Meletup! BACA: Farid Kamil Akan Jelaskan Isu Salah Guna Uniform Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
Gulai Itik dan Pak Loong <b>di Jitra</b> | Laman Artikel DBP Posted: 24 Dec 2012 12:12 AM PST Jitra, sebuah bandar dalam kawasan Parlimen Kubang Pasu terletak 20 kilometer ke utara Alor Setar. Kedudukan bandar Jitra lebih kurang 30 kilometer dari sempadan Malaysia – Thailand di Bukit Kayu Hitam. Oleh sebab kedudukannya yang hampir dengan sempadan Thailand, banyak penduduk Jitra berketurunan Siam dan dapat bertutur bahasa Siam. Nama Jitra juga berasal daripada bahasa Siam yang bermaksud "berhenti rehat". Selain Jitra, banyak nama tempat di Kedah berasal daripada bahasa Siam, umpamanya Kodiang (pulau merah), Changloon (gajah duduk), Bedong (riuh-rendah), Tokai (saudagar) dan Sik (empat). Sewaktu Peperangan Dunia Kedua, Jitra ialah kubu pertahanan hadapan yang utama bagi Tanah Melayu. Pertempuran sengit antara tentera Jepun dengan tentera British yang dikenali sebagai "Pertempuran Jitra" berlaku pada 11 dan 12 Disember 1941. Jepun berjaya menduduki Bukit Jantan dan Bukit Alor, kubu yang strategik dan penting bagi pertahanan Jitra. Pasukan British berundur ke Sungai Bata dan Kelubi di selatan Jitra untuk memperkuatkan kedudukannya. Akhirnya, Jitra dapat ditawan oleh tentera Jepun pada 12 Disember 1941. Di beberapa buah tempat di daerah Jitra, masih kedapatan kesan atau bekas kubu pertahanan tentera British. Bapa penulis menceritakan bahawa pada zaman kanak-kanak, dia dan kawan-kawannya selau juga terjumpa senapang dan peluru yang timbul ke permukaan tanah akibat hakisan hujan. Bahan atau belerang yang terdapat dalam peluru tersebut masih elok, walaupun telah tertimbus selama 50 tahun. Mereka mengeluarkan bahan tersebut dan apabila dibakar, ia masih berfungsi, terbakar seperti bunga api. Sewaktu kunjungan ke Jitra baru-baru ini, penulis menyaksikan betapa pesatnya perkembangan dan pembangunan bandar ini. Jika dahulu Jitra hanyalah sebuah pekan kecil, kini daerahnya semakin luas. Pertambahan penduduk serta peningkatan taraf hidup menyebabkan sebuah lagi pekan dibangunkan, iaitu Pekan Jitra 2 atau lebih dikenali sebagai PJ2. Terdapat beberapa buah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan serta dua buah sekolah berasrama penuh (SBP) di sini. Selain itu, beberapa buah institusi pendidikan terdapat di Jitra, iaitu Universiti Utara Malaysia, Institut Perguruan Darulaman, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, MRSM Kubang Pasu, Institut Latihan Perindustrian, Institut Aminudin Baki dan Institut Kemahiran Belia Negara. Deretan bangunan perniagaan mencerminkan pembangunan Jitra. Pelbagai kemudahan ditawarkan dan banyak syarikat muncul menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, terdapat pemilik syarikat perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan, lalu mengambil mudah tentang aspek kebahasaan. "Shah's Butik" sepatutnya dinamakan "Butik Shah". "By'U Collection" sepatutnya "Koleksi By'U". "SNZ Indah Collection" sepatutnya dinamai "Koleksi SNZ Indah". Oleh sebab frasa penerangan di bawah nama kedai pada ketiga-tiga buah premis ini berbahasa Melayu, perkataan "blouse" pun perlulah ditulis dalam bahasa Melayu, iaitu "blaus". Sekiranya "Noorle Collection" ditukarkan menjadi "Koleksi Noorle", tidak ada cacat celanya, malah lebih sedap dan pastinya difahami oleh semua orang. "Pasaraya Ekonomi Indah Ceria" – memang sedap nama kedai ini. Sayangnya, terdapat kesalahan ejaan yang sepatutnya ditulis dalam dua perkataan, iaitu "pasar raya". Beberapa premis lain pun melakukan kesalahan yang sama pada perkataan pasar raya. Antaranya termasuklah "Pasaraya K Ceria", "Pasaraya SR Ceria" dan "Pasaraya Ekonomi Era Jaya". Pujian harus diberikan kepada pemilik "Pusat Ekonomi BB". Bahasa Melayu ditulis dengan jelas dan besar, manakala bahasa Cina ditulis kecil sedikit pada bahagian bawah. Begitu juga dengan "Mahligai Cemara Enterprise". Sedap namanya apabila menggunakan bahasa Melayu yang indah. Terdapat juga perkataan bahasa Inggeris, tetapi ditulis kecil sedikit di bahagian bawah. "Perniagaan Kain Lim" – besar dan jelas sekali tulisan bahasa Melayu dan kecil sahaja tulisan dalam bahasa Cina. Lihat pula premis ini – "Pasar Raya Din Borong DM" dan "Pasar Raya Ekonomi Srijaya". Pemilik dua buah premis perniagaan ini menulis betul perkataan "pasar raya". Contohi juga "Kedai Kopi Teong Huat" yang mengutamakan bahasa Melayu daripada bahasa Cina. Tahniah kepada semua pemilik premis yang mengutamakan bahasa Melayu ini. "Ryhan Raflesia – Butik & Cenderahati". Tiada masalah bagi nama premis ini. Indah namanya dan mudah pula untuk diingati. "Suraya Beauty Shope – Kami Menjual Jenama Kosmetik …". Terdapat dua kesilapan di sini. Pertama, tidak menggunakan bahasa Melayu bagi nama kedai. Sepatutnya kedai ini dinamakan "Pusat Kecantikan Suraya". Kesilapan kedua adalah pada frasa "Kami Menjual Jenama Kosmetik …". Frasa ini bermaksud bahawa pemilik kedai ini menjual jenama kosmetik, bukan barangan kosmetik. Sudah tentulah jenama barangan tidak boleh dijual sesuka hati, sebaliknya barangan yang berjenamalah yang dijual di sini. "Pusat Tuisyen Pintar Cerdas". Premis ini pastinya mengadakan kelas tambahan bagi para pelajar. Nama pusat ini pun sangat sesuai dan tidak ada kesalahan pada frasa namanya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kecacatan apabila terdapat frasa bahasa Inggeris ditulis di bawah nama premis ini – "Smart Reader Programme is available here". Apa salahnya jika frasa tersebut dituliskan begini: "Program Pembaca Pintar Terdapat di Sini". Urusan pengambilan pelajar bagi kemasukan ke Kolej Legenda dilangsungkan di "pejabat urusetia". Kesalahan di sini adalah pada perkataan "urusetia" yang sepatutnya dieja dua perkataan, iaitu "urus setia". "Desa Utara Electrical". Pemilihan nama "Desa Utara" memang sesuai, tetapi perkataan "Electrical" di hujungnya mencacatkan nama premis ini. Jadi, tukarlah kepada "Pusat Elektrik Desa Utara" – lebih sesuai dan sedap sebutannya. Wah, ada masakan gulai itik dan ayam kampung di "Alesya's Corner"! Tentu berselera kalau dapat makan di sini. Persoalannya, mengapa tidak menggunakan nama "Sudut Alesya", "Penjuru Alesya" atau "Bucu Alesya"? "Restaurant D'Jitra Seafood" lebih sesuai jika ditukarkan menjadi "Restoran Makanan Laut D'Jitra". Sebuah restoran lagi dinamakan "Phoenix Gold Restaurant", diikuti tulisan Cina. Tidak menjadi masalah kalau dinamakan dalam bahasa Melayu, "Restoran Emas Phoenix". "NCS Best Motors Sdn. Bhd." Premis ini menjalankan perniagaan motosikal. Sama juga dengan premis yang menjalankan perniagaan ubat-ubatan ini – "Hucare Pharmacy Sdn. Bhd." Begitu juga dengan kedai lampu hiasan ini – "Crystal Light Decor". Amat mengecewakan kerana tidak ada sepatah perkataan pun yang ditulis dalam bahasa Melayu pada tiga buah kedai ini. Sebuah pasar raya mengadakan jualan ulang tahun. Di hadapan pasar raya itu terpampang iklan – "Anniversary Sale". Yang pasti, semua pembeli atau pelanggan pasar raya ini ialah masyarakat tempatan. Penduduk taman-taman perumahan yang baru muncul di persekitaran pasar raya ini juga adalah generasi muda yang hidup dalam era persekolahan yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu. Semuanya akan faham jika ditulis "Jualan Ulang Tahun". "Kedai Carpet Batai Enterprise" – memang sakit mata melihat tulisan ini. Susah sangatkah hendak menggantikan perkataan "carpet" dengan perkataan "permaidani"? Kalau mahukan perkataan itu juga, betulkanlah ejaan menjadi "karpet". Di bawahnya pula ada perkataan "perabut" yang sepatutnya dieja "perabot". "Pak Loong Enterprise" menarik perhatian saya. Tentu sahaja pemiliknya berbangsa Cina. Ia mudah diingat kerana hampir menyamai panggilan "pak long", iaitu bapa saudara bagi masyarakat Melayu. Nama "Kedai Emas Berseri Jaya" pun menarik juga. Pengunjung kedai ini pasti akan berseri-seri. Seri disinari kilauan emas dan berseri juga senyuman di bibir kerana badan disalut emas permata! "Jitra Optical Centre – Pusat Optik". Tidak ada kesalahan di sini. Cuma, sebaik-baiknya "Pusat Optik Jitra" yang sepatutnya dibesarkan, bukan bahasa Inggeris yang lebih ditonjolkan. Asyik dan menyeronokkan meninjau sebentar premis perniagaan sekitar Jitra. Alangkah baiknya jika para pengusaha premis perniagaan di sini, malah di mana-mana jua, merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebelum menamakan premis masing-masing. Sebagai makluman, DBP menerbitkan Siri Lembar Bahasa dan kini dapat dicapai melalui Laman sesawang DBP (http://www.dbp.gov.my) sebagai panduan bagi menamakan bangunan, syarikat, jalan, taman perumahan, perkhidmatan, pusat rekreasi, fesyen dan program media. Jadi, manfaatkanlah dan jangan sia-siakan teknologi di tangan anda! Adnan Jamil |
fyna here!: MUA : makeup tunang shakirah 10.11.12 <b>di jitra</b> Posted: 22 Dec 2012 10:51 PM PST kalini makeupkan tunang bfren fyna,fahmi tak sangka dia yang bertunang dulu..cis! haha 1st time jumpa shakirah..comel,kecik molek..patotlah fahmi tergoda haha dia req simple makeup for her engagement nak jugak selit haha berapa bulan lagi nak jadi laki orang oi..hehe adik fyna jadi official photographer diorang ;) all the photography done by my sis.. if korang nak jugak gambar macam ni..boleh hire my sis ye =) harga paling murah email : kiddykiddo.kid@gmail.com untuk tengok my makeup job yang lain-lain boleh tengok di email : fynahere85@yahoo.com follow me for daily update MAKEUP CLASS /TIPS ONLY RM1 PER WEEK AT MY TWITTALK SO ALL CELCOM USERS, FOLLOW ME ON TWITTALK CELEBRITY.. JUST DIAL *22001 AND FOLLOW FYNA..THANKS! |
You are subscribed to email updates from di jitra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan