02 di sik - Google Blog Search |
- Rumah terbakar <b>di Sik</b>, empat beranak tinggal sehelai sepinggang <b>...</b>
- [SERAM] Diganggu Lembaga Putih <b>di</b> Jalan Jeniang-<b>Sik</b> | Apa Hell?
- Pengalaman Irdina Sekeluarga...: CARI MAKAN <b>DI SIK</b>
Rumah terbakar <b>di Sik</b>, empat beranak tinggal sehelai sepinggang <b>...</b> Posted: 04 Mar 2013 02:40 AM PST Sik, 4 Mac: Empat beranak di Kampung Belukar di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran hari ini. Mujur dalam kejadian 8.30 pagi itu, kesemua penghuninya tiada di rumah. Norizan Zainal Abidin, 34, berkata ketika kejadian, dia berada di rumah ibu saudaranya yang terletak tidak jauh dari rumahnya itu manakala suaminya keluar menoreh getah dan dua anak lelaki yang berumur 14 dan tujuh tahun ke sekolah. "Saya terhidu bau asap ketika berada di rumah ibu saudara yang jaraknya tidak jauh dari rumah saya ketika itu dan bergegas balik. Saya melihat rumah kami sudah terbakar," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian. Katanya dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa berikutan api marak dengan cepat dan jiran melarangnya masuk ke dalam rumah. Suami Norizan, Shaffie Ismail, 44, yang bergegas pulang setelah dihubungi jirannya, bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu. Api dipadamkan tujuh anggota Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Sik. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan. -BERNAMA
var addthis_config={"data_track_clickback":false,"data_track_addressbar":false,"data_track_textcopy":false};var addthis_product='wpp-265'; |
[SERAM] Diganggu Lembaga Putih <b>di</b> Jalan Jeniang-<b>Sik</b> | Apa Hell? Posted: 12 Mar 2013 07:43 AM PDT Tuesday March 12, 2013 Aku masih ingat lagi. Masa tu tahun akhir degree. Aku dan member sekolej di Kelantan terpaksa transfer kredit ke another kolej di Kedah untuk meneruskan perjuangan dalam pengajian agama. Kolej baru tu di Alor Setar. Korang tahu kan kolej apa. Terpaksa kerana pada tahun tu, kerajaan M'sia menutup pintu sambung belajar ke al-Azhar, Mesir dan menetapkan syarat2 baru yg lebih ketat. Beribu-ribu pelajar menerima khabar malang itu dengan sakit hati dan redha. Ok skip to da story. Aku baru kali pertama jejak kaki ke Kedah. Bertolak dengan kereta kancil pagi-pagi lagi ke Kedah. Selesai sahaja urusan pendaftaran di kolej baru kira sebelah petang, malamnya ada kawan-kawan ajak balik rumah sebab ada seminggu lagi nak mulakan pengajian. Aku pun apa lagi, tengah malam tu jugak aku setuju untuk balik ke Kelantan semula. Tak tahu lah kenapa malam tu terus nak balik. Walhal badan tengah penat baru sampai dari Kelantan-Kedah. Jam hampir pukul 12 malam. Dengan kancil cikai, ada aku dan 3 lagi rakan lain. Tapi awal-awal bertolak, aku tak drive. Aku bagi kat member lain drive. Aku rest kat belakang dengan sorang member lagi. Biarkan dua lagi kat depan tu sembang-sembang. Aku akhirnya terlelap dengan member sorang lagi kat belakang. Kroh kroh. Sedar-sedar driver berhenti dekat sebuah kedai makan. Kalau tak silap, jalan tu namanya jalan Jeniang-Sik. Member nak buang air rupa-rupanya. Tapi oleh kerana ramai customer kat kedai makan tu guna tandas, si member ni ambik jalan mudah buang air kat tepi semak dekat kawasan gelap dekat situ. Dua-dua member kat depan buang air. Wallahua'alam dorang ni cuci dengan air ke tak. Okay, perjalanan diteruskan. Actually aku pun tak tahu sangat tentang jalan tu. Aku ingat kawan aku tu lagi tahu la kot dari aku. So aku biar je dia drive. Sekali lagi terlelap kat belakang dengan member. Sedar-sedar dah jauh sampai ke tempat yang gelap. Lalu jalan yang gelap tade orang. Rumah pun tade tepi2. Tak tahu kat mana. Aku tanyalah member, "kat mana?" Dia jawab dia sendiri pun tak tahu kat mana. Sepatutnya masuk satu simpang ni utk tembus ke Baling-Gerik. Tapi tak jumpa simpang/cabang tu. Aku pun suruh dia u-turn. Ok. Time dia u-turn kete tu, tibe-tibe aku dan member kat belakang rasa seriau gile. Naik semua bulu2 roma kami berdua kat belakang. Aku tanya member kat belakang tu, dia rasa tak apa aku rasa. Dia kata dia pun sama. So kitorang sama2 baca ayat-ayat al-Quran senyap2. Perjalanan diteruskan..50KM rupa2nya kitorang tersesat ke jalan gelap tu. Jumpalah akhirnya satu simpang ni. Apalagi driver terus masuk. Tapi tambah cemas bila salah simpang la plak. Masuk jalan yang gelap gak. Aku pun tak sedap hati dah. Aku mintak tukar driver lak. Skang aku sendiri yang pandu kete tu. Alhamdulillah, bila aku drive, jumpa lak simpang tu. Elok2 plak jumpa. Aku pun teruskan perjalanan melalui jalan simpang tu. Jalan shortcut sebenarnya simpang ni. Jalan kecik je. Ada la dalam 50km lebih gak kalau tak silap. Or 100Km ke jalan besar Baling – Gerik. Tapi dengan izin Allah, jalan shortcut tu hanya ambil masa 5 minit sahaja ke jalan besar malam tu. Berpuluh2 KM boleh dapat 5minit perjalanan tak? Logik tak? Jika 10KM mungkinlah logik. Dengan izin Allah juga, sampai je ke jalan besar, ketiga2 kawan terlelap padahal tadi duk borak elok2. Betul2 tdo. Kecuali aku. Time tu hujan renyai2. Lampu tinggi kete kancil ni memang dah rosak awal2 lagi. Lampu standard je yang pasang. Memang kena bawa slow2 lah dalam keadaan hujan macam tu. Ingat lagi meter kete hanya takat 60 km/j atau kurang. Tak laju pun. Kete time tu lak sedang menaiki kawasan bukit. Memanglah takleh pecut. Aku ternampak kelibat putih dengan banyak sekali di depan kete betul tak sampai 50 meter di hadapan kete tibe2 muncul! Apa lagi aku cuba brek kuat2 sambil pulas stereng ke kanan. Tapi gedegang!!!! Hancur remuk bonet kete aku. Terempuh jugak benda tu..Kawan2 semua tersedar terkejut. Bawak 60km/j tapi brek macam 140km/j. Logik tak? Tapi itulah kenyataannya. Pintu kiri sebelah depan takleh buka lgsg. Lampu pecah. Tapi mentol dia elok2 terpasang. Lampu tinggi yang rosak tibe2 elok kembali. Nasib baik kete tak mati, boleh terus berjalan. Aku dah cuak dah. Takut2 terlanggar orang ke. Tapi aku tengok ke belakang. Memang tade apa2! Lembu ke binatang2 lain ke..takde pape!! Serius tade! Tapi kete aku rabak. Perjalanan diteruskan dalam keadaan aku bingung. Tertanya2 pada kawan aku. Kawan2 aku tak nampak apa yang aku nampak. Dorang pun blur. Sampai di satu tempat, kami berhenti check kereta. Memang teruk gak lah kete. Kalau nak repair kena beribu gak la. Kami lgsg tak perasan kat mana kami berenti tu. Rupa2nya di belakang tu kubur Cina yang luas. Anda mesti perasan kalau lalu lebuhraya ni. Tapi kami tak perasan benda ni. Perjalanan diteruskan gak. Sampai ke Tasik Banding, ingat nak rehatlah. Penat dan bingung. Tapi baru je nak rehat. Tak sedap hati. Tengok di side mirror macam ada something je kat belakang tgh renung kitorang. Tapi macam tadi gak, hanya aku yang perasan. Aku kata, teruskan je lah perjalanan. Tak payah rehat. So aku teruskan perjalanan. Jalan lagi dalam kepenatan. Tapi tak lama. Tak sampai setengah jam, kami berempat penat teramat sangat2. Nampaklah satu kontena trailer lama kat tepi jalan. Aku pun decide nak rehat tepi trailer tu je lah. Tu je kenderaan yang ada kat tepi jalan gelap tu. Tade kenderaan lain. Sekurang2nya ada peneman dalam hati ni kata. So, aku park kete dekat trailer tu. Padamkan lampu kete, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertdo.. Kawan (1st driver) melaung2 nama aku. "Dee! kereta2!" Aku cepat2 bukak mata. Terkejut! Kereta jalan sendiri menaiki bukit! Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Aku tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Apa hal kaki aku ni?! Kete lak bergerak ke arah gaung. Aku kekalutan dan bersusah payah cuba stopkan kaki aku, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kete. Skip cerita. Sampai kat rumah, after hantar semua kawan2 balik. Aku tertdo. Petangnya tibe2 ummi kejutkan aku. Ayah aku kena sampuk hantu meracau2. Suara dia dah bertukar jadi suara perempuan! Suara perempuan yang menengking2. Skip cerita lagi. Akhirnya after ayah dah berubat. Aku dan kawan2 juga berkumpul kembali. 3 je berkumpul. Sorang lagi tak dapat datang sebab dia duk jauh. So berubatlah kitorang sebab bulu roma meremang tak turun2 dari pagi sampai petang. Semua muka pucat je. Tanyalah ustaz tempat berubat tu. "Ia" ada skang bersama2 kitorang. Ustaz tu pun berinteraksi lah dengan benda tu. Lalu dia cite la asal usul benda tu. Ustaz tu kata pompuan tu asalnya wanita cantik, digilis trailer time nak lintas jalan kat simpang yg kitorang sesat tu. Jadi dia dendam pada manusia. Wallahua'alam. Skang rupanya mengerikan..pale sebelah hancur dan berdarah2 baju.. Then, after berubat dan ustaz tu hantar balik benda tu ke tempat asal dia datang. Kitorang ok balik. Alhamdulillah. Kalau tak, terasa berat badan dan tak sedap badan je. Kami semua seram. Taknak lalu dah jalan Jeniang-Sik malam2. Percayalah. Ni kisah saya alami sendiri. P/s: Sumber dari Facebook. tak tahu benar atau tidak.. Sesiapa yang pernah melalui jalan Jeniang-Sik bolehlah kongsikan bersama kami. |
Pengalaman Irdina Sekeluarga...: CARI MAKAN <b>DI SIK</b> Posted: 10 Nov 2012 03:50 PM PST 23 Zulhijjah 1433 8 November 2012 Sekali lagi... aku bermusafir untuk menunaikan tanggungjawab... mencari rezeki sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga. Tugasan kali ni.... membuat penyelenggaraan berkala ke atas General X-ray di Hospital Sik. Seawal jam 7.30 pagi... aku keluar dari rumah... dan menuju ke Sik... dengan Siput Sedut... motor cari makan... Alhamdulillah.. cuaca agak cerah dan baik sekali. Jalan pun agak lengang. Tunggangan aku agak santai. Lebih kurang sejam... aku berhenti sekejap di Tol Gurun. Tak lama berhenti... aku terus ke Hospital Sik. Sebaik sampai... minum sekejap... aku mulakan tugasan. Hampir 4 jam melaksanakan tugasan... selepas makan tengahari... aku mulakan perjalanan balik ke Perlis. Cuaca agak mendung. Sekarang ni selalu hujan di waktu petang. Di pertengahan jalan... hujan mula turun. Hujan mula lebat semasa sampai Gurun. Akhirnya... aku selamat sampai Alor Star... dan berhenti sekejap untuk menikmati kopi 'o' kat kedai selepas Tol Alor Star Utara. Hujan pun dah berhenti... Selesai minum... aku sambung perjalanan balik... Alhamdulillah... selamat sampai rumah... "Pengalaman membentuk keperibadian dan kematangan..." Published with Blogger-droid v2.0.9 |
You are subscribed to email updates from di sik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan