Rabu, 6 Mac 2013

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


1 MALAYSIA: Staf Kuin Dedah Isu <b>Di</b> &#39;Pentas Bersih Kuin 1.0&#39;

Posted: 28 Feb 2013 03:00 PM PST


ALOR SETAR: Staf Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada Khamis membuat pendedahan berhubung isu membabitkan institusi itu pada perhimpunan "Pentas Bersih Kuin 1.0" yang dihadiri lebih 200 orang awam, staf dan anggota badan bukan kerajaan (NGO).Tampil mendedahkan isu yang didakwa telah menjejaskan kebajikan warga kerja KUIN itu ialah Penolong Pendaftar Kanan Kuliah Usuluddin, Mohd Baihaqi Hassan; Ketua Program Kuliah Muamalat, Ahmad Faizal Asmy Mohd Yunus dan Pensyarah Kuliah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal, Mohd Farid Alias.

Pada perhimpunan lebih sejam yang diadakan di kawasan Jalan Suka Menanti di sini, mereka turut mendesak Rektor KUIN Prof Datuk Dr Jamil Osman supaya meletak jawatan.Antara isu didedahkan pada 'Pentas Bersih KUIN 1.0' itu ialah dakwaan salah laku Rektor seperti membuat dokumen palsu, lantikan kroni dalam pengurusan tertinggi KUIN, kegagalan pembayaran gaji mengikut waktu dan kelewatan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Mohd Baihaqi dalam ucapannya berkata pelajar KUIN turut teraniaya apabila diarah berpindah segera ke kampus induk di Kuala Ketil sedangkan kolej kediaman tidak disediakan oleh pihak pengurusan kolej universiti itu."Sebelum ini dijanjikan ada penginapan untuk tampung 7,000 pelajar di Kuala Ketil, tapi pembinaan dibatalkan sebab nak potong kos, masjid pun tidak dibina.

"Rumah sewa di Kuala Ketil yang dulunya hanya RM250 sebulan naik hingga RM1,500 dan pelajar terpaksa menyewa kerana tiada tempat tinggal selain harga roti canai (dan makanan lain) pun dah naik mendadak," kata Mohd Baihaqi.Ahmad Faizal Asmy pula berkata warga kerja KUIN terpaksa mengadakan perhimpunan seperti ini kerana pintu rundingan dengan kepimpinan tertinggi iaitu Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah tertutup.
"Sebab itulah kami terpaksa memilih jalan ini (bertemu media dan mengadakan perhimpunan) bagi menegakkan kebenaran," katanya.

Mohd Farid pula berkata walaupun menerima tekanan daripada pihak pengurusan tertinggi KUIN kerana berjuang habis-habisan untuk menuntuk hak mereka, beliau tetap menjalankan tugas dengan baik kerana menyedari tanggungjawabnya sebagai pendidik."Kuliah Hospitaliti diletakkan di bawah Insaniah Holdings (anak syarikat KUIN) secara terpaksa namun kami tetap buat kerja...sepatutnya anak syarikat buat untung untuk KUIN tapi yang berlaku sebaliknya sebab Insaniah Holdings tak buat untung langsung," katanya.
Penolong Pendaftar Kanan Kuin Muhammad Azki Hafizi Ibrahim pula memberitahu sembilan warga kerja yang mendedahkan isu-isu KUIN sebelum ini telah diminta menyediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari atau akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak pengurusan.

"Kami menerima surat itu sejak semalam dan hari ini dan jika gagal sediakan surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari kami akan menghadapi tindakan buang kerja atau digantung perkhidmatan."Perkara ini berlaku selepas kami mula membuat pendedahan kepada media secara lebih agresif baru-baru ini," katanya.
Muhammad Azki Hafizi berkata pihaknya akan menganjurkan 'Pentas Bersih KUI N2.0' dalam masa terdekat bagi mendesak Jamil dan Azizan berundur daripada KUIN.Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir turut hadir pada perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan terhadap warga KUIN yang teraniaya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan