Selasa, 5 Mac 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


GEMPAR!! Amukan Berparang di Restoran mamak <b>di Kulim</b> Kedah <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2013 07:16 PM PST



Nampaknya zaman sekarang ramai orang tak waras. Belum redha dengan kejadian amuk ibu saudara tetak anak saudara. Kali ni kita dikejutkan orang mengamuk kat restoran nasi kandar.

Pengunjung sebuah restoran nasi kandar di sini bertempiaran menyelamatkan diri apabila lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu mengamuk serta mencederakan empat pekerja restoran itu awal pagi kelmarin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada penyerang itu hanya kerana lambat dilayan.

Menurut seorang saksi, kejadian kira-kira jam 1.40 pagi bermula apabila seorang lelaki masuk ke restoran itu untuk membeli makanan.

"Dia masuk dan beratur bersama pelanggan lain. Mungkin kerana berasa dirinya lambat dilayan, dia memarahi seorang pekerja restoran sebelum masuk ke ruang hidangan dan membelasah pekerja itu.

"Tidak lama kemudian, empat lagi rakan pelanggan panas baran itu yang sedang menunggu di luar kedai, meluru masuk membawa parang dan kayu, sambil melibas ke arah pekerja dan pelanggan.

"Mujurlah ketika itu pelanggan-pelanggan sempat lari menyelamatkan diri," katanya.

Kumpulan penyerang itu juga merosakkan beberapa perkakas di restoran tersebut, termasuk kerusi meja dan tempat meletak makanan.

"Seorang daripada penyerang itu masuk dan mengamuk di kawasan meja juruwang," katanya.

Seorang daripada empat pekerja itu parah ditetak di kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua empat mangsa amuk itu mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Kulim.

Katanya, wajah kelima-lima penyerang itu berjaya dirakam melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di restoran tersebut.

"Siasatan awal mendapati suspek adalah orang tempatan dan nombor pendaftaran kereta yang mereka gunakan adalah palsu.

Mc rasa kejadian ini melibatkan kumpulan gengster yang sengaja mahu membalas dendam dan buat kacau. Pihak polis perlu mengenal pasti dan menangkap mereka ini dengan cepat,s upaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan