ads

Jumaat, 15 Mac 2013

02 di kubang pasu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Laporan Penuh Kejohanan Catur SBPI <b>Kubang Pasu</b> 2013

Posted: 12 Feb 2013 07:15 PM PST


KUBANG PASU - 02 FEBRUARI 2013, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Kedah (PERCAK) telah mengadakan satu kejohanan catur (National Rated Event). Ini adalah kejohanan kali ke-3 selepas Kolej Vokasional Kulim pada 12 Januari lalu dan MRSM Merbok Sg Petani pada 26 Januari. Seramai 100 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Peserta bermain dalam satu pairing. Penyertaan untuk kejohanan kali ini antaranya dari Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
SBPI Kubang Pasu menjadi destinasi ketiga PERCAK selepas Kolej Vokasional Kulim dan MRSM Merbok
Lim Wei Sheng peserta dari Pulau Pinang kali ini dinobatkan Johan Kategori Terbuka apabila menang 6 pusingan dah seri 1. Semua keputusan untuk kejohanan ini saya telah muatkan di Chess Result.
Johan Kategori Terbuka untuk kejohanan kali ini
Antara Pic terpilih untuk kejohanan kali ini :-
Penglibatan pelajar dari Kelab Catur SBPI Kubang Pasu dalam pengajuran kejohanan ini secara tidak langsung melatih mereka untuk mengajurkan kejohanan. Ini antara salah satu misi dan matlamat PERCAK melatih Kelab Catur untuk mengajurkan satu kejohanan di Peringkat Kebangsaan.
Untuk kejohanan kali ini Presiden kita En Yahaya telah turun beraksi. Pertembungan antara dua Cikgu. Cikgu Rosly dan Cikgu Fauzi. Pertembungan antara Cikgu Shaharudin dari Baling dgn Cikgu Rosli dari Sik memihak kepada Cikgu Shaharudin. NurIslam cuba beri tentangan kepada Abdul Muizz
Pertembungan Meja 2 menjadi tumpuan peserta lain. Pertemuan antara pilihan pertama kejohanan Amri dan pilihan kedua kejohanan Lim Wei Sheng telah memihak kepada Lim Wei Sheng. Arbiter kita Cikgu Rahman sedang memantau aksi kejohanan. Antara aksi peserta peserta cilik kita.

Pihak PERCAK amat berterima kasih kepada Pihak SBPI kerana memeri kejasama yang tidak berbelah bagi untuk kejohanan kali ini. Terima Kasih juga diucapkan kepada Kelab Catur Jaffolea kerana menjadi penaja utama kejohanan kali ini. Kejohanan seterusnya akan diadakan di SMK Lubuk Buntar pada 16.02.2013. Jumpa anda di sana.. :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved