02 di kubang pasu - Google Blog Search |
- 28,000 pelajar <b>di Kubang Pasu</b> terima bantuan persekolahan <b>...</b>
- BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search
- pasai calon :pemuda umno <b>kubang pasu</b> #*@+ - tebas
28,000 pelajar <b>di Kubang Pasu</b> terima bantuan persekolahan <b>...</b> Posted: 28 Jan 2013 03:29 PM PST Posted on January 29, 2013, Tuesday JITRA: Lebih 28,000 pelajar sekolah menengah dan rendah daerah Kubang Pasu dijangka menerima bantuan awal persekolahan RM100 sumbangan kerajaan pusat selewat-lewatnya Khamis ini. Naib ketua UMNO Kubang Pasu Zulfitri Yaacob berkata setakat ini 40 daripada 57 sekolah menengah dan rendah di daerah itu telah menyerahkan bantuan terbabit kepada ibu bapa dan waris pelajar. "Kita mahu menyelesaikan pemberian wang bantuan persekolahan ini sebelum Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mula dibayar pada 2 Feb," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan bantuan itu kepada 390 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di sini, semalam. Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata bantuan awal persekolahan adalah istimewa kerana kerajaan memberinya kepada semua pelajar sebagai galakan kepada mereka untuk belajar lebih tekun. "Bantuan awal ini sesuai pada masanya kerana ekonomi negara dalam keadaan stabil manakala infrastruktur asas yang penting untuk memacu pembangunan negara telah disiapkan," katanya. Sementara itu seorang ibu tunggal, Nafsiah Jaafar, 46, terharu kerana bantuan untuk dua anaknya yang belajar di tahun lima dan enam SK Malau dapat menyelesaikan masalahnya dalam menyediakan keperluan persekolahan. "Kakak bekerja sebagai operator sebuah kilang di Bandar Darulaman bagi menyara dua anak yang bersekolah. Syukurlah dengan bantuan ini dapat juga membeli pakaian dan beg sekolah baru untuk kedua-dua anak saya," katanya. Tukang kebun SK (C) Keat Hwa Kampung Perak, Alor Setar, Hashim Mohd Zain, 59, berkata beliau akan menyimpan wang untuk untuk dua anaknya bagi kegunaan pada masa depan. Pekerja Am Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Arau, Salim Sharif, 48, pula berkata beliau juga akan menyimpan wang itu untuk pelajaran anaknya. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. | |
BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search Posted: 20 Mar 2013 01:37 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |
pasai calon :pemuda umno <b>kubang pasu</b> #*@+ - tebas Posted: 24 Mar 2013 09:31 PM PDT Sambil dok pekena rojak buah depan Agro Bank, Alor Setaq, jumpa la pula sorang dua yang dah lama tak bergebang dengan depa. Dekat-dekat pilihan raya ni tentu sekali tajuk utamanya politik semasa..Jolok mai jolok pi bab calon, terkeluar la kisah pencalonan di Kubang Pasu…la tak habeh lagi rupanya. Hari tu dengar tentang calon Parlimen…hari ni dengaq tentang calon dun Bukit Kayu Hitam pula…nasib..nasib. Alkisah tentang pencalonan ni nampak berbelit macam bakal calon parlimen juga. "gitulah umno" jawab sorang tu. PAS cara PAS..umno cara umno..takut semua terlepas..yang kenyang orang yang buat don noo..kata sorang lagi. Ni..kisah dun Bukit Kayu Hitam..cantik punya pusing…Penyandang yang dok ada,depa nak upgrade konon..hantar pi untuk bertanding di parlimen Jerlun supaya Dato' Ahmad Zaini dok kelupoq dengan Chop Usima..Mukhriz mana ?..Depa kata pi bagi tanding di dun Ayer Hitam…bakal mb..hang tau ka..kalau kalah.senyum lebaq la puak Jerlun dan Kubang Pasu...kalau menang pun belum tentu boleh perintah Kedah..kerana walaupun kami umno...tapi pangkah masa mengundi ABCD sambil gelak sakan. Nama yang dok ada la ni, Ahmad Zaini dikira out walaupun bahagian setuju kata sorang tu. Sebab kononnya ramai yang dok minta Naib Ketua Bahagian jadi calon…nak bagi peluang kat dia pula..La ni pun Zulfitri Yaacob dah dok jalan merata ceruk atas nama SU kepada Timbalan Menteri dia. Tapi puak SU Bahagian pun bukan calang-calang…depa pun dok melobi dan keliling bahagian sakan la ni…depa nak Dato' depa tu jadi calon juga..sapa yang tak kenai Dato' Shamsudin Ahmad kata depa.. Tambah pula pengundi tentera pun dah bertambah di bukit ni...makin karan la. Kata depa lagi…dalam puak-puak tu semua dok melobi sampai ke Putrajaya…timbul pula kacang hantu ditengah-tengah nama calon yang dok ada tu. Kali ni lagi cempera…dah yang dulu-dulu mai dari benua nuu…nama calon parlimen pun ada juga puak tu…ni entah mai mana nak bagi kat pompuan pula..yang dok buat kerja tu pimpinan bahagian juga…depa minta bubuh nama Basirah Mydin sama walaupun tak pernah dengar namanya di Kedah ni. Basirah ni katanya calon import dari umno bahagian Tasek Gelugor, Seberang Prai....hebat tang mana pun tak tau dia ni..macam dah tak dak wanita atau puteri di Kubang Pasu atau bukit ni…Wanita bahagian dah mula sinting lengan..puteri pula dah mula pasang body...yang lagi teruk adalah pemuda bahagian..bagai naik sawan. Dah la nama bakal calon dari pemuda pun tak dak..tup tup depa nak import ...pompuan pula tu..Mana nak letak t**** kami. |
You are subscribed to email updates from di kubang pasu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan