ads

Ahad, 31 Mac 2013

02 di kodiang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kodiang - Google Blog Search


kajian mengenai dialek kedah dengan bahasa melayu baku

Posted: 07 Mar 2013 11:44 AM PST

FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN

SKBL 2113

APLIKASI KOMPUTER DALAM  LINGUISTIK

TAJUK : KAJIAN MENGENAI DIALEK KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DI DAERAH KODIANG

NAMA PENSYARAH :

DR. ZULKIFLI BIN AHMAD

NAMA & NO. MATRIK PELAJAR :

NURSYAKIRAH BINTI NORDIN

A 137318

 

 

BAB I

PENDAHULUAN

1.1              PENGENALAN

Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun.

Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah).

Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).

 

1.2              PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Kodiang dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, semantik dan juga pragmatik.

1.3              SOALAN KAJIAN

Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut:

1.3.1    Apakah sama sebutan yang terhasil bagi sesuatu perkataan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.2    Apakah proses pembentukan kata yang berlaku dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.3    Adakah sama sistem tatabahasa dan susunan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.4    Bagaimanakah sesuatu perkataan yang sama boleh mempunyai makna yang berbeza dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

1.3.5    Apakah ada penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?

 

 

1.4              OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1    Mengenal pasti perbezaan sebutan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.2    Melihat aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.3    Meninjau aspek penggunaan ayat/tatabahasa dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.4    Menyelidik perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek  Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku.

1.4.5    Mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya penggunaan bahasa dalam situasi formal di pejabat antara majikan dan pekerja.

 

 

1.4    SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah di Kodiang yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Kodiang, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.

 

1.5    KESIMPULAN

1.5.1    Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

 

BAB 2

KOSA ILMU (kiv)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1       PENGENALAN

Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan.

Metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.

Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

 

 

3.2       SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada seorang responden yang berasal daripada negeri Kedah iaitu di Gurun berumur 22 tahun. Responden merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Kedah.

 

3.3       ALAT KAJIAN

Kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut:

3.3.1    Soal selidik.

Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian "Survey Monkey". Soalan-soalan didraf terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam perisian "Survey Monkey". Soalan yang telah siap didalam perisian "Survey Monkey"akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut.

3.3.2    Rakaman.

Rakaman video akan dilakukan dengan menggunakan perakam video di telefon dan rakaman suara dengan menggunakan MP3.

 

 

3.3.3    Blog

Blog digunakan untuk memaparkan setiap hasil kajian yang telah saya lakukan dan perolehi dengan menggunakan wordpress.

3.3.4    Antconc

3.3.5    Video converter

3.3.6    Soundcloud

 

3.5       KESIMPULAN

Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang terbaik.

Mai Sepinggan: PASEMBOR <b>KODIANG</b> @ ROJAK MAMAK

Posted: 01 Mar 2013 10:53 PM PST

Teringat Pasembor Kodiang..... mana boleh cari kat Kuala Lumpur. Kena balik pi Kodiang. Kodiang adalah sebuah pekan kecil di daerah Kubang pasu, Utara Alor Setar, bersempadan dengan Perlis. 

Zaman dulu-dulu kalau  nak ke Kodiang mesti pergi hari Sabtu. Hari sabtu boleh keluar asrama SMDSA. hari Sabtu juga ada NAT KODIANG.

Bestnya pasembor Kodiang sebab ada cucur udang, cucur ketam, sayurnya segar dan kuahnya mm... enak sekali... tapi hari ini masih adakah pasembor kodiang???

Jom buat pasembor Kodiang:



Bahan-bahan Kuah  Pasembor:

1 kg kacang tanah - digoreng  & dikisar (1/2 kasar & 1/2 halus)
10 ulas bawang merah - dikisar (2 senduk)
5 ulas bawang putih - dikisar (3/4 senduk)
5 cm halia & lengkuas - dikisar 
1 senduk cili kering - dikisar
1 inci belacan - dikisar
3 sudu udang kering yg sudah diblender 
1 cawan gula merah
2 cawan gula putih
tepung jagung ikut kepekatan @ biskut marie
garam secukup rasa @ 4 keping asam gelugor
asam jawa secukup rasa
air putih 1500ml
1 1/2 senduk minyak

Cara Menyediakannya:


  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, belacan, serai, udang kering sampai garing.
  2. Masukkan halis, lengkuas dan cili kering & kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan kacang tanah, air, asam keping, gula, garam, gula merah.
  4. Bila mengelegak baru letak tepung jagung - bancuh dulu.
  5. Kecilkan api dan masak hingga naik minyak.
  6. Angkat dan dan hidangkan.
* potong semua cucur, tahu & sayuran dan sendukkan kuah ke atas cucur tadi.

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Mar 2013 01:51 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kodiang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Feb 2013 01:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

ketupat palas taman <b>kodiang</b> - reen khalid

Posted: 16 Feb 2013 09:00 PM PST

Cuti Raya Cina hari tu reen balik kampung kat Kodiang, lama jugak la nak dekat seminggu. Banyak urusan nak di buat. Satu petang tu Mak Cik Siti, kawan ibu merangkap jiran belakang rumah ajak pergi kebun dia kat Pauh untuk amik daun palas. Nak buat ketupat kata nya. Reen pun ikot pergi dengan hubby sekali, excited sebab first time nak pegi amik daun palas sendiri. Selalu beli kat pasar malam je.
 Masa mula - mula sampai tengok je pokok palas terus reen & hubby serentak cakap "Ooowh, ni ke pokok nya". Memang tak pernah tengok pun sebelum ni.Hehe
Memang besar la kebun Mak Cik Siti ni, penuh dengan pokok palas and pokok getah. Siap berangan nak menari macam dalam cerita hindustan kat kebun ni (serius ok!)

Reen pun try nak amik daun palas ni. Tak susah tapi banyak duri. Memang kena hati -hati la. Silap haribulan penuh duri kat tangan.

Lepas tu kami pergi Kuala Perlis jap sebab adik Reen kat bawah ni teringin nak amik angin petang.
 Malamnya, kami start buat ketupat palas ni ramai - ramai. Mula - mula kena buka daun palas tu sampai jadi macam ni
Lepas tu bentukkan menjadi segitiga. Banyak kali jugak la reen pusing - pusingkan daun palas ni.


 Segitiga tu akan jadi macam kat bawah ni. Ibu suruh buat banyak - banyak macam ni sebab nanti senang nak masukkan pulut, jimat masa, tak payah nak bukak daun palas banyak2 kali.

 Masukkan pulut and balut balik sampai jadi macam segitiga tadi.
Kami bawak balik KL sikit, bagi kat mertua, tok and makan dalam kereta masa dalam perjalanan. Malas nak singgah kat R&R sebab ramai sangat orang, nak cari parking pun susah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved