Khamis, 7 Mac 2013

02 di sik - Google Blog Search

02 di sik - Google Blog Search


JOM JALAN-JALAN...: TASIK BERIS <b>SIK</b> KEDAH: Kemanisan <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 06:44 PM PST

JANUARI 2012

Lokasinya di Sik Kedah. Jauhnya dari Alor Setar lebih kurang 90km. Dari Lebuhraya Utara Selatan, keluar exit Gurun/Sik.Lebih kurang sejam gak sampai.Mungkin ramai yang terfikir, adakah berbaloi bercuti ke Tasik Beris...ermmm baca la post saya seterusnya.

Nak Cerita Sikit Sejarah Tentang Tasik Beris:
  • Bukan tasik semulajadi.Ianya tasik buatan hasil dari pembinaan empangan Beris pada Ogos 2010.Kawasannya berbukit,pemandangannya cukup cantik, udaranya segar dan sangat klasik.
  • Asal tempat ni adalah sebuah kampung yang bernama Kampung Sungai Batang.Dulu,sebelum dipindahkan, penduduk kampung menjadi pesawah dan penoreh getah.Sekarang mereka ditempatkan di Bandar Baru Beris Jaya.
  • Bagi pembinaan empangan ni, lebih seribu kubur dipindahkan dan ada sebuah sekolah terpaksa ditenggelami air empangan.
MULA-MULA SEKALI JOM PERGI : 

Tentang Ladang Anggur, saya dah cerita kat post ni : http://haizanrunsah.blogspot.com/2010/09/ladang-anggur-teka-la-kat-mana.html
Tapi, bila pergi sekali lagi ni, nampak dah banyak perubahan la.Tempatnya lebih menarik, fanoramanya pun semakin mengasyikan dan nampak diorang betul-betul serius untuk menjadikan kawasan pelancongan ladang anggur terbesar di Asia Tenggara.Masuk RM 4 je.Kalau nak petik anggur sendiri, kena bayar 1kg RM 50.












PASTU, JOM KITA PUSING-PUSING TASIK BERIS DENGAN BOT










MENGINAP DI D'PUNCAK BRIS LAKE RESORT SIK KEDAH
Tempat kami menginap ni, biliknya berharga RM70 semalam, takde aircond , guna kipas je, beratapkan rumbia,satu katil besar dan bilik air yang biasa-biasa je.Kat sini, memang ada nyamuk dan disediakan kelambu lagi tu.Kalau waktu malam, memang sejuk. rasa macam aircond je.Penginapan D'Puncak memang direkabentuk untuk orang yang meminati 'adventure'. Bilik kami siap ada spider besar lagi tu melekat kat dinding tapi kami relaks je, sebab spider tu tak kacau orang. Dengar cerita, resort D'Puncak Bris, asalnya adalah kawasan kampung, ada sekolah dan ada kubur-kubur yang telah dipindahkan. Jadi tauke resort ni beli dan jadikan resort. Mungkin kalau menyelam di tasik Beris ni boleh jumpa peninggalan tapak sekolah yang telah ditenggelami air.
Diceritakan oleh orang-orang tempatan, semasa memindahkan kubur, ada satu kubur tu yang mayatnya tidak reput. Dikhabarkan mayat tu adalah seorang guru agama yang alim di kampung tersebut satu ketika dulu.
Pemandangan di  resort ni betul-betul mendamaikan, di tepi tasik, boleh memancing di tasik atau memancing di  kolam memancing. Banyak pokok-pokok buah-buahan terutama pokok rambutan, kalau ada buah, petik je.Pokok-pokok pun rimbun menutupi cahaya matahari, redup kemudian disusuli angin tasik dengan udara yang menyegarkan.



Gambar : SEKITAR PEMANDANGAN DI RESORT D'PUNCAK BRIS 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan