Khamis, 7 Mac 2013

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Lagi Ahli Pas Desak MB <b>Kedah</b> Letak Jawatan | Detik Perubahan

Posted: 05 Mar 2013 11:41 PM PST

imageYAN – Sekumpulan ahli Pas mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletak jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah secara baik kerana didakwa gagal membela kebajikan mereka.

Desakan itu juga dikaitkan dengan peribadi Azizan yang dikatakan 'sombong' dengan mengeluarkan kenyataan memegang dua jawatan penting parti dan kerajaan negeri bukan kerana Dewan Ulama Pas Kedah.

Tindakan itu turut menggambarkan Azizan seolah-olah tidak menghormati serta mengiktiraf peranan Dewan Ulama Pas Kedah sebagai tempat rujukan hal ehwal berkaitan parti serta kerajaan negeri.

Difahamkan, dalam soal pemilihan calon Azizan lebih banyak berbincang dan mencatur kedudukan sesuatu Parlimen dan Dun bersama Ketua
Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor dan Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad.

Mereka juga kecewa apabila sewaktu kunjungan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Kedah Jumaat lalu, Azizan didakwa tidak membenarkan pertemuan diadakan antara Abdul Hadi dengan Dewan Ulama Pas Kedah.

Antara beberapa dakwaan lain termasuk wujud konspirasi pemilihan calon yang perlu mengambil kira calon yang memenuhi kehendak akar umbi dan pelbagai lagi.

Ahli Pas Dun Sungai Limau, Mohd Salleh Mohd Abu, 61, berkata, tindakan Azizan itu bukan sahaja menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan ahli Pas dan kepimpinan tetapi menimbulkan masalah dalam soal pentadbiran parti.

"Kita minta beliau berundur dengan meletak jawatan secara baik demi perpaduan ahli Pas di negeri ini," katanya kepada media di rumahnya di Kampung Bahagia, Yan, Kedah, di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Keselamatan Pas Kawasan Jerai, Ramli Salleh, 56, berkata, mereka sendiri kini sudah dapat merasai sendiri kekecewaan individu dari kalangan parti tertentu yang sanggup bertukar parti kerana masalah kepimpinan.

"Kita sudah bagi mandat kepada mereka untuk memimpin parti mengikut perjuangan asal tetapi mereka gagal. Ia seperti sebuah kapal yang belayar tetapi nakhoda mabuk laut, justeru nakhoda perlu ditukar supaya kapal tidak karam.

"Jika keadaan ini berterusan, kemungkinan kira-kira 2,000 penyokong Pas yang kini berada atas pagar tidak teragak-agak untuk tidak keluar mengundi seterusnya sokongan terhadap Pas di kawasan ini akan merosot," katanya kepada Sinar Harian.

HOT INFO! Veteran Tentera Mengamuk <b>Di Kedah</b>!! #Pray4Sabah <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2013 04:38 AM PST


Yan - Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (DAULAT) yang di wakili presidennya Mohamad Shabudin Teh hari ini telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PKR, Tian Chua di Balai Polis Guar Chempedak, Yan.

Laporan tersebut dilakukan persatuan DAULAT setelah merasa tercabar dan aib di atas kenyataan Tian Chua di dalam laman sosial miliknya beberapa hari yang lalu telah menghina anggota Keselamatan Negara yang berjuang mempertahankan Lahad Datu setelah di ceroboh oleh Tentera Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dari Malaysia.

Menurut Mohamad Shabudin "Janganlah ingin menjadi hero kepada sesuatu kumpulan sehingga tidak fikir apa yang di katakan adalah satu kenyataan yang boleh di katakan.. gila !!! "

"Anggota Polis dan Angkatan Tentera sentiasa menjaga keselamatan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak " katanya lagi.

Dalam kenyataan yang di buat Tian Chua dalam akaun twitter miliknya beberapa hari yang lalu. Tian Chua mengatakan apa yang berlaku di Lahad Datu hanyalah satu sandiwara lakonan sepertimana apa yang berlaku dalam tragedi Al-Maunah di Sauk.

Yang lebih menghinakan lagi apabila Tian Chua mempergunakan perkataan "WAG THE DOG" (Menganggukkan Anjing ) untuk membuat perumpamaan terhadap pihak Keselamatan Negara di dalam twitternya.

Dengan jelas Tian Chua telah mempersendakan tugas yang di jalankan pihak Keselamatan Negara apabila menganggap pihak Keselamatan Negara di arahkan Kerajaan Malaysia untuk membuat sandiwara di Lahad Datu sepertimana peristiwa Al-Maunah di Sauk yang di anggapnya hanyalah satu sandiwara Kerajaan Malaysia.- Pisau Kedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan