Isnin, 25 Mac 2013

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Tempat Penginapan <b>di Yan, Kedah</b> | utara dan selatan

Posted: 11 Jan 2013 07:46 AM PST


Ewah dah macam tahun melawat Kedah la pulak kan tiba-tiba buat entry berkaitan penginapan di daerah Yan, Kedah. Sebenarnya ni salah satu entry review berkaitan perkahwinan i november lepas. Memang semua sedia maklum kalau buat event kenduri mesti ramai saudara-mara, kawan-kawan dan family pengantin lelaki datang. Jadi tempat penginapan sampingan sangat diperlukan memandangkan rumah i agak sempit. 
Daerah Yan bukan lah maju macam bandar besar yang tersangat berlambak hotel berbintang, motel, resort dah sewilayah dengannya. Tapi bukanlah sampai tahap tak ada tempat penginapan langsung. Untuk pengetahuan semua, (hahaha.. tiba-tiba tergelak sendiri dengan ayat skema itu) daerah Yan adalah daerah pelancongan. walaupun tak ada hotel motel grand berbintang-bintang, tapi daerah Yan ada banyak homestay dan chalet. Masih mengekalkan budaya sopan santun kampung gitu. 
Kesuma Homestay ni terletak di Taman Pantai Murni yang berdekatan dengan Pantai Murni. Jadi pagi petang siang malam boleh dengar ombak menderu. I booking Kesuma Homestay ni untuk family in law.   
Kesuma Homestay ni ada sediakan tiga rumah tapi i cuma  booking dua rumah sahaja. Kesuma 1 dan 2 . Untuk Kesuma 1 ada lima bilik (RM350) dan Kesuma 2 ada tiga bilik (RM180).  Selain menyewa secara sebuah rumah, perkhidmatan menyewa bilik sahaja pun disediakan. harganya lebih kurang RM70 semalaman. Perkhidmatan menyewa rumah dan tapak untuk dijadikan rumah kenduri pun disediakan juga. Senang kan tak payah nak leceh mengemas rumah sendiri. 
Feedback dari family in law kedua-dua homestay ni selesa, bersih, ada kemudahan penghawa dingin dan televisyen. KESUMA HOMESTAY - 0124310685 . 
Juga terletak di kawasan Pantai Murni. Homestay ni i booking untuk  saudara dari Pahang. Alasan utama i pilih homestay di kawasan Pantai Murni sebab dekat dengan rumah i. tak sampai 5 minit perjalanan pun :)
Walaupun rupa paras dari luar nampak kurang cun, tapi kemudahan di dalam homestay ni sangat memuaskan. Terdapat 3 bilik dan 2 bilik air. Lengkap dengan semua kemudahan seperti dapur, televisyen, perabot dan penghawa dingin. Rate untuk 1 malam adalah RM150. 
Pemandangan dari luar tingkap dan pintu. Angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat ohsem! HOMESTAY PANTAI MURNI -0194938466 / 01114710424
D'Yan Chalet adalah milik Majlis Daerah Yan. Terletak di Air Terjun Titi Hayun. Memang syok tidur sambil dengar bunyi air terjun. Lepas bangun tidur terus boleh terjun ke dalam air. sangat nikmat! haha. 
I booking 3 chalet untuk kawan-kawan dari Johor. Rate untuk 1 malam adalah RM70. Pemandangan dan suasana memang dijamin sangat tenang. Cuma lokasinya agak  gelap pada waktu malam. Jarak dari rumah i lebihkurang 8kilometer sahaja. untuk maklumat lanjut lagi boleh visit website MDY.
sekian review tempat penginapan . daaa :) 

~ LoVeLY aZaLYea &#39; s sToRy ~: PICNIC <b>DI</b> TITI HAYUN, <b>YAN</b>, <b>KEDAH</b>

Posted: 13 Feb 2013 06:41 PM PST

CNY holidays kali nie xde plan keluar dari negeri Kedah pun since mr. hubby cuma cuti 3 hari sajer! Aku jer cuti lama 9 hari so 3 hari tu dimanfaatkan dengan sebaik-baik mungkin dgn aktiviti kekeluargaan di dalam negeri Kedah sajer...selain daripada aktiviti menambahkan lemak dgn memenuhi undangan ke majlis-majlis perkahwinan..ada jugak laa bawak anak-anak pi picnic di Titi Hayun, Yan, Kedah...likasi favourite kami sebb inilah tempat mandi manda terdekat dgn rumah kami...dah set terus angkut anak-anak pi sana...apa benda persiapan bekal pun tak bawak, just goreng nugget tempura then bawak sos cili+sos tomato+ mayonis jer...giler sempoi punya bekal! Selalu gigih memasak bihun goreng laa nasi campur ulam sambal belacan bagai! Kali ni bawak jugak nasi tapi tapau nasi kandaq kat kedai depan rumah nie jer..jadik laa...
Jom layan gambar yer kawan-kawan...
Yang paling happy budak-budak berdua nie  laaa...bila-bila masa pun kalau ajak mandi sungai / air terjun memang depa laa yg paling happy ...
Tapi airnya cetek...musim kemarau agaknya...takat lutut aku pun x sampai...terus terbantut niat nk berendam sama...kasi chance kt anak2 sudah laa...
Anak dara aku yg makin debab...;p
Leka nk tangkap anak-anak ikan ..
Bekal...sejuk2 berendam mmg selera jer makan semuanya!
Mak dugong berendam...huhu




BLOG KEDAH: 02 <b>di yan kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 01:52 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Asrama lelaki SMA Nahdzah <b>di Yan, Kedah</b> terbakar | :: cina islam <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 02:07 AM PST

1 Rabiul awal 1433H. [MOD] -
YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.
Pengetua sekolah, Adnan Osman, berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu selepas seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.
Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata, ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.
"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar adalah katil, tilam serta buku sekolah saja," katanya.
Katanya, blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.
Sekolah itu adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata, bomba menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.
Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah untuk membaik pulih asrama itu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan