di negeri kedah - Google Blog Search |
- HOT!!! PELACUR MELAYU UMUR 15 TAHUN <b>DI NEGERI KEDAH</b> <b>...</b>
- Berita Panas <b>Negeri Kedah</b> Dalam Minggu Ini... Benarkah Wakil2 <b>...</b>
- KERUGIAN RM403 juta PROJEK <b>DI NEGERI KEDAH</b> PERLU <b>...</b>
HOT!!! PELACUR MELAYU UMUR 15 TAHUN <b>DI NEGERI KEDAH</b> <b>...</b> Posted: 24 Mar 2013 09:00 AM PDT Seorang remaja dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang remaja perempuan dipercayai pelacur di dalam sebuah rumah kedai di Pekan Jitra,Kedah, awal pagi kelmarin. Difahamkan, remaja lelaki itu datang ke rumah terbabit dengan menunggang motosikal dari bandar raya ini dipercayai mahu mendapatkan khidmat seks dengan remaja perempuan berkenaan. Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, remaja lelaki berusia 17 tahun berkenaan dikatakan pergi ke rumah kedai terbabit untuk bertemu remaja perempuan berusia 15 tahun bagi mendapatkan khidmat seks. Menurutnya, pihaknya yang menerima maklumat kemudian pergi ke premis terbabit sebelum mengetuk pintu beberapa kali lalu dibuka remaja lelaki terbabit. "Remaja lelaki itu cuba melarikan diri dengan menuruni tangga, tetapi anggota penguat kuasa agama berjaya menahannya semula dan berlaku pergelutan antara mereka. "Hasil soal siasat mendapati remaja lelaki itu mengaku datang ke premis berkenaan untuk melanggan remaja perempuan itu yang menjalankan aktiviti pelacuran sejak berhenti sekolah. "Ketika dicekup, kedua-dua mereka berpakaian lengkap dan berkurung sehingga mendatangkan syak dalam rumah yang tertutup rapat dan berkunci dari dalam," katanya. Sumber berkata, remaja perempuan itu turut mengakui menerima bayaran RM80 untuk dilanggan remaja lelaki berkenaan. Menurutnya, remaja perempuan itu mengakui ada individu menghantarnya ke rumah berkenaan untuk melakukan 'kerja' terbabit bagi mendapatkan wang dengan mudah. "Remaja perempuan itu berasal dari bandar raya ini manakala pasangannya itu pula sedang bercuti sebelum menyambung semula pengajiannya. "Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan," katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988. p/s: Tahniah Ostad Azizan dan kepimpinan Pas negeri Kedah!!! |
Berita Panas <b>Negeri Kedah</b> Dalam Minggu Ini... Benarkah Wakil2 <b>...</b> Posted: 30 Jan 2013 01:22 AM PST KUALA KETIL - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong mencemar duli berangkat ke Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil pada 29 Januari 2012 yang lalu. Kira-kira 5 ribu hadirin membanjiri dewan besar Kampus bersama-sama mengambil peluang menyaksikan detik bersejarah berkenaan. Sempena mengumumkan perasmian Kampus KUIN, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Tuanku Canselor turut mengumumkan dewan tersebut dinamakan sebagai "Dewan Permaisuri Tuanku Haminah". Majlis penuh gilang gemilang itu menyaksikan pengisytiharan Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj sebagai Pro Canselor 1 dan Yang Berbahagia Dato' Wira Dr. Affifudin Hj Omar sebagai Pro Canselor 11. Selain titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, para hadirin juga berpeluang mendengar ucapan Menteri Besar, Rektor KUIN serta ucapan Pro Canselor 1 dan 11. Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan Monodrama dari pelajar-pelajar KUIN yang menceritakan kronologi penubuhan KUIN sejak 1985 sehingga sekarang. YAB Dato' Seri Menteri Besar juga menyifatkan kejayaan terlaksananya Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil itu sebagai hadiah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke 85. Bersempena dengan pengiktirafan penarafan Tier 4 (sangat baik) bagi sistem penarafan IPT 2011, KUIN yang telah memiliki sebuah kampus induk yang serba moden akan muncul sebagai 'Universiti Ummah' dan terkenal di persada antarabangsa. TAPI DALAM BANYAK DAN RAMAI RAKYAT YANG HADIR TU YANG NGELATNYA PUAK-PUAK NIE... KUALA KETIL - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong mencemar duli berangkat ke Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil pada 29 Januari 2012 yang lalu. Kira-kira 5 ribu hadirin membanjiri dewan besar Kampus bersama-sama mengambil peluang menyaksikan detik bersejarah berkenaan. Sempena mengumumkan perasmian Kampus KUIN, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Tuanku Canselor turut mengumumkan dewan tersebut dinamakan sebagai "Dewan Permaisuri Tuanku Haminah". Majlis penuh gilang gemilang itu menyaksikan pengisytiharan Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar AlHaj sebagai Pro Canselor 1 dan Yang Berbahagia Dato' Wira Dr. Affifudin Hj Omar sebagai Pro Canselor 11. Selain titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, para hadirin juga berpeluang mendengar ucapan Menteri Besar, Rektor KUIN serta ucapan Pro Canselor 1 dan 11. Para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan Monodrama dari pelajar-pelajar KUIN yang menceritakan kronologi penubuhan KUIN sejak 1985 sehingga sekarang. YAB Dato' Seri Menteri Besar juga menyifatkan kejayaan terlaksananya Kampus Tetap KUIN di Kuala Ketil itu sebagai hadiah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke 85. Bersempena dengan pengiktirafan penarafan Tier 4 (sangat baik) bagi sistem penarafan IPT 2011, KUIN yang telah memiliki sebuah kampus induk yang serba moden akan muncul sebagai 'Universiti Ummah' dan terkenal di persada antarabangsa. TAPI DALAM BANYAK DAN RAMAI RAKYAT YANG HADIR TU YANG NGELATNYA PUAK-PUAK NIE... |
KERUGIAN RM403 juta PROJEK <b>DI NEGERI KEDAH</b> PERLU <b>...</b> Posted: 12 Feb 2013 10:40 PM PST Kenyataan Media TERAS TERAS mengesa pendedahan terhadap kerugian yang didakwa bernilai RM 403 juta dalam 11 projek awam ketika kerajaan BN memerintah negeri Kedah perlu mendapat penjelasan dari pentadbiran ketika itu dan pihak Jabatan Audit Negera perlu membuat siasatan. Jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri seperti Kedah . Bukan sahaja ia memberi kesan kepada aliran kewangan pembendaharaan negeri malah ia boleh menjejaskan integriti kerajaan dikacamata kerajaan pusat dan institusi kewangan . Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan kerajaan pusat. Jika perbelanjaan tersebut dikeluar dizaman BN memerintah negeri Kedah sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat dan negeri disiasat. Kami berpendapat jika segala pengurusan 11 projek tersebut berjalan mengikut prosedur , pihak ketua kerajaan di zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan , asalkan fakta dan rekod yang ada tidak diselewengkan. Tetapi jika jelas ada penyelewengan maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam . TERAS kesal isu penyelewengan dalam pelaksanaan projek kerajaan maseh berleluasa seperti yang digambarkan dalam laporan Audit Negara . Rekod salahguna kuasa dan mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi telah merosakkan imej negara di kacamata pelabur dalam dan luar negara. Jika kerajaan BN negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja diluar prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate) untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu , maka tindakan tegas perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu dipertanggungjawabkan. Kami mengingatkan segala kerugian ini bukan sahaja akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Kedah sendiri namun kerugian itu juga menjadi hutang yang akan terbeban kepada kerajaan negeri sekarang dan juga generasi mendatang . Kami menegaskan ini jelas adalah satu perompakan harta generasi selanjutnya. Pecah amanah dalam menjaga perbendaharaan negeri adalah suatu pengkhianatan yang tidak boleh dikompromi. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan pembayaran hendaklah dijejaki sehingga mereka yang terlibat menyebabkan kerugian yang ditanggung diambil tindakan sewajarnya. TERAS akan turut mengesan pelbagai projek negeri dan persekutuan yang mengeluarkan pebelanjaan besar yang tidak sepatutnya supaya dapat mendedahkan kepincangan dan penyelewengan yang terjadi. Rakyat tidak lagi boleh bertolak ansur dengan kerajaan yang mengurustadbir kewangan awam dengan cara salah guna kuasa dan penyelewangan dalam melaksana projek kerajaan. Kami menuntut ketelusan pihak kerajaan yang bertanggungjawab ketika 11 projek tersebut dilaksanakan. Pihak Audit Negara harus menghantar pasukan khas untuk menyiasat semua rekod projek yang berkenaan . Mohd Azmi Abdul Hamid |
You are subscribed to email updates from di negeri kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan