02 di kodiang - Google Blog Search |
kajian mengenai dialek kedah dengan bahasa melayu baku <b>di</b> <b>...</b> Posted: 07 Mar 2013 11:44 AM PST FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN SKBL 2113 APLIKASI KOMPUTER DALAM LINGUISTIK TAJUK : KAJIAN MENGENAI DIALEK KEDAH DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DI DAERAH KODIANG NAMA PENSYARAH : DR. ZULKIFLI BIN AHMAD NAMA & NO. MATRIK PELAJAR : NURSYAKIRAH BINTI NORDIN A 137318
BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial yang berbeza daripada bahasa standard. Menurut Edward Sapir, dialek dikenali sebagai bentuk percakapan tempatan yang berbeza dengan bentuk bahasa kesusasteraan. Maka, bolehlah dirumuskan bahawa dialek merupakan satu bentuk percakapan yang berupa tempatan yang terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja. Bahasa Melayu Kedah merupakan salah satu dialek yang dituturkan oleh masyarakat Malaysia di Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Perlis. Bahasa Melayu Kedah juga dipertuturkan di Wilayah Selatan Thailand iaitu Satun. Penduduk di Trang, Thailand juga menuturkan bahasa Melayu Kedah dengan pengaruh bahasa Thailand. Penutur dialek Melayu ini keseluruhannya dianggarkan lebih 4 juta (sekitar 3,1 juta penutur bahasa ibunda dan selebihnya digunakan sebagai bahasa kedua). Selain negeri-negeri tersebut, dialek ini juga dituturkan di selatan Myanmar dan sebuah tempat di utara Sumatera. Masyarakat setempat merujuk kepada Bahasa Melayu Kedah ini sebagai loghat utara (dialek Utara-oleh Malaysia) dan pelat Kedah (dialek Kedah di Negeri Kedah). Bahasa Melayu Dialek Kedah juga boleh dibahagikan kepada beberapa subdialek yang diterdiri daripada Kedah Persisiran (standard), Baling ataupun Kedah Hulu, Kedah Utara, Perlis-Langkawi, Pulau Pinang dan lain – lain (Luar Malaysia).
1.2 PERNYATAAN MASALAH Kajian yang dilakukan secara komprehensif dan betul akan dapat menghasilkan sebuah dapatan kajian yang baik. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui perbezaan yang terdapat dalam dialek Kedah Kodiang dengan bahasa Melayu baku berdasarkan aspek-aspek linguistik seperti aspek dari segi sebutan, pembentukan kata, penggunaan ayat, semantik dan juga pragmatik. 1.3 SOALAN KAJIAN Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah seperti berikut: 1.3.1 Apakah sama sebutan yang terhasil bagi sesuatu perkataan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku? 1.3.2 Apakah proses pembentukan kata yang berlaku dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku? 1.3.3 Adakah sama sistem tatabahasa dan susunan ayat yang digunakan dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku? 1.3.4 Bagaimanakah sesuatu perkataan yang sama boleh mempunyai makna yang berbeza dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku? 1.3.5 Apakah ada penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN 1.4.1 Mengenal pasti perbezaan sebutan di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. 1.4.2 Melihat aspek pembentukan kata yang hadir dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. 1.4.3 Meninjau aspek penggunaan ayat/tatabahasa dalam dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. 1.4.4 Menyelidik perbezaan makna kata yang berlaku antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. 1.4.5 Mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam penggunaan bahasa mengikut situasi yang berbeza di antara dialek Kedah Kodiang dan bahasa Melayu baku. Sebagai contohnya penggunaan bahasa dalam situasi formal di pejabat antara majikan dan pekerja.
1.4 SKOP KAJIAN Skop kajian ini adalah di Kodiang yang merupakan salah satu tempat yang terletak di negeri Kedah Darul Aman. Skop kajian ini dipilih kerana berdasarkan latar belakang responden yang lahir di negeri Kedah, anak jati dan menetap di Kodiang, Kedah. Responden merupakan salah seorang mahasiswa yang belajar di UKM, Bangi, Selangor.
1.5 KESIMPULAN 1.5.1 Sebagai kesimpulannya, kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji diharapkan dapat memenuhi objektif yang sebenar. Hasil yang baik akan diperoleh sekiranya kajian ini mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
BAB 2 KOSA ILMU (kiv)
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Metodologi kajian atau kaedah kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan. Metodologi menerangkan cara sesuatu sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
3.2 SAMPEL KAJIAN Sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah terdiri daripada seorang responden yang berasal daripada negeri Kedah iaitu di Gurun berumur 22 tahun. Responden merupakan seorang anak jati dan penutur natif dialek Kedah.
3.3 ALAT KAJIAN Kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat adalah seperti berikut: 3.3.1 Soal selidik. Soal selidik dibuat dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan perisian "Survey Monkey". Soalan-soalan didraf terlebih dahulu dan dimasukkan ke dalam perisian "Survey Monkey". Soalan yang telah siap didalam perisian "Survey Monkey"akan dihantar kepada responden untuk dijawab oleh responden tersebut. 3.3.2 Rakaman. Rakaman video akan dilakukan dengan menggunakan perakam video di telefon dan rakaman suara dengan menggunakan MP3.
3.3.3 Blog Blog digunakan untuk memaparkan setiap hasil kajian yang telah saya lakukan dan perolehi dengan menggunakan wordpress. 3.3.4 Antconc 3.3.5 Video converter 3.3.6 Soundcloud
3.5 KESIMPULAN Metodologi kajian yang dipilih diharapkan dapat membantu pengkaji menjayakan kajian yang dijalankan seterusnya memperoleh hasil kajian yang terbaik. |
Dia buat dah: 63 rumah <b>di Kodiang</b> rosak akibat ribut Posted: 02 Apr 2013 02:58 AM PDT JITRA - Sebanyak 63 rumah di tiga kampung di Kodiang dekat sini rosak teruk terutama di bahagian bumbung selepas dilanda ribut petang semalam. Kejadian kira-kira 6 petang itu melibatkan 45 rumah di Kampung Paya Pida Satu, 13 di Kampung Pida Empat dan lima di Kampung Kandis dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM1 juta. Tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian itu. Seorang mangsa kejadian itu, Habsah Ahmad, 69, dari Kampung Paya Pida Satu berkata ketika kejadian, dia bersama tiga anak dan menantu serta tiga cucunya berusia antara tiga bulan dan lima tahun berada di rumah. Katanya dia yang terdengar bunyi deruman angin kencang sehingga bumbung rumahnya diterbangkan angin melarikan diri dengan menaiki kereta milik anaknya bersama keluarganya untuk mencari tempat selamat. "Masa tu makcik lihat zink terbang. Makcik jadi takut dan bawa cucu berusia lima tahun selamatkan diri. Makcik syukur semua anggota keluarga makcik termasuk cucu berusia tiga bulan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. Abdullah Awang, 68, dari Kampung Paya Pida Satu berkata dia kerugian kira-kira RM100,000 setelah bumbung rumahnya serta barangan elektrik di dalam rumahnya rosak. Dia yang menceritakan detik-detik cemas kepada pemberita bersama isterinya Hasma Hussin, 64, berkata kejadian berlaku dengan pantas sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan barangan berharga. Katanya dia bersama isteri cuba keluar rumah dan melihat bumbung rumah terbang seperti burung dan masuk semula ke dalam rumah sehingga keadaan kembali normal. "Saya hanya mampu melaungkan azan sahaja. Kami cuba nak selamatkan diri dengan keluar rumah dan bila lihat zink berterbangan kami masuk semula ke dalam rumah. Bila angin dah habis saya lihat semua bumbung rumah saya dan jiran habis (diterbangkan)," katanya. Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turun padang melawat mangsa kejadian turut menyalurkan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi meringankan beban yang dialami mereka. Mukhriz berkata buat sementara ini anggota keluarga yang terlibat ditempatkan di tiga pusat penempatan termasuk di Dewan Orang Ramai Batu 1 sebelum bantuan susulan daripada kerajaan pusat untuk memperbaiki rumah dibuat dalam tempoh terdekat. "Ada antara anggota keluarga mereka tinggal di rumah bagi menjaga keselamatan barangan di dalam rumah. Kita juga minta anggota Rela menjaga kawasan rumah yang rosak," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di kodiang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan