Malam tadi, sahabat saya,sdra Radzi, rakan NGO Wargakilang dari Penang mai rumah. Dia baru balik dari KL atas urusan kerja. On the way balik, dia sempat singgah di rumah seorang hamba Allah bernama Puan Eda di KL sana nu, pi amik kain baju terpakai, basikal, dapur gas dan juga sebuah mesin basuh. Puan Eda pesan, minta tolong sampaikan kepada mereka yang memerlukan. Bila Radzi called saya tanya kat mana nak hantar brg2 tu, terutamanya mesin basuh yang agak besar itu, saya kata tat pa lah, bawa mai dulu ke rumah saya di Kedah ini.
Radzi sampai dah dekat jam 11 malam; terus saya called Apit, seorang sahabat – kerja full time buat bendang – yang aktif dengan kerja2 kemasyarakatan di kawasan ini. Apit kata, mesin basuh itu boleh hantar ke sebuah pusat tahfiz yang baru buka baru-baru ini.
So, malam tadi, sebaik-baik saja sampai di rumah saya, bersama seorang lagi sahabat, kami terus ke Pusat Tahfiz tersebut dengan kenderaan Triton yg Radzi bawa itu.Masyaallah, saya tak pernah sampai pun tempat tu sebelum ini, dari jalan besar itu, kenderaan Triton itu terpaksa meredah Batas Ban (jln permatang) tidak berturap, berliku-liku antara petak-petak sawah yang luas terbentang itu. Sampai tang korner tajam, jenuh juga sdra Radzi duk kilas stering kereta nak elak daripada terbabas masuk ke dalam bendang.
Walaupun jaraknya cuma dalam setengah km dari Jalan Besar, tapi pengalaman meredah jalan batas ban yg sempit muat-muat kereta itu, sesekali terhenjut-henjut apabila menempuh jalan yang berlopak, meredah jalan kampung yang sebegini di tengah-tengah malam buta ini adalah suatu pengalaman yang menarik untuk dikongsi.
Mungkin sebab itu kot, seorang sahabat kami bernama Din dari Sungai Petani yang turut serta, dia cakap:
"Fuyo, ini baru betul namanya Jln-Jln Masuk Kg!" - saya pun rasa macam itu juga.
Sampai di sana, kami diperkenalkan kepada Mudirnya yang bernama Ustaz Ashraf.
Bila saya tanya berapa jumlah pelajarnya - Ustaz Ashraf cakap 21 orang, semuanya perempuan, berusia antara 8 hingga 18 tahun.
Bila saya tanya pula berapa orang tenaga pengajar - Ustaz Ashraf habag DUA ORANG sahaja - beliau dan isteri.
Isteri beliau seorang guru Tahfiz berpengalaman dari sebuah Pusat Tahfiz di Baling, Kedah. Ustaz Ashraf menguruskan bab makan minum dll, sementara isterinya menumpukan perhatian kepada tugas mengajar.
Bila kami tanya, ada berapa buah mesin basuh kat situ – beliau tunjukkan kami sebuah mesin basuh kat hujung sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan