ads

Selasa, 9 April 2013

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU13 : Saifuddin yakin potensi menang <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 09:29 PM PDT

SaifuddinKUALA LUMPUR 29 MAC: Calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu (P18), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin potensinya untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 cerah di kawasan itu.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Saifuddin berkata, keyakinan itu bersandarkan gerak kerja jentera Pakatan Rakyat yang menyambut baik pencalonan beliau dan mendapat sokongan masyarakat setempat.
"Alhamdulillah komponen Pakatan Rakyat di sana menerima baik dan memberi peluang kepada saya untuk mengenali kawasan itu dengan lebih dekat.
"Saya sudah ada pertemuan dengan PAS dan KEADILAN. Program yang diatur untuk saya bertemu ketua kaum mewakili Cina, Melayu dan India berjalan seperti dirancang.
"Kedudukan saya sekarang memuaskan berdasarkan penerimaan penduduk setempat yang memberi sokongan," kata Saifuddin.
Tambahnya, persiapan jentera bergerak mengikut jadual walaupun tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi teka-teki.
"Saya sudahpun mengenali seberapa banyak agensi dan institusi negeri. Saya sangat berpuas hati dengan penerimaan positif rakyat dan mereka hanya tunggu masa saya bertanding di situ," kata Saifuddin.
"Selain itu, program yang ditetapkan meliputi penerangan, kemasyarakatan di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat kaum lain," jelasnya.
Cabar Zul Nordin

Beliau turut mencabar Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu sekarang, Datuk Zulkifli Nordin menandinginya pada pilihan raya itu nanti.
"Saya mahu berdepan Zul Nordin, itu impian saya. Bagaimanapun, mungkin impian saya itu tidak kesampaian kerana sesuatu yang mustahil untuk Umno mencalonkan Zulkifli," sinis Ahli Parlimen Machang itu.
Mengulas lanjut, Saifuddin optimis Parlimen Machang akan kekal dimenangi Pakatan Rakyat.
"Di Machang sudah ada pengganti, tunggu diumumkan oleh pimpinan sahaja.
"Pengaruh Pakatan Rakyat di sana sudah berakar umbi. Umumnya rekod pemerintahan PAS di Kelantan dan prestasi yang ditunjukkan pemimpin Pakatan memberi kita keyakinan kuat bukan sahaja di Machang, tetapi seluruh Kelantan," katanya.
Parlimen Kulim-Bandar Baharu terbahagi kepada dua Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu DUN Kulim dan DUN Bandar Bharu, dengan mempunyai 67.93% pengundi Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang.
Pada pilihan raya 2008, wakil KEADILAN, Datuk Zulkifli Nordin menang dengan majoriti 5,583 undi, iaitu 22,255 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang memperolehi 16,672 undi.
Kini Zulkifli menganggotai bebas setelah dipecat KEADILAN pada 2010 ekoran kesalahan berulang-ulang kerana melanggar dasar dan pendirian parti.
Beliau adalah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), NGO di bawah tunggangan Umno BN.
Dalam PRU 2008, Saifuddin bertanding Parlimen Machang di Kelantan dengan 21,041 undi dan mengalahkan calon BN, Datuk Sazmi Miah yang hanya memperoleh 19,581 undi.
Sebelum itu, beliau memperoleh kerusi tunggal dalam DUN Kedah apabila menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Lunas pada tahun 2000.
Beliau memperoleh 10,511 undi manakala calon BN, S Anthonysamy mendapat 9,981 undi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved