02 di langkawi - Google Blog Search |
Hani Othman: Wedding Kunas <b>di Langkawi</b> Posted: 14 Apr 2013 03:30 AM PDT Aiyakkkk... Lamanya tak conteng-conteng dekat sini... Last week Hani ada attend kenduri kahwin member dekat Langkawi. Dah alang-alang pergi Langkawi tu berjalan sekali la weolssss... Hari first Hani gerak dari KL dengan Lily and Ila dulu sebab yang lain tak dapat cuti hari Jumaat. Pukul 10 macam tu weols gerak dari tol Jalan Duta.. Singgah kejap di Seberang Jaya, Penang dalam pukul 1.15 ptg jumpa sepupu sebab nak hantar stok tudung untuk dijual. Sesambil tu weols pekena la nasi kandaq dulu di Penang. Dah alang-alang sampai Penang khennnnnn.... Sejam di Penang, weols pun teruskan perjalanan ke Kuala Kedah. Alhamdulillah... around 3.30 camtu weols sampai Kuala Kedah. Dapat tiket feri pukul 4.30 ptg...Nasib baik ada Encik Ogawa dekat jeti... boleh la parking badan atas En.Ogawa untuk diurut dulu... (pssttt: En.Ogawa tu mesin urut yang kerusi tu yerrr... Jangan fikir bukan-bukan) Perjalanan dari Jeti Kuala Kedah nak ke Jeti Langkawi ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Sangat bosan sebab kedudukan weols dekat tepi... Nak tengok TV tak boleh... Nak tengok laut tingkap tinggi sangat. Bosan tahap gaban sampai weols menggila bertiga dalam feri. Bergambar la... Buat video la... Tapi tak nak la upload video-video tu untuk tatapan umum... cek malu! Biarlah hanya weols bertiga sahaja yang jadi penonton untuk video gila tu... Around 6.15 weols sampai Langkawi... Nasib baik Kunas dah settle kan semua pasal hotel dan sewa kereta. Kerja Hani cuma contact travel agency tu je la... Order kereta viva manual tapi dapat Picanto Auto... Pening la gamaknya tu sebab ramai sangat customer... Tapi tak mengapa... Dapat Picanto lagi bagus... Auto lagi... Mudah la kerja Hani selaku driver yang bertauliah ni... RM90 untuk dua hari. Kunas dah bayar RM70.. RM20 weols bayarkan... After check in hotel weols bersiap siap untuk majlis akad nikah Kunas. Jauh rupanya hotel tu dengan rumah Kunas... Sejam juga la perjalanan dari Kuah ke Beras Terbakar. Once weols sampai, mereka baru sahaja selesai akad nikah. Tak sempat nak tengok moment moment bahagia tu. Rugi betul! Ok, untuk pengetahuan uols... Kalau uols pernah pergi Beras Terbakar, rumah orang yang ada beras terbakar itulah rumah Kunas. Malam masih muda walaupun tak berapa muda sangat. Nak balik hotel tidur macam rugi jer... Sia-sia datang dari jauh kalau tak jalan-jalan dulu. Dengan berbaju kurung ni kami bertiga berjalan-jalan kejap dekat area Pantai Cenang. Selamberrrrr!!! Terdengar suara-suara tak merdu bercakap, "Amboi manisnya cik adik... baru balik dari pertandingan ratu kebaya ka?" Walaupun ada orang yang memandang dan gelakkan weols sebab pakai macam ni... Tapi ada mak kisah??? Dah puas memalukan diri di Pantai Cenang, weols gerak pergi Dataran Lang pula... Sasaran kedua untuk memalukan diri sendiri... Not bad juga la pemandangan di Dataran Lang pada waktu malam. Selama ni Hani selalu pergi Dataran Lang pada waktu siang... Tak pernah pula lepak waktu malam dekat sini.. The Next day is reception day. Yang lain baru sampai dan terus ke majlis Kunas dekat Beras terbakar. Kunas sangat cantik dengan wedding dress warna putih. Untuk pengetahuan uols... Langkawi ni agak panas... so, dalam pukul 2 weols dah tak tahan dah dan terus gerak dari rumah Kunas and check in hotel di Pantai Cenang. Tak sabar gila nak mandi laut... Lepas check in, salin baju terus weols terkam air laut yang ombaknya agak kuat. Tapi mak tak kisahhhh!! Nak mandi juga... Iekoi la manusia yang paling excited sekali mandi laut... Sori, tiada gambar weols tengah mandi laut... Gambar hari nak balik adalah... Last but not least, sebelum balik... benda wajib yang orang akan buat dekat Langkawi adalah borong chocolate larrr.... We had a very great time in Langkawi walaupun tak lama... Miss you Langkawi!!!! Muah muah muah |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan