02 di pendang - Google Blog Search |
Mat Sabu Bertanding <b>Di Pendang</b> Takutkan Sumpah Anwar Di <b>...</b> Posted: 11 Apr 2013 07:25 PM PDT Mohamad Sabu kini merupakan Timbalan Presiden PAS. Sebelumnya, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS,Naib Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Mat Sabu adalah orang kepercayaan Lim Guan Eng. Mat Sabu telah diberi imbuhan bermacam-macam oleh DAP gajinya melebihi 20ribu sebulan. Itu baru gaji tak termasuk Elaun dan bermacam-macam lagi. PAS telah mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya. Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu. Persoalannya mengapa Mat Sabu tidak bertanding di Pulau Pinang negeri kelahirannya? Adakah beliau takut termakan sumpah Anwar sewaktu kalah bertanding dengan beliau? Mat Sabu ini terlalu banyak sejarah hitam. Semasa beliau menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau telah ditangkap 'khalwat' dengan isteri orang bernama 'Normah Abdul Halim' di bilik 121, Hotel Perdana, Kelantan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah Kelantan. Serbuan oleh pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam kelantan [JAHEIK] disertai krew TV3. Namun Mat Sabu bebas dari tuduhan itu kerana kekurangan bukti kononnya padahal semua rakyat tahu bahawa Mat Sabu terlepas kerana ditolong oleh Nik Aziz yang sentiasa mendokong penzinaan para pemimpin PAS. Tambahan pula pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di Gelugor Pulau Pinang, Mat Sabu telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya Muhammad Indera, ketua Parti Komunis Malaya(PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar "hero negara" dan bukannyaLeftenan Adnan yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kesemua anggota polis semasa serangan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "hero negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British". Kenyataan tersebut merupakan satu penghinaan terhadap ahli keluarga 25 orang termasuk kanak -kanak, dan wanita yang terkorban dalam serangan tersebut. Pada 10 Sep 2011, Mat Sabu mempertikaikan pula jasa Sarjan Hassan mempertahankan tanah air. Pada 21 September 2011, Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memburukkan imej polis dan keluarga mereka dalam ceramah di Padang Menora pada 21 Ogos 2011. Namun Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. Dengan segala rekod kejahatan dan kezaliman Mat Sabu ini, kami rakyat Malaysia tidak sanggup beliau menjadi salah seorang pemimpin kami. Oleh itu merupakan jihad untuk kami menolak pakatan haram dari tanahair tercinta kami. |
You are subscribed to email updates from di pendang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan