Khamis, 11 April 2013

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Polis Selesai Siasat Kes Penyokong Pas Kurung Phahrolrazi dua <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2013 02:01 AM PDT


Polis negeri Kedah sudah selesai menyiasat dan akan mengemukakan kertas siasatan insiden Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi 'dikurung' selama dua jam dalam satu majlis di Yan pada 16 Mac lalu kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.

Siasatan kes mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana melakukan halangan secara salah itu hampir siap dengan pihak polis telah pun selesai merakam percakapan beberapa pihak.

Menurut Polis , kertas siasatan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Beliau mengulas laporan perkembangan siasatan kes tersebut ekoran laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk Pemuda Gerakan Negeri Kedah baru-baru ini.

Dalam insiden tersebut, Phahrolrazi 'dikurung' selama dua jam, dipercayai bagi menghalang pemimpin berkenaan berceramah di majlis itu.



Sebelum itu Pemuda Gerakan Kedah telah membuat laporan polis berhubung kejadian Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi, 'dikunci' dalam kawasan sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Yan, Sabtu lepas.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, laporan polis itu dibuat kerana pihaknya melihat perbuatan tersebut sebagai mengancam keselamatan Phahrolrazi yang juga anggota exco kerajaan negeri Kedah.

"Kita prihatin dengan apa yang terjadi... Kita tidak mahu beliau yang mungkin juga calon pada pilihan raya umum ke-13 terancam keselamatannya," kata Teng pada sidang media selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang turut mengaitkan insiden itu dengan Barisan Nasional (BN).

Ini membabitkan masalah dalaman parti Pas dan BN langsung tiada kaitan.

Laporan polis ini kerana kami melihat insiden sebagai ancaman keselamatan terhadap Phahrolrazi, katanya.

Menurut Teng, perbuatan menghalang pergerakan seseorang itu adalah salah mengikut Seksyen 339 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sebulan dan denda tidak lebih RM1,000 jika sabit kesalahan.

Katanya pihak berkenaan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 340 kanun yang sama.

Akhbar sebelum ini melaporkan Phahrolrazi mendakwa beliau 'dikunci' dalam kawasan sekolah agama itu selama dua jam, bagi menghalang beliau daripada berucap di satu ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau, Yan, yang merupakan kawasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dakwa Phahrolrazi, beliau sebelum itu dihubungi oleh pengetua sekolah agama tersebut namun sebaik masuk ke dalam kawasan sekolah berkenaan pintu pagar dikunci.

Category: politik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan