Khamis, 11 April 2013

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


KedahLanie.info: Tahniah Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> - Ini Kisah Mesin <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2013 09:00 PM PDT

Barangkali inilah kot yang Orang Alim dok habag…bila rakyat negeri kita cenderung kepada pemerintahan ulamak, bagi negeri kita akan berseri-seri dengan cahaya Islam di merata-rata. Tumbuhnya banyak pusat Tahfiz di negeri Kedah dan yakinnya org2 luar Kedah untuk menghantar anak-anak mereka menuntut di sini melambangkan org2 luar pun dah nampak Islam sudah mula dimartabatkan di negeri kita ini.. ..tahniah kerajaan Negeri.

Kisah Mesin Basuh

Malam tadi, sahabat saya,sdra Radzi, rakan NGO Wargakilang dari Penang mai rumah. Dia baru balik dari KL atas urusan kerja. On the way balik, dia sempat singgah di rumah seorang hamba Allah bernama Puan Eda di KL sana nu, pi amik kain baju terpakai, basikal, dapur gas dan juga sebuah mesin basuh. Puan Eda pesan, minta tolong sampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Bila Radzi called saya tanya kat mana nak hantar brg2 tu, terutamanya mesin basuh yang agak besar itu, saya kata tat pa lah, bawa mai dulu ke rumah saya di Kedah ini.

Radzi sampai dah dekat jam 11 malam; terus saya called Apit, seorang sahabat – kerja full time buat bendang – yang aktif dengan kerja2 kemasyarakatan di kawasan ini. Apit kata, mesin basuh itu boleh hantar ke sebuah pusat tahfiz yang baru buka baru-baru ini.

So, malam tadi, sebaik-baik saja sampai di rumah saya, bersama seorang lagi sahabat, kami terus ke Pusat Tahfiz tersebut dengan kenderaan Triton yg Radzi bawa itu.

Masyaallah, saya tak pernah sampai pun tempat tu sebelum ini, dari jalan besar itu, kenderaan Triton itu terpaksa meredah Batas Ban (jln permatang) tidak berturap, berliku-liku antara petak-petak sawah yang luas terbentang itu. Sampai tang korner tajam, jenuh juga sdra Radzi duk kilas stering kereta nak elak daripada terbabas masuk ke dalam bendang.

Walaupun jaraknya cuma dalam setengah km dari Jalan Besar, tapi pengalaman meredah jalan batas ban yg sempit muat-muat kereta itu, sesekali terhenjut-henjut apabila menempuh jalan yang berlopak, meredah jalan kampung yang sebegini di tengah-tengah malam buta ini adalah suatu pengalaman yang menarik untuk dikongsi.

Mungkin sebab itu kot, seorang sahabat kami bernama Din dari Sungai Petani yang turut serta, dia cakap:

"Fuyo, ini baru betul namanya Jln-Jln Masuk Kg!" - saya pun rasa macam itu juga.

Sampai di sana, kami diperkenalkan kepada Mudirnya yang bernama Ustaz Ashraf.

Bila saya tanya berapa jumlah pelajarnya - Ustaz Ashraf cakap 21 orang, semuanya perempuan, berusia antara 8 hingga 18 tahun.

Bila saya tanya pula berapa orang tenaga pengajar - Ustaz Ashraf habag DUA ORANG sahaja - beliau dan isteri.

Isteri beliau seorang guru Tahfiz berpengalaman dari sebuah Pusat Tahfiz di Baling, Kedah. Ustaz Ashraf menguruskan bab makan minum dll, sementara isterinya menumpukan perhatian kepada tugas mengajar.

Bila kami tanya, ada berapa buah mesin basuh kat situ – beliau tunjukkan kami sebuah mesin basuh kat hujung sana.

(Sebuah mesin basuh untuk dikongsi oleh 21 orang pelajar)

Sahabat kami sdra Apit yang tunjukkan jalan ke situ habag, Mesin Basuh itu adalah HADIAH PERKAHWINAN untuk Ustaz Ashraf dan Isterinya waktu majlis walimatul urus mereka hari itu. Hari ini, mesin basuh itu mereka infakkan untuk kegunaan anak-anak murid mereka ini. Masyaallah – mulianya hati Ustaz dan Ustazah suami isteri ini!!

Sebab itu, bila saya lihat mesin basuh yang disedekahkan oleh Puan Eda dari KL, yang dibawa pulang beratus kilometer jauhnya ke Utara oleh sdra Radzi ini, walau pun bagi sesetengah orang hanyalah sumbangan yang biasa-biasa saja, tapi di Pusat Tahfiz ini, mesin basuh ini amat bermanafaat untuk murid-murid di sini.

(Mesin Basuh 2nd Hand dari KL)

Terima kasih Puan Eda, dan terima kasih sdra Radzi kerana bersusah payah bawa balik dari KL ini.

Dalam perjalanan pulang, waktu meredah batas ban antara petak bendang itu, saya dengar seorang sahabat saya cakap:

"Aku kagum sungguh la dengan Ustaz Ashraf suami isteri ini, sanggup korbankan diri untuk kerja-kerja agama macam ini. Pi bawa diri duduk jauh kat tempat lepas ke dalam macam ini. Zaman la ni susah nak cari pasangan suami isteri macam depa dua orang ini!"

Saya pun tak tau nak kata apa, tapi ibu bapa dari Puchong dan Banting, Selangor yang sanggup pi "buang" anak depa jauh ke tengah bendang di Utara ini, bolehlah tidor lena sebab insyaallah anak-anak mereka sekarang ini sedang berada dalam jagaan insan kamil yang terpilih. Insyaallah berkat pengorbanan dan keikhlasan pasangan suami isteri ghuraba akhir zaman ini mendidik anak-anak ini, insyaallah mereka akan membesar menjadi seorang Hafizah dan wanita solehah yang menyejukkan hati ibu bapa di masa hadapan.

(Pemandangan Madhad Tahfiz ini dari jalan besar di waktu siang)

Saya cuma nak sampaikan pesanan Apit, dia kata kalau sesiapa nak sampaikan sumbangan dalam bentuk barang-barang makanan seperti beras, sayur, lauk pauk dan barangan keperluan harian amat-amatlah di alu-alukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan