02 di jerai kedah - Google Blog Search |
BLOG KEDAH: 02 <b>di jerai kedah</b> - Google Blog Search Posted: 07 May 2013 01:02 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||||||
KedahLanie.info: Kempen BN jejas perniagaan <b>di</b> Pasar <b>Jerai</b>? Posted: 02 May 2013 06:00 PM PDT Calon PAS di Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebilangan besar peniaga merungut kehadiran bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad, Calon BN, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jenteranya menyebabkan perniagaan mereka terjejas. "Ramai peniaga merungut kepada saya kedatangan jentera BN berkempen menjejaskan perniagaan mereka," katanya Beliau melahirkan kebimbangan golongan peniaga yang rata-ratanya merasakan kempen BN kali ini banyak memberi masalah kepada rakyat khasnya dalam penggunaan jentera kerajaan. Selain itu, BN juga dikatakan telah menggunakan premis kerajaan khasnya sekolah, jabatan kerajaan untuk berkempen, sedangkan dalam peraturan ianya suatu yang dilarang. "Sekiranya kami menerajui Putrajaya sekalipun nanti, kami tidak akan menggunakan kuasa kami seperti mana yang BN buat masuk berkempen ke sekolah, jabatan kerajaan dan agensi tertentu untuk meraik sokongan," katanya lagi. Sementara itu, Firdaus juga memaklumkan terdapatnya usaha Umno BN menghasut pengundi di sebahagian kawasan kampung di Jerai untuk tidak terpengaruh dengan perkembangan politik semasa. "Mereka kata kepada pengundi di kampung, jangan peduli hal politik kerana itu urusan pemimpin, hingga ada penduduk yang percaya dan mula merasakan berpolitik itu hak mereka. "Mereka juga menghasut agar pengundi hanya mendengar saluran maklumat Kerajaan Pusat sahaja. Mereka sekat penyebaran maklumat alternatif yang lebih sahih," katanya lagi. Beliau yang mendapat 26,510 undi menewaskan calon BN, Datuk Badruddin Amiruldin dengan majoriti 2,299 undi pada PRU12 lalu. Pada PRU13 ini, beliau ditentang oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Pengundi di Parlimen Jerai pada PRU13 ini seramai 74,583 orang dengan pecahan Melayu sebanyak 79.11 peratus, Cina (13.99%), India (6.31%) dan lain-lain (0.59%). |
You are subscribed to email updates from di jerai kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan