Selasa, 28 Mei 2013

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2013 03:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KedahLanie.info: KUIN <b>Kuala Ketil</b> berjalan lancar sesi <b>...</b>

Posted: 27 Apr 2013 10:20 PM PDT

Sesi pembelajaran di KUIN Kuala Ketil berjalan lancar
KUALA KETIL – Tohmahan yang menyatakan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di sini akan ditutup adalah tidak benar apabila proses pembelajaran dan pentadbiran berjalan dengan lancar.
Pendaftar KUIN, Dato' Latifah Hasan menjelaskan bahawa masalah penginapan pelajar yang berlaku sebelum ini telah selesai kerana pelajar yang ada sekarang dipindahkan ke asrama yang disediakan oleh KUIN di kawasan berhampiran dan ada yang menyewa rumah sendiri.
"Tetapi penginapan untuk pelajar-pelajar yang belum berpindah ke sini masih belum ada kerana Taman Insaniah belum siap sepenuhnya, kemungkinan besar mereka akan berpindah ke sini pada bulan Disember ini.
"Selain itu, kita sedang membina asrama 'fast track' untuk pelajar-pelajar baru yang akan memuatkan seramai 1000 orang dan dijangka siap pada bulan Jun ini," katanya ketika ditemui.

Beliau turut menjelaskan bahawa kelengkapan yang ada di KUIN semasa mula-mula masuk adalah cukup lengkap dan selesa berbanding universiti lain kerana semasa permulaan pembukaan UUM, masih terdapat jentera yang keluar masuk dalam universiti itu.
"KUIN akan terus berkembang dan sekarang kita mempunyai 47 program, kita akan memantapkannya terlebih dahulu, jangan bimbang kerana sesiapa pun yang memerintah Kedah pasti akan meneruskan impian negeri Kedah untuk memiliki sebuah universitinya sendiri, yang dasarnya adalah Islamik.
"Apa yang saya suka dengan KUIN adalah kerana ianya menggabungkan pengajian Islam dan konvensional, tambahan pula trend masyarakat sekarang ni yang sudah kembali kepada Islam," katanya.
Tambahnya, KUIN telah memulakan sistem pendidikan seperti ini lebih awal. Setiap kuliah yang ditawarkan di KUIN menggabungkan Islam. Sebenarnya sistem ekonomi yang dipelajari dahulu adalah sistem ekonomi bukan Islam.
Maka, kini pihaknya mahu semua sistem menjadi Islamik contohnya perbankan Islamik dan perubatan Islamik. Sistem KUIN adalah sama seperti UIA dan KUIN adalah seperti anak kepada UIA. KUIN akan berkembang ke arah itu dan beliau berharap IPTA di Malaysia juga akan berubah ke arah Islamik.

kamera kupang: #KUIN <b>di Kuala Ketil</b> dah macam &#39;PENJARA <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 05:03 AM PDT

Pagi tadi aku mendapat berita mengenai satu Majlis yang akan di hadiri oleh MB ditaktor Azizan Razak di KUIN Kuala Ketil. Majlis yang akan berlansung pada pukul 3.00 petang.
Sesudah aku sampai di hadapan pintu masuk ke Kolej tersebut, "mak ai'..Aku terkejut hampir 15 penganut PAS yang mungkin juga unit anul PAS di tugaskan menjaga pintu masuk KUIN tersebut.

Apabila kawalan ketat dilakukan oleh Unit Keselamatan KUIN dan dibantu oleh Unit Amal PAS dan Agen PAS dikalangan MTD Kuala Ketil.

mereka masing-masing memakai baju berlogo PAS dan Unit Amal, dan sebahagiannya lagi memakai vest berlogo Majlis Tindakan DUN PAS Kuala Ketil.
Kalau dulunya mereka kata skuad BERSIH adalah agen UMNO, maka sahlah Jamil, Wan Su Camry, Latifah, Rohani, Kapten H dan semua kuncu-kuncunya adalah agen PAS
Bagaimana tidaknya, semua keputusan dan kuasa diberikan kepada agensi PAS seperti Unit Amal dan MTD KK.Mereka bertindak dengan serakah mengusir kereta kakitangan KUIN, mereka serakah dengan menahan kakitangan KUIN, mereka serakah dengan menghambat kakitangan KUIN. Adakah ini yang KUIN mahukan dalam melaksanakan kerja secara Islam.
Apa kuasa yang Jamil, Wan Su Camry dan kapten Halim berikan pada mereka sehingga berani menghalang kakitangan KUIN sebegini rupa? Kurang hajar sungguh mereka itu . 
Mereka bertopengkan Islam  hanya mahu mempertahankan Azizan. 

sumber


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan