Selasa, 28 Mei 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


lepas ni, nak pergi mana pulak?: Ikan Bakar <b>di Tanjung Dawai</b> Kedah.

Posted: 22 May 2013 07:00 PM PDT

Apabila saya ada urusan di Alor Setar atau kawasan sekitarnya saya pasti tidak akan lepaskan peluang untuk makan ikan bakar di pantai tanjung dawai. Terletak 1 jam perjalanan dari bandar alor star pantai tanjung dawai ini mempunyai deretan restoran yang menyediakan pelbagai pilihan makanan laut yang segar. Disebabkan tanjung dawai ini adalah juga pengkalan nelayan maka bekalan ikan segar itu sentiasa mudah didapati.

Walaupun saya tidak selalu kesini tetapi setelah mencuba bagi saya apabila ke alor star atau kawasan sekitarnya tanjung dawai ini adalah tempat untuk anda mencari makanan laut yang segar, sedap dan paling penting murah. Selain itu gerai menjual hasil laut seperti ikan bilis, ikan masin dan yang lain-lain juga banyak terdapat di sini. Selain menikmati makanan laut dan panorama pantai anda juga boleh ke satu lagi pantai yang popular di sini iaitu pantai merdeka yang juga terletak di kawasan tanjung dawai ini. Jadi ada pelbagai tarikan anda boleh cuba untuk terokai apabila berkunjung disini.

Selain itu tarikan lain yang ada berdekatan adalah gunung jerai bagi anda yang ingin menikmati pemandangan ke seluruh negeri kedah sambil menikmati udara segar ataupun singgah untuk beriadah di havard golf and country club dan havard hotel yang memang terletak tidak jauh dari tanjung dawai ini yang merupakan padang golf no 1 di kedah. Selain itu Havard Golf & Country Club dan Hotel juga dapat memberikan anda pilihan untuk melakukan aktiviti lasak seperti flaying fox ataupun bersantai sambil menikmati pemandangan gunung apabila bersama seisi keluarga jika berkunjung ke negeri kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan