Jumaat, 24 Mei 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


ZiraHalim: Bekerja <b>di Langkawi</b>

Posted: 11 May 2013 02:12 AM PDT

Yap, minggu lepas bekerja kat langkawi.
Bengkel pentadbiran dan aku perlu terlibat untuk peralatan ICT.
Seriously pergi langkawi langsung tak dapat jejalan.
Bengkel boleh diklatakan setiap hari habis pukul 12-1am.
bhahahahahha.... hadapla Laptop sampai muntah.
Tapi, oleh sbb aku da bawak camera.
Banyakla PIC yang aku snap.
Meh kita share kat sini lah.
Bertolak pergi selasa pagi dan kembali jumaat ptg.
Khamis petang dibawa ke Pantai Chenang kejap.
Kejap2 pon sempat aku terbang tau...
Selamber aku jah p terbang tinggal yang lain kat bawah.
sapa soh takmo ikot aku terbang....bhahahah
Aku dan Lina... kami duduk sebilik... Lina adalah student praktikal.
Mode bergambar sedang melanda
Bersama kak ros dan kak isma and lina
Abaikan aku yang tetiba rajin nak masuk gambar sendiri dgn byk
Makanan kami yang sempat snap.. makan byk gila tapi sempat snap yang ni ja. yang lain dah licin baru aku igt nak snap. Mau ke idok kami dijamu makan 6 kali sehari. Perut takdan nak lapaq dah makan pulak. Jadi, abaikan kalau saya nampak lebih besar dari biasa.
Ini sewaktu ke Pantai Chenang ambik angin
Kan dah cakap semua kat bawah aku soang jah terbang makan angin...
Alhamdulillah, hidup dah makin berwarna. Semoga pelangi itu akan kembali. 

Helikopter bawa Anwar dihalang <b>di Langkawi</b> | KeadilanDaily.com

Posted: 03 May 2013 08:07 PM PDT

(Oleh Sidiqin Omar)

LANGKAWI 4 MEI: Tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diselar kerana cuba menghalang helikopter yang membawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Langkawi.

Anwar-heli-langkawi

Menurut Setiausaha Politik 1, Mohd Shukri Md Saad, kelewatan sehingga dua jam menyebabkan Anwar gagal menghadiri Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, petang semalam.

"Selepas solat Jumaat kami dapat panggilan daripada pemilik helikopter bahawa DCA tak benarkan helikopter meninggalkan Langkawi apabila nama Anwar ada dalam senarai penumpang," Shukri kepada Keadilan Daily.

"Namun, ada sokongan dari pihak tertentu. Mereka benarkan Anwar guna pesawat kecil dan mendarat di Alor Setar," maklum Shukri.

Anwar mendarat kira-kira jam 5 petang dan sempat singgah di Pekan Naka, Pedu.

Namun, beliau tidak dapat menghadiri program di Stadium Suka Menanti, Alor Setar kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat hadir. Minta maaf kepada semua. Pastikan kita semua turun beramai-ramai Ahad ini bagi mencapai matlamat untuk tawan Putrajaya," kata Anwar kepada hadirin yang diperdengar melalui panggilan telefon.

Shukri memaklumkan, pergerakan Anwar dan pasukan menggunakan laluan darat dan beliau berjaya tiba di Sungai Petani dan Stadium Keladi di Kulim.

"Walaupun kita dihalang, tapi berjaya tiba di beberapa lokasi lain," kata Shukri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=51582

Tiada ulasan:

Catat Ulasan