Selasa, 14 Mei 2013

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


Ustaz Hamidi Abu Hassan mengorbankan masa demi rakyat <b>di</b> P17 <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2013 06:29 PM PDT

Pada hari Isnin bersamaan 22 April 2013, calon BERJASA di P17 Padang Serai, Ustaz Hamidi Abu Hassan telah meluangkan masa beliau bersama penduduk – penduduk di pelbagai tempat. Beliau telah pergi ke Taman Selasih, Kg Pematang Durian dan Tanjung Belit.

376073_471186636283954_115856904_n

Ustaz Hamidi telah berkenalan dengan Haji Romli di surau dan berbual dengan rancaknya. Harapan Haji Romli adalah supaya Islam sentiasa tertegak di tanah air tercinta sehingga ke zaman anak cucunya. Harapan itu adalah doa. Dengan izin Allah, cita-cita boleh dicapai bersama.

923192_471197279616223_660688445_n      923532_471192616283356_931572559_n

Salah satu kewajipan seorang Muslim ke atas Muslim yang lain adalah mengiring jenazahnya sehingga ke liang lahad. Ustaz Hamidi telah menunaikan kewajipan beliau di Surau Taman Selasih bersama-sama penduduk-penduduk yang lain dan menyampaikan takziah kepada keluarga jenazah. Semoga Allah memberkatinya. Al-Fatihah.

 922694_471292536273364_798388220_n        931327_471292392940045_1077145880_n

Agenda Ustaz Hamidi seterusnya ialah melawat penduduk-penduduk di Kg Pematang Durian yang peramah semuanya. Alhamdulillah mereka telah menunjukkan tindak balas positif atas perjuangan Arus Baru dalam memperjuangkan Islam di bumi Malaysia. 



936483_471234889612462_908747968_n

Ustaz Hamidi telah bermusafir lagi kali ini untuk pergi ke Tanjung Belit. Di sana, beliau telah bertanya khabar kepada kaum-kaum ibu menunjukkan bahawa beliau mengambil berat kepada penduduk-penduduk. Tidak sama sekali dibezakan yang tua dan muda, miskin dan kaya dan cantik atau tidak. Kasih itu yang menghubungkan pemimpin dan rakyatnya.

562543_471234082945876_551791253_n

Selain kaum ibu, beliau juga berjumpa dengan seorang bapa yang sedang membawa anaknya berjalan-jalan di sekitar kampung. Mereka telah berbual dengan mesranya dan ayah itu senang dengan sikap Ustaz Hamidi yang sentiasa berkata-kata dengan penuh semangat dan ramah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan