Isnin, 10 Jun 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Terkini : Gambar ustaz belasah pelajar sekolah agama <b>di Baling</b>

Posted: 08 Jun 2013 11:47 AM PDT


Gambar ustaz belasah pelajar sekolah agama di Baling - Admin agak terkejut dengan berita bertarikh 8 Jun 2013 yang dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian berkenaan rakaman video seorang ustaz sedang membelasah pelajar sekolah agama. Menurut akhbar Sinar Harian, rakaman itu mula dimuatnaik ke dalam laman sosial sejak 28 April lalu dan mendapat banyak kritikan daripada pengguna laman sosial. Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton sebanyak 23,897 kali.

Berdasarkan rakaman itu, seorang pelajar agama ditampar sekali di muka, ditumbuk di bahagian perut dan turut ditendang menggunakan lutut di perut. Kejadian ini difahamkan berlaku di Sekolah Agama Yayasan Khairah Kampung Pisang, Kupang Baling. Memang amat memalukan bagi seorang pelajar agama kerana diperlakukan semacam binatang dan tanpa belas kasihan di khalayak ramai. Apa agaknya kesalahan pelajar lelaki itu sehingga dibelasah dengan begitu teruk?

Untuk menonton video kes buli oleh si ustaz, sila masuk sini ustaz belasah pelajar sekolah agama. Berikut ialah beberapa keping gambar menarik bagaimana ustaz berkenaan dengan geramnya membelasah pelajar lelaki itu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan