Ahad, 9 Jun 2013

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Perhimpunan Blackout 505 <b>di</b> Padang <b>Merbok</b>, Tak Sepatutnya <b>...</b>

Posted: 07 Jun 2013 06:00 AM PDT

June 7, 2013   ·   6 Comments

125px-N,7

Sudah putuslah keputusan Pakatan Rakyat bahawa mereka akan mengadakan Perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 16 Jun nanti sebagai kaedah terakhir untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Bandaraya Kuala Lumpur akan ditimpa bencana sepertimana yang sedang berlaku di Turki. Kawasan tertutup, tidak lagi menjadi pilihan kerana ianya tidak MENYERONOKKAN dan tidak begitu menyokong Anwar Ibrahim.

Berhimpun di stadium-stadium seperti yang dilakukan sebelum ini gagal memberikan impak yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim. Bukan berhimpun, berceramah, bersorak dan seterusnya bersorai yang diharapkan serta dimahukan oleh Anwar Ibrahim. Sebaliknya yang amat-amat diperlukannya ialah perarakan di jalanan, pertempuran dengan pihak berkuasa, kecederaan malah lebih baik kalau berlaku kematian ketika rusuhan akibat tindakan pihak berkuasa.

Itu yang amat diperlukan oleh Anwar Ibrahim untuk mewujudkan gelombang baru dalam perjuangannya menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau setakat berceramah dan seterusnya bersorak, itu sudah perkara biasa.

Ia samalah seperti bersetubuh ikut tabie manusia. Bagi Anwar Ibrahim, persetubuhan mengikut peraturan, tidak menyeronokkan. Lantas, disebabkan itulah, dia perlu beraksi secara luar tabie sehinggakan dia terpaksa pula berceramah dan berkempen untuk membenarkan perlakuannya itu.

Sekarang ini, persetubuhan luar tabie bukan lagi satu taboo, atau yang menjijikkan. Sebaliknya telah diterima ramai sebagai satu rutin dan hak privasi seseorang. Disebabkan itulah, Pakatan Rakyat berjaya menang 89 kerusi Parlimen. Jumlah terbanyak dalam mana-mana pilihanraya yang berjaya dikumpul oleh pembangkang Malaysia.

Ramai yang mengatakan Perhimpunan Blackout 505 yang bakal diadakan di Padang Merbok nanti adalah tindakan mencabar PDRM memandangkan lokasi tersebut terletak begitu hampir dengan Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

Setakat ini, beberapa perhimpunan yang diadakan, tidak dipedulikan oleh polis sedangkan Anwar dan para penyokongnya amat berharap polis akan memancutkan air longkang, menembak gas pemedih mata mahupun memukul para peserta himpunan dengan cotar atau batang kayu.

Perhimpunan aman bukanlah sesuatu yang diidam-idamkan.

Disebabkan itulah, lokasi berhampiran Ibu Pejabat PDRM dipilih dengan harapan, apa yang dihajatkan akan segera termakbul.

PAS menerusi sayap Pemudanya telah menyatakan persetujuan untuk mengerahkan ahli-ahlinya meramaikan himpunan berkenaan. DAP seperti yang diketahui, sedang memburu kuasa, telah pun mengerahkan penyokong-penyokong mudanya untuk berhimpun dan menuntut agar Barisan Nasional menyerahkan tampuk kepimpinan negara kepada mereka. Bahkan kepala-kepala gangster di seluruh Kuala Lumpur yang diketahui merupakan sebahagian daripada penjana pendapatan untuk DAP, turut bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan, termasuklah pertempuran berdarah.

Alasan yang digunakan untuk berhimpun, berarak dan seterusnya melakukan rusuhan adalah kononnya Barisan Nasional telah melakukan penipuan dalam Pilihanraya Umum lalu. Alasan-alasan basi yang digunakan tanpa disertai bukti-bukti kukuh, telah diterima oleh para penyokong Pakatan Rakyat sebagai satu fakta yang tidak boleh disangsikan. Walaupun penjelasan demi penjelasan bahkan sanggahan demi sanggahan terhadap bukti-bukti yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat, namun para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tetap juga menyatakan bahawa kemenangan mereka adalah mutlak kecuali Barisan Nasional telah melakukan penipuan dan tipu perdaya untuk terus memegang kuasa.

Justeru, perhimpunan besar-besaran di Padang Merbok sebenarnya tidak seharusnya dihalang atau disekat. Tak perlulah bercakap tentang kebenaran, tentang permit, tentang lesen atau apa-apa sahaja yang berkaitan memandangkan Pakatan Rakyat, bukannya satu entiti yang patuh kepada undang-undang.

Undang-undang yang benar bagi mereka ialah undang-undang yang menyebelahi Pakatan Rakyat. Situasi yang benar bagi Pakatan Rakyat adalah kemenangan. Sebarang kekalahan tidak akan ditanggapi sebagai keadilan walaupun telah terbukti jelas, Anwar Ibrahim dan angkatan Pakatan Rakyatnya tidak mampu menawan hati Melayu-Bumiputera yang telah memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

By


Tiada ulasan:

Catat Ulasan